~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 11, 2010

~ Taska ~

Aleya dah tak dihantar ke rumah pengasuh lagi.. sekarang nie aleya dah sebulan lebih dihantar di Taska dekat opis aku.. mesti korang ingat pasal n3 ni kan.. hehehe.. no! no! no! bukan pasal n3 tu la.. korang nieee... spekulasi lagii.. tak baik tau..

ni sebab pengasuh Aleya dapat tawaran sambung belajar, tapi PJJ.. lebih kurang la dia cakap ngan aku cenggitu.. kalau betul itu rezeki dia.. Alhamdulillah... anak-anak dia pun di hantar kat Taska lain sementara dia pergi ke kelas..

sekarang ni dah jadi rutin harian aku bawak aleya g pejabat dulu, swap betul ke ejaan ni kedatangan pastu baru la hantar dia kat bawah.. sebab apa aku antar aleya semula ke taska opis nie.. sebab aku malas nak fikir banyak-banyak.. masa suntuk sangat nak cari pengasuh lain pada masa tu.. lagipun aku rasa di kalangan umur cam aleya ni kenala di ajar berkawan dan membiasakan diri di alam persekolahan.. ada cikgu cikgi, kawan-kawan.. lagipun aku n mr. hubby selalu sangat ambil cuti masa antar aleya kat pengasuh dulu.. lagi satu dekat sikit dengan aku, kalau ada apa-apa boleh la aku jenguk-jenguk kat bawah tu..

masa Aleya baby dulu pernah antar kat Taska opis nie.. tapi tak lama pun, sebab mungkin masa baby dulu badan Aleya tak tahan sejuk aircon kat taska 24 hours jugak tau selalu tak sihat, kena selesema.. sampai satu tahap telinga aleya ada kuar air macam nanah.. aku n mr. hubby selalu ulang alik g PAED kat kajang tu sampai doc tu pun dah naik kenal kami.. tu yang masa baby aku antar Aleya pada pengasuh.. bukan tak nak hantar rumah mak aku, tapi nak ulang alik dari Damansara ke Putrajaya hari-hari tu rasa tak mampu pulak nak buat.. korang tau je la kan, LDP tu tak pernah nyer tak jem kalau hari bekerja.. keluar lambat sikit je, jenuhla nak sampai..

okla.. apa perkembangan selama sebulan kat taska nie? apa yang aku nengok, seminggu yang pertama mula-mula masuk dulu agak sedih jugakla aku menghantarnya.. mana taknya Aleya asyik nangis je nak pergi taska.. tarik tangan ajak aku keluar dari taska.. tapi takkan nak ikutkan aje kan, terpaksala aku keras hati, suh cikgu dia amik n pujuk dia.. pastu nangis mesti tak hengat punyer.. masa balik pulak, ok je hepii aje.. macam takda apa-apa.. sekarang ni dah ok dah.. kekadang tu tak payah antar sampai dalam pun, dia seret beg, amin ibu, kiss ibu, bagi susu terus masuk taska tak payah disuruh.. hrmm..

lagi satu Aleya dah boleh baca doa makan tapi sleng pelat-pelat dia lagi la.. kadang-kadang baca separuh je yang kuatnya tang 'AMINNNN... akannn..' takpela belajar slow-slow ye nak.. tang mengira pun dah ada perubahan, kadang-kadang tu lebih pandai kira nombor genap daripada bilang 1 sampai 10.. mana taknya, bila aku ajak mengira, aku sebut 1 yang dia sebut 2,4,6.. yang 2 tu betulla tapi no. 3 , 5 dan seterusnya mana.. uisshhh... sabor sabor..

Aleya pun dah pandai nyanyi.. kalau dia main sorang-sorang kat rumah.. ntah lagu ape2 yang aku dengar, mana yang aku tau rentaknya takpela kan.. ni ntah irama apa aleya nyanyi.. belasah je la nak, janji anak ibu happy.. antara lagu-lagu yang aleya selalu nyanyi versi dirinya sendiri.. Happy Birthday To You.. Aleya.. , Burung Kakak Tua, I Love U (Barney), Twinkle2 Little Star, Papaku Pulang... ada lagi tapi aku tak ingatla..

insyaallah, anak kedua nanti mungkin aku hantar kat taska ni jugak kot.. sebab senang nak breastfeed.. lagipun dekat kan.. leh la aku pantau kedua-duanya sekali..

biasalah kalau dah dihantar ke Taska nie, penyakit cepat jer merebak kan.. kalau ada yang demam, bersambung-sambung dengan orang lain.. tak terkecuali jugak dengan Aleya, selesema dan batuk tu dah biasa.. tapi sebagai seorang ibu memang sentiasa risau dengan keadaan anak nya kan.. nak buat macam mana, terima dan berdoa semoga tak da ape2 yang teruk berlaku..


Photobucket

1 comment:

nome said...

aleya anak yg bijak..sure dia dpt biasakan diri dgn kehidupan di taska...bestnyer ada taska bawah opis....syoknyer....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin