~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Tuesday, August 31, 2010

~ Cerita Perihal Raya ~

Hari nie ramadhan yang ke berapa kawan-kawan.. hah.. pandai.. 21 Ramadhan ye.. hehehe..

okla saje nak share ngan kenkawan emel yang aku dapat nie.. fikir fikirkan yer.. jangan gaduh-gaduh suami isteri udah yer.. cerita ni takde kena mengena ngan aku n sesiapa yer..

********************
Cerita hal raya..........

Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang" Total adik beradik 6, seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik.(anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik : Betul.... mestilah ghumah ibu dulu.........

Ibu : Dengar dulu.... contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik: Ghumah ibulah.....

Ibu: Tidak....... ibu tidak izinkan kamu balik ke sini......... baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun

Ateh : Mengangguk......
(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh...... kena gilir-gilirlah baru adil
(dia nie memang kaki bangkang pun..... outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah..... jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti... taatlah pada suami dan mentua ........

Acik : Macam kaum h**** lak... Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak

Ibu : Bukan macam tu...... Islam tu indah....... setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....
dan seperkara lagi..... untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM...... JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA... InsyaAllah dia tak akan ke mana..... kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga... Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala...

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu...... jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa... Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)...

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu.

Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu:Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar: Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).

Ibu: Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar: Tidak bu....... saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar: Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya disini)

Ibu: Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata). Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah.
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.

Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....
(tak boleh cerita panjang......... dah masuk bab mengumpatlak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......mmasalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya.
Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......

Sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu?
Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?......
berjayakah aku menjadi ibusepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah.....
berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....
Aminnnnnn

Moral of the story
Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.
Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
Buat para isteri a.k.a anak perempuan, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...

********************
nota : renung-renungkan...

Photobucket

Monday, August 30, 2010

~ Lagu Hari Raya Feveret Dari Dulu Hingga Kini ~

Hari nie dah ari ke 20 Ramadhan..
Nak dengar lagu raya la pulak..
Nak tanye nie.. korang ada lagu raya feveret tak?
Nie antara lagu raya yang aku minat sesangat dengar time puasa n raya..
Memang best..

so layann.. aku tepek kat sini yer.. Selamat terhibur..




Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina

* Berlalulah sudah Ramadhan
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira
anak muda di rantauan
semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan
bersyukur tak terkira

bertukar senyuman dan salam
ziarah menziarahi
tutur dan kata yang sopan
salin memaafi
suasana hari raya
walau di mana pun jua
memberikan ketenangan
dan ketenteraman jiwa

** kuih dan muih
beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
ketupat rendang
sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi

wajik dan dodol
jangan lupakan peninggalan nenek
zaman berzaman
asyik bersembang
pakcik dan makcik
Hai.. duit raya lupa nak diberi

Ulang *
Ulang **


Photobucket

Friday, August 27, 2010

~ Hari nie nak buka makan apa ek.. ~

Ermmm.. petang nie aku berbuka berdua je dengan si anak dara sorang tu..
Mr. Hubby ada jamuan berbuka puasa kat opis dia..
Ada gak dia ajak aku sekali, tapi malasla..
Nak terkejar kejar balik pastu nak siap siap lagi nak pergi opis mr. hubby..
Tak larat la plak rasenyer..

So, nampaknye untuk berbuka hari ni aku terpaksa la masak pulak yer..
bukan selalu pun... hehehe..
Malas nak singgah PARAM.. sure ramai orang..
Dah la terboyot boyot nak bawak anak dara tu lagi..
Kalau nak berjalan takpa, wat nyer minta dukung..
Tak larat mak yong ni hah..

Ape menu untuk berbuka nie yer...
Ermm.. jap jap nak ingat apa yang ada dalam peti ais tu..
Rasenyer nak buat sotong goreng kicap dan sayur bayam masak air...
Ikan masin goreng pun sedap kan.. hehehe..
Ermm... ok ok...

Okla korang selamat memasak n selamat berbuka..

Oh yer.. selamat berhujung minggu juga buat korang..
Sapa sapa yang planning nak g shopping raya esok..
Selamat bershopping yer..
Shopping shopping gak.. kalau bawak anak tu, tengok2 sikit.. nanti hilang pulak..
Sibuk memilih sampai tak teringat anak... hihihi...

Photobucket

~ Appointment Checkup 34 Minggu ~

Salam 17 Ramadhan..
Uishh.. semalam tak sempat nak hapdet blog..
Banyak pulak keje kat pejabat..

Cam biasa semalam pagi aku ada appointment checkup..
meh aku hapdet yer..

No. Giliran : 364
Bilik Pemeriksaan : No. 11
Tarikh : 26.08.2010
Usia kandungan : 34 minggu
Berat : 74.4 kg.. turun sikit.. maklumlah puasa kan..
Tekanan Darah : Ok
Jantung Baby : 133 bpm.. normal
Kaki Bengkak : ada bengkak..
Air kencing : Clear
HB : 11.8.. ok..

Nasihat dari Nurse :
~ Nurse tanya aku pernah amik apa2 produk perancang kehamilan ke.. aku cakap aku tak pernah amik apa2 produk or suntikan untuk merancang kehamilan.. planning sendiri sendiri aje.. :) pastu dia terangkan kat aku kalau tibe2 nanti nak try sebarang produk or suntikan lepas bersalin anak ke-2.. aku angguk2 je.. tak berani plak aku nak try takut effect kat badan pulak..
~ Nurse bagi vitamin, pil zat besi n asid folik.. aku makan pun ada skip skip gak bulan puasa nie.. asik lupa aje..

Masa nurse check perut aku semalam, alhamdulillah kepala baby dah ada kat bawah.. tgh2 belek perut aku, baby gerak la pulak... hehehe...

kejap je dah 34 minggu kan.. maknenye tak lama dah nak bersalin, pejam celik pejam celik dah nak masuk 9 bulan pun.. aku ada tanya gak, selalunya kalau bersalin anak yang kedua ni cepat or lambat.. nurse tu terangkan, kalau anak kedua selalunya cepat sebab dah ada laluan masa anak yang pertama dulu... so, aku pun kenala bersiap bila2 masa je kan.. hopefully lepas raya la baby kuar.. ape2pun barang2 nak ke hospital memang dh prepare.. cuma tinggal nak masuk dalam kereta je.. hrmm.. doakan aku yer kengkawan.. kekadang bile aku sensorang fikir menda nie boleh jd tension sebab risau.. huhuhuhu..

ermm... next check up lepas raya yer.. 13.09.2010 [Isnin].. mungkin masa nie aku kena scan rasenyer macam kata nurse semalam..


Photobucket

Wednesday, August 25, 2010

~ LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN ~

** Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya:"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.




Photobucket

~ Jom Beli Barang Raya ~

~ sila klik pada gambar untuk tumbesaran ~

Wahhh... pandai promosi kan..
Mentang mentang hari nie gaji bagi staf goment yer..
Aku nak tolong je korang yang suka benor bersoping nie..
Mehla datang Putrajaya.. 25hb sampai 29hb..
Iklan ni dah ada kat TV, Suratkhabar...
Aku tepek kat sini yer..
Selamat berbelanja dengan berhemah..

Tahun lepas aku dah g dah..
Tahun nie tak pergi kot..
Tak larat nak laga-laga perut kat dalam tu..
Ramai betul orang...


Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

~ Checklist Beg Hospital ~

Minggu nie dah cukup 34 minggu..
Persediaan barangan nak ke Hospital adalah perlu yer..

Ni aku sedikan checklist barang yang perlu di bawa ke Hospital..
untuk rujukan kawan kawan..

Barang Ibu
~ Buku Lawatan Hospital [Buku Pinky]
~ GL
~ Mykad
~ Telefon Bimbit
~ T-Shirt [3 pasang]
~ Kain Batik [3 pasang]
~ Stokin [2 pasang]
~ Nursing Bra [2 helai]
~ Breast Pad (disposable)
~ Seluar Dalam [3 helai]
~ Toiletries (Pencuci Muka/Berus Gigi/Ubat Gigi/Sabun Mandi/Syampu/Sikat) [Travel Pack]
~ Tuala Mandi [1 helai]
~ Tuala Muka [1 helai]
~ Maternity Pad [1 pek]
~ Selipar
~ Minyak Angin
~ Termos
~ Beg Plastik
~ Sweater
~ Air Rumput Fatimah

Barang Baby
~ Baju Lengan Panjang / Seluar Panjang [2 pasang]
~ Sarung Tangan / Kaki [2 pasang]
~ Barut Baby [2 helai]
~ Topi Baby
~ Baby Oil
~ Minyak Telon
~ Napkin / Bedung [2 helai]
~ Pampers New Born [1 Pek]
~ Tisu Basah
~ Tuala Mandi Baby
~ Sapu Tangan


Photobucket

~ Esok Dah Gaji.. Kena Bajet La Pulak ~

Hari ni dah 24hb.. dah 14 hari kita berpuasa..
Esok dah 25hb... horrrayyy... esok gaji masyukk...
tapiiiiiiiiii....

Nampaknyer perbelanjaan bulan ni kena bajet bajet la yer..
Maklumlah gaji bulan 8 nie la nak guna untuk raya n lepas raya..
Doa doa la aku bersalin pas gaji bulan 9 nie..
Kebetulan gaji untuk bulan 9 pun memang pertengahan bulan..
Kenala pandai survive yer..
BONUS..!! cam xda je.. ermm.. takdala mengharap sgt.. tapi kalau dapat saguhati pun.. syukur...
Yang penting baju untuk Aleya kena sediakan jugak..
Baju kurung dah ada 2 pasang..
Tinggal baju untuk berjalan n kasut je..
Aku n Mr. Hubby pun tak tau lagi.. mungkin 2 pasang seorang..
Lagipun masa raya yang meriah nyer kanak-kanak kan..
Bukan selalu setahun sekali je raya..
Kuih raya.. last2 minit la beli..
Lagipun nanti dah balik kampung, leh cilok sikit kuih raya kat sana.. hampehnyer menantu..

Okla korang..
Selamat berbelanja dengan berhemah yer..
Jangan lepas raya nanti korek tabung ayam atau korek tabung anak...
Hehehe...


Photobucket

Monday, August 23, 2010

~ Menu Semalam (12 Ramadhan) ~

Haa... petang petang cam gini aku tepek n3 pasal makan-makan plak ek..
Sila jangan marah ye kawan-kawan..
Jangan terliur yer.. bukan salahku..
Lagi berapa jam je kan kita nak berbuka... harap bersabor...
Pagi tadi tak sempat nak cerita maklumlah ari ni kan ari senin..
Paham paham jela kalau dah kat pejabat nie hah.. sibuk di waktu pagi..
Lagi lagila kalau dah jaga Pengarah ni hah..
Nak kena update jadual pulak.. kot kot ada meeting ke appointment ke.. ermmm...

ok la.. menu semalam pun simple simple gak..
seperti yang dirancang.. jadi la pulak kan..
Layannn...

Lauk kari ayam.. panjang betul sayur bendi tu weiii...
telur dadar untuk aleya.. walaupun aku letak cili besor yang di potong.. laju je aleya makan.. tak pedas pun..

lauk tambahan.. sambal ikan bilis + kentang + suhun.. pedas n sedapp..

agar-agar laici yang aku taruk dalam cawan aiskrim.. laici nyer tak nampak.. tersorok kat bawah.. taruk dalam peti sejuk sedap niehh..
lastly.. bubur tepung sagu.. jiran sebelah bagi.. rajin betul sedekah makanan kat kami ye kak.. terima kasih berbanyak yer..

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

niela budaknyer yang tak puase.. dia yang makan dulu.. dia yang paling lambat habis.. heheheh... anak anak..



Nota : Alhamdulillah... Syukur... masing-masing kekenyangan.. apa plak menu untuk ari nie... ermm cam biasa la yer.. kalau tak masak PARAM je la jawapnyer bile masuk hari hari bekerja nie.. heheheh...


Photobucket

~ Morning uolllss... ~

Wahhhh... pagi pagi dah speakang si mak yong nie yer...
Salam 13 Ramadhan kengkawan..
Amacam hari senin nie..
Puase x korang?
Mestilah puasa kan..
Ada yang puasa yang yok lagi ker... No No No..
Janganlah cenggitu ek..

Okla.. nak juga tepek n3 pepagi nie ek.. curik curik je nie..
Nak update pasal menu semalam jap jap g la ek bila aku free..
Ade tugas yang perlu diselesaikan dulu..
Kang ada pulak kata aku nie takda koje asik update blog aje yer..
K la korang.. nanti aku hapdet lagi yer..

Untuk korang..
Selamat Bertugas..
Ceria ceriakan hari kengkawan semua yer..
Bebaskan diri dari dibelenggu masalah pejabat..
Da..

Nota : harap harapla takda orang buat aku tensen ari nie... :)

Photobucket

Sunday, August 22, 2010

~ Menu 11 Ramadhan ~

Hari ni dah 12 Ramadhan..
Semalam punya menu.. jadi tau buat Nasi Ayam + Puding Karamel + Air Laici..
Hehehe... layann menu semalam yer..

Hari ni punya menu.. ape ek?
Mungkin Nasi + Kari Ayam + Agar-Agar..

Nasi Ayam ala mai.. simple giler.. janji kenyang kami anak beranak.. Alhamdulillah..

Roti Jala.. jiran bertentang dapur yang kasi.. terima kasih kak.. ;)

Puding Karamel pertama kali buat.. hehehe.. jadi..


Nota
: puas hati dapat masak sendiri.. sronok tengok anak n suami makan sampai kenyang hasil air tangan ibu / isteri... Alhamdulillah...


Photobucket

~ Aku Dibanci @ Rumahku Dibanci ~



malam bile ntah, pas mr. hubby balik dari semayang terawih.. kertas ni dah ditepek kat pintu rumah aku.. bile tengok ohh borang banci.. bila masa plak sempat dia tempek yer.. tak dengar orang ketuk pintu pun ke aku yang tak dengar.. hehehe..

aku pun terus isi borang nie pastu tempek balik kat pintu umah aku.. macam arahan dalam surat tu, nanti diorang datang kutip, masa siang ke malam tak tau plak aku..

aku terpikir jugak kan.. mungkin diorang ade datang umah aku nak banci tapi selalu takda orang aje maklumlah tuan rumah ni kaki berjalan.. kesian kat dorang kan..

korang dah dibanci ke? jangan lupa tanggungjawab yer... hahaha.. chow sin chiii..

Photobucket

Saturday, August 21, 2010

~ Hari Sabtu Lerr.. ~

Salam 11 Ramadhan..
Hari nie hari Sabtu bersiaran dari Putrajaya je..
Ishh.. selalu balik umah mak kan... huhuhuhu...
Memang nak balik umah mak tapi mak nak balik pahang pulak nak berbuka puasa kat sana..
Aku malas nak ikut jejalan jejauh nie...
Takpala hari ni aku n family berbuka di Putrajaya aje..
Mr. Hubby n Aleya tengah lena di buai mimpi tu.. aku.. curi masa nak online jap.. hehehe..

Apa menu ari nie mak yong untuk berbuka?
Ermm.. ntahlaa.. rasenye cam nak buat Nasi Ayam + Puding Karamel (amik resepi kat blog Jue)..
Untuk hari minggu memang takda menu dari PARAM ek.. memang mak yong ni nak masak..
Jadi ke idak ek.. tunggu la yer.. kalau jadi nnti aku update kat sini.. kalau tak jadi nak update kat sini gak ker? hehehehe... tungguuu...

So, barang barang nak masak pun dah beli kat MYDIN pagi tadi..
Tinggal nak berperang kat dapur je lagi..
Okla ek.. sekian utk cerita hari Sabtu..
Selamat Berpuasa n Selamat Berbuka..

nota : tetiba teringin nak minum air laici sirap la pulak... ermmm...

Photobucket

Friday, August 20, 2010

~ Hubby Dapat Sample Kuih Raya ~

Salam Jumaat buat semua kengkawan.. amacam hari nie ada puasa ka? hehehe.. Alhamdulillah.. sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada kengkawan yang komen kat n3 anniversary aku yang sebelum nie.. thanks a lot ya..!!

ok la kali nie aku tepek sample kuih raya.. ha ha.. bukan aku juai ek.. xda maknonye aku nak buat, x pandai la x pandai ke malas.. hohoho.. sample kuih raya ni mr. hubby yang bawak balik dari opis ari rabu lepas, 1 plastik tesco tu dia bawak balik.. aku tanya mr. hubby kenapa banyak sangat bawak balik.. nak tau dia jawap apa "orang dah bagi yang.. abg amik la.. rezeki.. tapi lum tentu lagi nak order ke idak.. " cess.. yo yo oo je jawapan.. bile aku tanya takpa ke kalau tak order.. dia jawap "takpe.. abg pun tak tau sape yang buat kuih nie.. tau-tau je pegawai abg bagi suh bawak balik je.." ishh laki aku nie.. ntah sape2 punya sample kuih tu.. kalau tuan punya cari... hah baru tau.. semua sample kuih tu aku simpan dalam botol, bile agak agak teringin nak makan amik aje makan selepas berbuka yer .. wat masa ni yang rajin makan kuih raya nie aleya la.. sampai boleh pilih pilih mana satu nak makan dulu..

korang semua buat ke atau tunjuk tunjuk je kuih raya tahun nie? aku.. mungkin tunjuk tunjuk aje.. yang banyaknyer mungkin aku beli kerepek, maklumlah makanan camtu je yang cepat abis dan tak membazir.. kalau kuih2 nie lambat sikit nak abis silap hblan sampai raya haji pun masih ada lagi..

siap taruk dalam bekas kotak lagi.. macam bekas coklat aje.. cantik.. senang nak pilih ikut selera hati.. :)
nie yang dalam plastik utk di rasa.. ermm so far ok sedap jugak..
nie ada lagi..
kerepek bayam ni pun ada orang buat gak ek.. ermm.. bagus bagus..


nota : aku suka makan kuih tat lagi lagi kalau dapat yang rapuh ermmm... jangan ada yang terliur yer.. kalau korang, suka makan kuih ape ek masa raya ?


Photobucket

Thursday, August 19, 2010

~ Happy 4th Anniversary~

~ N3 Nie Akan Ku Tepek Seharian ~

Nxt N3 Esokla Ek.. Hari Ni Cuti Umum Bagi Ku..


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Untuk Kami
Yang Ke 4 Tahun

Mohd Hasnor & Norakmal
[ 19.08.2006 - 19.08.2010 ]



Alhamdulillah.. aku bersyukur kepada Mu Ya Allah.. dalam hari dan bulan yang baik ini usia perkahwinan kami telah berusia 4 tahun.. aku bersyukur pada Mu kerana memberikan dan mengurniakan aku seorang suami yang amat baik, bertanggungjawab, penyayang.. menjadi seorang ayah yang penyayang kepada anak kami dan zuriat yang bakal dilahirkan.. hanya dialah cinta hati ku hingga hujung nyawa.. dan tiada galang gantinya dalam kehidupan ini.. aku berdoa semoga kasih sayang antara kami suami ister yang terbina sejak terikatnya ikatan perkahwinan ini akan kekal selamanya.. segala dugaan dan kegembiraan yang ada kita hadapi akan tetap dikongsi bersama.. ketahuilah bahawa isterimu ini amat menyintai dan menyayangimu selama lamanya.. :)



Nota : tahun nie tak celebrate la sebab anniversary jatuh bulan puase.. insyaallah bile2 free nanti ke lepas bersalin ker.. kita sambut ye bang.. hehehe.. i luv u very strong my dear hubby... aleya pun sayang ayah juga..


Photobucket

Wednesday, August 18, 2010

~ Wajah-Wajah KeTIDORan ~

bulan-bulan puasa nie.. lagi lagi bila dah petang cam gini duk dalam opis aircon plak tue.. aduishhh tetiba ngantuk je.. meh layan nengok koleksi gambar gambar aleya time tido.. nak share ngan korang.. jom layan... :)

Nota : jangan pulak pas nie ada yang tido sambil buat keje... kui kui kui...


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin