~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 28, 2012

~ Info BF : Mengapa susu ibu boleh berkurang dan cara atasinya ~

Teori penyusuan mengatakan susu ibu berkadar terus dengan kehendak. Maksudnya selagi ada kehendak atau demand, selagi itulah ada hasilnya. Senangnya SUPPLY vs DEMAND. Namun, teori yang nampak mudah ni, susah juga nak follow. Tambah-tambah bila ibu dah mula kerja. Sering kali ibu mendapati, keperluan anak dah melebihi dari kemampuan ibu. Mari kita korek apa kita terlepas pandang dan atasinya.


1- KEKERAPAN MENGEPAM

Biasanya ibu dinasihatkan untuk mengikut cara anak menyusu di rumah. Jika anak menyusu setiap 3 atau 4 jam, begitulah juga rutin di pejabat. Jika ibu tak pasti, buat sahaja jadual dan pastikan ibu displin dengan jadual pam 3-4jam tersebut.

Namun, apabila ibu asyik sibuk ja, penat dan kena keluar opis jadual ni selalu terbabas. Dari rutin 3-4 kali mengepam, jadilah 2-3 kali sahaja sehari.

Bila kekerapan mengepam berkurang, otak akan menerima signal bahawa demand sudah adjust. Tak perlu hasilkan susu banyak lagi. Membazir kata otak. Macam maksik kantin jual kuih la. Kalau buat 10 ketul, tapi hanya 4 yang laku setiap hari. Minggu depan dia pun buat 4 ketul ja la.

Cara atasinya : Jangan skip rutin pam. Kalau tak larat dan busy nk pump, boleh beli pump yang handsfree. Jadi boleh pump sambil kerja dan menjimatkan masa.


2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Kita day calculate dan observe, baby pita minim banyak ni, lets day 20 oz. Seringkali pengasuh kata still tak cukup. Mana idaknya mungkin setiap kali baby jaga atau merengek, baby disuakan dengan susu. Memanglah baby tu senyap dan minim juga. Kan best sucking.

Namun, baby kita mungkin hanya perlu ditenangkan, dibelai dan sebenarnya tidak lapar.

Cara atasinya: Ajar dan buat jadual untuk pengasuh juga.


3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Jika bayi kita minum 3 oz setiap kali dan nak minum 5 kali sehari, sediakan 3oz satu container x 5. Kalau disediakan 5oz satu botol x 3 botol dan pengasuh panaskan 1 botol terus. 2oz akan membazir. Padahal baby masih perlukannya untuk next session.

Cara atasinya : Simpan susu mengikut keperluan bayi dalam satu-satu botol atau container.


4- OUTSTATION

Bila perlu out station dan ada bayi tak ikut bersama selalu ibu terlupa untuk teruskan mengepam pada waktu malam. Ya la, selalu malamkan direct feeding. Akibatnya, kalau demand berkurangan, kelak nanti production akan menurun.

Cara atasinya : Pump siang dan malam juga ketika berjauhan dengan bayi.


5- KEBERKESANAN PAM

Breast pump juga perlukan maintanance. Ya la, setiap hari gunakan. Jadi, check sama ada valvenya sudah longgar atau haus. Pastikan sucking masih kuat dan mampu mengosongkan payudara kita sebaiknya.

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Cara atasinya: Guna pump berkualiti, hospital grade, check keadaan pump, marmet(pump guna tangan) sehingga payudara kosong.


6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit dan kita ke klinik untuk mengambil ubat, pastikan kita bagitau doktor kita menyusukan bayi. Bagi ubat yang tidak mengganggu penyusuan kita.

Cara atasinya: Inform doktor dan observe production susu kita selepas mengambil ubat. Vitamin bukan ubat!


7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Pil perancang boleh mengganggu penyusuan. Namun, ada yang sesuai diambil oleh BF mom.

Cara atasinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.


8- MENGANDUNG

Mengandung memang boleh mengurangkan production susu. Mengapa? Ini kena hormon ibu menyusu sudah berubah. Hormon estrogen dan progestion meningkat menyebabkan hormin prolaktin 'tertekan'

Cara atasinya: Jika masih ingin meneruskan penyusuan, sentiasa bertenang, cuba supplemen atau milk booster lain kerana mungkin berkesan untuk anda dan kekalkan rutin mengepam.


9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, selalunya bayi suka mengempeng lebih lama dengan ibunya.

Cara atasinya: Bertenang dan buat persediaan stok susu extra untuk menghadapapi saat-saat ini.


10- STRESS

Bila kita stress zat akan disalurkan ke bahagian badan lain kerana perlukan lebih fokus untuk atasi stress.

Cara atasinya : Amalkan pemakanan sihat, minum air banyak dan salurkan dan kawal stress sebaik mungkin seperti bersenam dan tidak lupa berzikir dan mendekatkan diri dengan Ilahi.


Jika info in bagus, jangan lupa kongsikan dengan kawan dan saudara yang memerlukan.


Credit to :

Ida Khairani



Photobucket

Friday, January 27, 2012

~ EBM Stok : Paling Terkini ~

sejak Laila tukar bilik di taska..
susu yang saya bekalkan pun x abis..
selalu 4 botol x 4 oz.. confirm habis..
skrang nie bekal 4 botol...
balik mesti ada lagi 2 botol...
mungkin jadual dah btukar kot...
minum pun kena ikut jadual...
makan pun ada ada jadual...

nak tepek gambar stok EBM yang paling terkini...

nota : hai semangat... kemana ko pergi... aku seru semangat ku... :)

Photobucket

~ Taman POLO @ Ipoh ~

seronok kak aleya dapat main kat taman menan yer
dah alang alang balik ipoh tempohari kan
petang petang tu saje la jejalan bandar ipoh ronda ronda
alih alih en. hubby bawak kitorang g Padang POLO
saya tak tau la plak kenapa padang ni dipanggil Padang POLO
ramai betul orang..
ada yg siap berkelah..
ada yg main layang layang...
ada yg main buih belon..
ada yg main bola..
ada yg berjoging..
ada yg lepak2..
ada yg dating dating...

so, layan picas picas nih k...








nota : anak anak ibu nie... kalo boleh xnak balik... sonok benor main taman menan... yang si adik sbuk nak berlari atas padang... dah terhuyung hayang... kelakar betui adik...


Photobucket

Thursday, January 26, 2012

~ Hasil-hasil Tuaian Saya Sebelum Sebelum Ini... Syukur Alhamdulillah.. ~

bila belek belek gambar kat hp
banyak pulak gambar hasil hasil tuaian (susu perahan)
memang meriah masa tue
hasil hasil yang pernah memenuhi ruang deep freezer n peti ais saya
mehla nak kongsi ngan kengkawan gambar gambar hasil tuaian sebelum ini
kebanyakannya yang dah digunakan dan dah tamat tempoh
rindu betul saat saat itu...

SYUKUR ALHAMDULILLAH









* tengah mencari mood rajin untuk membuat sesi perahan di opis.. sejak kebelakangan ni mood utk mengepam semakin down a.k.a MALAS..


nota : gambar stok ebm yg paling terkini nanti saya pos d nxt n3 yer..

Photobucket


~ Hadiah Untuk Saya.. Tenkiu ~

apa..! dah tua tua dapat hadiah lagi ke
haa.. thanks to my frenz naza n diana
susah susah je korang ek..
i tak mintak k, u olls bagi.. i terima dengan hati yang rela...
thanks again..
nak tau saya dapat ape?

cantik x pembalut & beg kertas nie..
korang boleh teka ape dia..
jap saya bukak...

jeng.. jeng.. jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Coklat
U olls memang nak suh i gomoks kan..
dah tentu2 i makin gomoks..
sampai ati u ollss..
uwaaaaa....


nota : ape2pun thanks ye korang... walaupun xseberapa.. i ok je.. hehehe...

Photobucket


Wednesday, January 25, 2012

~ Dah Buat Mykad Baru? ~

Korang dah wat Mykad baru?
Jom buat...

saya dah... anda bila...
macam iklan promote barang pulak... hehehe...


nota : hari hari orang ramai kat pejabat saya nie... perghhh...

Photobucket

~ Kena Saman ~

pagi-pagi nie tak pasal pasal kena saman..



nota : parking kejap je nak g punch card... laju betul en. polis nak saman, maklumlah 2 hari cuti... xda income la plak kan... ermm... tensen tensen..


Photobucket

Friday, January 20, 2012

~ Dapat Limau Tahun Baru Cina ~

Dah ari jumaat dah
Wahh x sabar nak cuti nih sampai hari selasa depan
Esok pagi pagi nak balik Ipoh
Malam nie nak bermalam di Sg. Buloh dulu..
Agak agak korang jalan jem x?
Huhuhu... mesti la kan...
Ramai yang mengambil kesempatan cuti ni nak balik kampung
lagi lagi belah utara tu... ramai cha ya nun alif...
Pas subuh esok baru kitorang bertolak

Kenapa kitorang nak bertolak awal sangat..
sebab kitorang tak nak menempah jem yang boleh memakan masa berjam jam lamanya di jalanan..
elok elok 3 - 4 jam sampai ipoh... silaphb 6-7 jam pulak...

baru ni dapat la limau dari bos.. pegawai n staf yg berbangsa cina..
toce toce bos n yg lain lain.. hehehe...
pecah perut makan limau banyak banyak nie
hehehe...

Bos.. tahun nie angpau tadak ka?
bos aku baca ke blog aku ni

kotak limau yang berisi limau-limau yang manis untuk diagihkan pada staf staf BKC


aku sendiri pun dapat... 2 biji limau yang besar2 punya...


to all frenzzz...

"HAPPY CHINESE NEW YEAR"
"GONG XI FA CAI"

~ BERHATI HATI DI JALANRAYA ~

Nota : next n3 minggu depan yer... Insyaallah...

Photobucket



Thursday, January 19, 2012

~ Kejadian Yang Membuatkan Kecut Perut Sekejap.. Hrmm... ~

Kejadian ni berlaku hari selasa (17hb), macam biasa pukul 5.30 ptg balik keje
Ambik laila n sampai kat tempat kak aleya dah nak dekat kul 6
Selalunya waktu waktu cenggini.. kak aleya akan mengaji dulu sebelum ikut saya balik

Tapi, semalam.. masa saya sampai depan sekolah, memang tak nampak dia duk kat depan.. oh dalam hati, mesti mengaji tak abis lagi nie.. ok takper.. saya pun masuk sekolah konon kononnya nak duk sekali tengok dia mengaji.. masuk masuk dalam, kak aleya takda... tanya cikgu... "mana anak saya?" cikgu:"siapa?" "nur aleya batrisya" cikgu:"tadi ada kat sini, kejap ye, saya tgok kat bilik sebelah" sambil saya mengekor cikgu di belakang.. CONFIRM! Kak aleya xda dalam sekolah... warghh!!! cikgu:"ayah dia ambik kot puan" "xkanlah pulak.. selalunya kalau ayah dia amik, mesti bagitau saya awal-awal, mustahil..." "cikgu tak prasan ke anak saya pergi mana, dia ikut sape, dia main ngan sape.." cikgu:"xprasan puan.." kebetulan masa tu memang cikgu-cikgu tengah ajar mengaji budak budak lain... x perasan budak-budak keluar masuk...

Saya dah kecut perut, dalam kepala.. takkanlah anak saya hilang.. kalau hilang, ikut sape? Ya Allah... mana pulak kak aleya nie pergi... cikgu yang tadi tengah mengajar mengaji terus berhenti dan mencari kak aleya sambil menanya nanya budak budak sekeliling..

Saya terus keluar dari sekolah n tangan dok mendail nombor en. hubby.. mata dok memandang keliling mencari kak aleya... adusshh... tak angkat plak, mmg confirmla tak angkat sebab en. hubby tengah bawak motor.. Mungkin Allah swt tu gerakkan hati saya untuk pergi tengok kat taman permainan selang 1 blok di depan sekolah... dengan perasaan yang macam nak gugur jantung ni, sambil mengendong Laila... sian laila dah la x brape nak sihat.. cepat cepat saya melangkah nak pergi ke taman permainan...

Memang Allah swt tu Maha Mengetahui... saya ternampak beg kak aleya di taman permainan... tak lama kemudian, nampak plak kak aleya di celah celah alat permainan kat taman tu... Ya Allah... apa lagi, saya terus jerit nama dia dan boleh pulak dia tersengih sengih sambil datang kat saya "ibu, kakak main permainan.." dengan baju yang comot, tudung dah tunggang langgang.. comot sangat... apalagi kena la ngan saya "kakak ikut sapa nie?" "sapa suruh kakak datang sini" "ibu kan dah pesan, jangan keluar sekolah selagi ibu belum sampai.." masa ni saya dah sebak sangat.. rasa nak nangis.. aduihh... 1st time jadi macam nie.. kebetulan plak masa kejadian tu, ada la 2 3 ketul orang bangla duk lepak lepak kat kerusi taman tu.. uishh menakutkan..

terus saya bawak kak aleya pergi sekolah tu semula.. jumpa cikgu tadi.. dan pesan kat cikgu, "lain kali cikgu perhatikan sikit anak saya nie, saya dah pesan hari hari, selagi saya atau ayah dia belum sampai, cikgu jangan benarkan dia keluar dari sekolah" "saya tak nak benda ni jadi lagi" "risau saya..." cikgu pun marah juga dengan dia.. tengok muka dah macam nak nangis dah kak aleya..

dalam kereta kak aleya senyap je.. yela lepas kena marah ngan saya pastu cikgu pun marah dia jugak.. sepanjang perjalanan, membebel jugak saya... saya duk tahan sebak lagi... sampai rumah amik en. hubby plak nak bawak laila g klinik, demam x baik baik.. kejap elok kejap panas...

dalam kereta, en. hubby terkejut tgok saya baru lepas nangis, cakap pun tersangkut sangkut.. barula saya cerita hal yang jadi tadi... mau tak terkejut en. hubby, terus kak aleya kena marah lagi dengan ayahnya... ermmm... kesian memang kesian kak aleya kena marah ngan en. hubby, tapi kalau x tegur nanti takut dia wat lagi.. pas dari kejadian tu, memang saya akan ingatkan kak aleya supaya jangan keluar sekolah selagi ibu belum sampai... dengan cikgu pun kena ingatkan selalu..

saya rasa pihak sekolah kena peka dengan budak budak ni pada masa waktu balik sekolah, mungkin budak budak terlalu ramai dan cikgu tak perasan.. at least, kuncila pintu pagar tu, bila parents datang amik anak dorang baru dibukakkan pintu dan serahkan budak-budak nie kat parents dorang... ini tidak, pintu pagar terbukak luas.. budak budak keluar masuk sesuka hati...

nota : "badan kecik, otak besar"

Photobucket

~ Gigi Saya ~

umur saya baru 1 tahun 3 bulan
tapi gigi saya baru 5 batang
yang atas ada 4 batang
yang bawah ada 1 batang

kadang kadang saya rasa gatal
kadang kadang nen ibu saya pun saya tergigit
maaf ye ibu... tak sengaja... gatal gusi...
ibu slalu pesan kat saya
"jangan gigit gigit tau... ibu sakit..." sian ibu

bila dah ada gigi
macam macam saya nak makan

kononnya macam saya ni dah macam besar sangat
ape yang kakak saya makan
saya pun nak jugak

bile mandi ibu suka gosok gosok gigi saya
bukan dengan berus gigi
tapi dengan kain napkin tu
saya nangis sebab tak suka
saya nak berus gigi macam kakak punya
ibu kata, ''tunggu adik besar baru boleh pakai macam kakak tu"

hehehe...


Photobucket

Wednesday, January 18, 2012

~ Susu Untuk Ibu Menyusu ~

Dah lama nak post entry ni
tapi biasalah bila penyakit M tu datang
nak menaip pun malas

Alhamdulillah... saya masih lagi menyusukan Laila sehingga kini... masih susu badan... 100% breastmilk... bagi nak menjayakan penyusuan susu ibu ni memerlukan semangat dan azam yang kuat... pasangan kita juga memainkan peranan penting... saya juga kadangkala mengalami kemuruduman susu badan... kadang kadang tu nak mengepam pun rasa malas sangat... uishh... bagi mengatasi masalah kurang susu, salah satunya saya try minum susu ni... ni semua gara gara tergoda dengan makcik promoter dekat Giant tempohari... bagi kawan kawan yang sedang mencari milk booster tu, bolehlah try yer...

so far, bagi saya penghasilan susu macam biasa jugak... tapi susu yg saya pam nampak pekat dari biasa... lagipun saya minum takdela ikut jadual, kekadang tu terlupa jugak... masa saya beli susu ni ada offer dari harga biasa tu yg rembat jugak..


tak semestinya untuk ibu mengandung... untuk ibu menyusukan pun boleh...
yang penting perasa coklat pun ada



Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin