~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 15, 2011

~ Today My TUA Day ~

HAPPY BIRTHDAY TO ME..

HAPPY BIRTHDAY TO ME..

HAPPY BIRTHDAY TO Mai...

HAPPY BIRTHDAY TO ME..


15 Januari 2011

Hari nie besday saya..

Yang ke braper.. ape yang nak dirahsia2kan..

Yang ke 29 ye kengkawan..


"Syukur alhamdulillah kerana saya masih lagi berpeluang menikmati hidup2 nie bersama keluarga yang tersayang dan disamping 2 orang puteri2 kesayangan saya.. thanks mak kerana melahirkan saya 29 tahun yang lepas.. aminn.. semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. semoga keluarga bahagia saya akan sentiasa bahagia selama lamanya..

Untuk suami yang tercinta.. takda ape2 hadiah ke untuk isterimu ini...? hehehehe... "

Nota : 26 tawun.. 1 org anak.. 29 tahun.. 2 orang anak.. selepas niee... ????


Photobucket

Thursday, January 13, 2011

~ Akhirnya.. Kena Pindah.. ~

Ha.. Pindah.. pindah ke mana? sapa nak pindah?
Hehehe... tajuk gempak je kan..
Sebenornya takda sapa2 pun nak pindah
Just nak bagitau akibat keadaan peti ais saya yang penuh dengan stok2 ebm
saya telah berjaya memujuk en. hubby untuk membelikan chest freezer untuk simpanan stok2 ebm saya
bolehla saya pindahkan stok2 ebm saya ke tempat yang baru



sebelum.. suasana sejuk beku peti ais.. penuh dengan stok ebm.. takda ruang untuk simpan lauk basah..


selepas.. stok2 ebm dipindahkan ke freezer.. setiap plastik anggaran 35 bungkus.. dilabelkan senang nak cari nanti.. ini pun hampir penuh... suka nengok stok banyak2 sebab leh naikkan semangat untuk mengepam dan buat stok..

nota : nak tunggu bil letrik bulan ni camne.. banyak ke atau cam biasa? huhuhu...

Photobucket

Wednesday, January 12, 2011

~ Kenapa Saya Tak Bagi Air Masak Kepada Baby Laila ? ~

Ramai masih lagi belum tahu dan tidak mengetahui tentang perkara ini
Baby dari umur lahir sehingga umur 6 bulan TIDAK BOLEH diberikan air masak ye kawan2 hanya susu ibu saja yang diberikan kepada baby

Kenapa saya berkata begitu?
Sebab saya dah mula sedar dan saya sayangkan anak saya..

Petikan daripada Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (ms 3) :-

Bahaya air dan susu formula bagi bayi kurang 6 bulan

1) Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2) Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.

3) Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4) Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5) Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

nota : renung2kan... penah terjadi suatu hari di taska, kebetulan stok ebm utk laila kehabisan masa tu dah nak balik.. sib baik sempat kalo idak Laila dah diberi air masak.. saya pesan kat cikgu taska jangan bagi laila minum air masak.. cikgu tu pelik n hairan... saya siap pesan lagi kalau tak cukup just inform je, nanti saya delivery stok susu.. ermm.. xpe2 lain kali kena fotostat artikel nie n bagi cikgu kat taska tu baca n faham..


Photobucket

Tuesday, January 11, 2011

~ Cara Saya Simpan EBM ~

Kali nie saya nak share camne saya simpan susu2 yang telah dipam semasa di pejabat

Nie pic susu2 yang telah di pam kat pejabat
tempat lepak saya semasa pumping antaranya
~ Bilik Bacaan
~ Bilik Sendiri [nie kes kalau bos takda la yer..]


jumlah susu2 yg dipam mungkin akan berubah dari semasa ke semasa
tak semestinya setiap hari saya akan dapat 18.5 oz..
kadang2 paling sikit pun saya dapt pam 12 oz aje
tapi saya tak pernah putus asa malah bfikir ini rezeki untuk anak saya
ok, seterusnya susu2 yang telah dipam tadi akan di simpan dalam liner pulak
bila dah diisi dalam liner ni
saya akan ikat pakai getah aje
jangan lupa berikan label yer takut2 terlupa plak nanti nak manage

lepastu susu2 yg dibungkus tadi akan disimpan dalam cooler bag ni
cooler bag ni disertakan sekali dengan ice pack (3 bungkus) maaf ye xde gambar ice pack pulak
sebenornya boleh juga kalo nak simpan di dalam peti ais di pejabat saya
tapi saya lebih suka guna cooler bag ni sebab peti ais di pejabat saya jauh nun dibelakang
cooler bag saya ni xdela besor mane
kalo guna liner muatla dalam 5-6 bungkus
kenapa saya pakai liner?
sebab ia menjimatkan ruang dalam cooler bag saya yang comel ini dan bile saya terus simpan dengan botol ia memakan ruang yang agak besar


bila sampai di rumah
stok2 yang dipam tadi akan disimpan di bahagian beku dan di bahagian sejuk
di bahagian beku - 2 @ 3 bungkus
di bahagian sejuk - 2 bungkus

saya amalkan stok ebm 'first in first out'.. stok2 ebm beku yang paling awal tarikhnya akan saya turunkan setiap malam dalam 2 @ 3 bungkus dan diletakkan di bahagian sejuk untuk bekalan ke taska keesokan harinya..

setiap pagi dalam pukul 6 cenggitu.. saya akan pindahkan semua susu yg cair di bahagian sejuk ke dalam botol supaya memudahkan cikgu taska untuk memanaskan susu tersebut.. dan saya akan labelkan setiap botol yang mana perlu di gunakan dahulu..

selalunya setiap botol yang diisi dalam 3 - 4 oz.. saya bekalkan 4 botol.. jadi lebih kurang dalam 12 - 16 oz sehari saya bekalkan ke taska.. selalunya bila waktu balik 1 @ 2 botol tak habis di minum, mungkin kerana setiap hari di waktu pagi sebelum masuk kerja saya akan berada di taska untuk direct BM dulu dan pada setiap hari waktu rehat selepas sesi pumping saya akan menjengah Laila di taska dan direct BM jugak.. susu2 yang x abis tadi akan dibuang sebab susu yang telah dicairkan tidak boleh lagi dibekukan semula.. sedih juga bila tengok susu di buang begitu aje..

beginila rutin saya setiap hari bekerja.. walaupun nampak cam rumit nak menguruskan stok2 ebm nie.. insyaallah dengan semangat dan kesedaran tentang kepentingan susu ibu nie menjadikan semuanya mudah dan lancar.. amiiinn..

semua benda2 nie saya dapat melalui pembacaan dan belajar melalui blog2 yang banyak cerita mengenai penyusuan susu ibu ni, semasa mengandung lagi dah memang bertekad dan tanam azam nak menyusukan 2nd baby.. semasa mengandung dulu banyak membaca teori dan sekarang saya mengamalkan apa yang saya baca.. dan saya masih lagi belajar dan banyak lagi perkara yang perlu saya tahu pasal penyusuan susu ibu nie..

nota : kalau ada dikalangan pembaca blog saya ni terdiri dari otai-otai penyusuan susu ibu sila berikan komen anda kalau cara saya nie salah atau x betul yer.. dalam pada masa yang sama saya masih lagi belajar dan masih mengali ilmu penyusuan susu ibu ni.. terima kasih..

Photobucket

Monday, January 10, 2011

~ Laila Checkup 3 bulan ~

~ Laila 3 bulan.. suka main jari jemari ~


Kali nie saya bawak laila checkup untuk 3 bulan kat klinik kesihatan presint 3 aje
dekat sikit ngan opis
wat masa ni orang memang tak ramai
lagipun klinik untuk ibu mengandung dan kanak-kanak diasingkan dengan pesakit luar
tapi klinik kat presint 3 nie masih guna sistem secara manual lagi
nama pun klinik baru bukak kan.. mestila ada kelemahan dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa kan kan kan..

so, ni result Laila checkup tempohari..

Tarikh : 6/1/2011
Hari : Khamis

Umur : 3 bulan

Berat : 5.9 kg

Panjang : 59 cm

BMI untuk umur : 16.9

Lilitan kepala : 40 cm

Pemeriksaan fizikal : Memuaskan

Aktiviti : Aktif

Warna : Pink

Penilaian Penyusuan : BFOD

Suntikan Imunisasi : Done [DPT(2), Hib(2), IPV(2)]


Next appointment : 8/2/2011 [Selasa]

Usia 3 bulan laila dah pandai :
~ dah mula gelak sikit2
~ buat bunyi bunyian dari mulut seolah-olah macam nak mengadu..

~ suka masuk jari dalam mulut

~ suka tenung jari sendiri
~ kalau lambat bagi nenen suka buat sore ngade2 pastue nangis

~ suka tengok benda bergerak

~ nak ibu @ ayah @ kakak layan dia bile dia mengadu
~ dah pandai masukkan jari dalam mulut
~ baru mula nak ngereng2kan badan

Alhamdulillah.. selesai sudah bab cucuk nie.. tapi kali ni laila nangis la plak mungkin sebab sebelum cucuk tu dia dah ngantuk nak tido pastu nak nenen plak tapi tak puas.. selesai hal kat klinik terus balik opis n antar laila kat taska.. dah siap2 bagi ubat demam sebab badan laila pun dah dedar2.. risau gak kan takut2 kalau dia demam..

nota : saat2 manis bile nengok anak membesar depan mata..

Photobucket

Friday, January 7, 2011

~ Dah Seminggu Di Tahun Baru ~

Pejam celik pejam celik dah seminggu kita di tahun baru ek
Saya baru terkial2 wat n3 di tahun baru ni
Al maklumlah.. bizi bebenor di awal2 tahun nie..
bukan setakat bizi di rumah saje..
kat opis pun sama jugak kebizian nyer..

Selamat Tahun Baru buat semua..
Semoga apa saja yang berlaku di tahun 2010 itu menjadi kenangan dan panduan untuk kita semua meneruskan kehidupan di tahun 2011 ini

nota : dah rasa makin tua la plak sekarang nie... huhuhu...


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin