~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11, 2011

~ Cara Saya Simpan EBM ~

Kali nie saya nak share camne saya simpan susu2 yang telah dipam semasa di pejabat

Nie pic susu2 yang telah di pam kat pejabat
tempat lepak saya semasa pumping antaranya
~ Bilik Bacaan
~ Bilik Sendiri [nie kes kalau bos takda la yer..]


jumlah susu2 yg dipam mungkin akan berubah dari semasa ke semasa
tak semestinya setiap hari saya akan dapat 18.5 oz..
kadang2 paling sikit pun saya dapt pam 12 oz aje
tapi saya tak pernah putus asa malah bfikir ini rezeki untuk anak saya
ok, seterusnya susu2 yang telah dipam tadi akan di simpan dalam liner pulak
bila dah diisi dalam liner ni
saya akan ikat pakai getah aje
jangan lupa berikan label yer takut2 terlupa plak nanti nak manage

lepastu susu2 yg dibungkus tadi akan disimpan dalam cooler bag ni
cooler bag ni disertakan sekali dengan ice pack (3 bungkus) maaf ye xde gambar ice pack pulak
sebenornya boleh juga kalo nak simpan di dalam peti ais di pejabat saya
tapi saya lebih suka guna cooler bag ni sebab peti ais di pejabat saya jauh nun dibelakang
cooler bag saya ni xdela besor mane
kalo guna liner muatla dalam 5-6 bungkus
kenapa saya pakai liner?
sebab ia menjimatkan ruang dalam cooler bag saya yang comel ini dan bile saya terus simpan dengan botol ia memakan ruang yang agak besar


bila sampai di rumah
stok2 yang dipam tadi akan disimpan di bahagian beku dan di bahagian sejuk
di bahagian beku - 2 @ 3 bungkus
di bahagian sejuk - 2 bungkus

saya amalkan stok ebm 'first in first out'.. stok2 ebm beku yang paling awal tarikhnya akan saya turunkan setiap malam dalam 2 @ 3 bungkus dan diletakkan di bahagian sejuk untuk bekalan ke taska keesokan harinya..

setiap pagi dalam pukul 6 cenggitu.. saya akan pindahkan semua susu yg cair di bahagian sejuk ke dalam botol supaya memudahkan cikgu taska untuk memanaskan susu tersebut.. dan saya akan labelkan setiap botol yang mana perlu di gunakan dahulu..

selalunya setiap botol yang diisi dalam 3 - 4 oz.. saya bekalkan 4 botol.. jadi lebih kurang dalam 12 - 16 oz sehari saya bekalkan ke taska.. selalunya bila waktu balik 1 @ 2 botol tak habis di minum, mungkin kerana setiap hari di waktu pagi sebelum masuk kerja saya akan berada di taska untuk direct BM dulu dan pada setiap hari waktu rehat selepas sesi pumping saya akan menjengah Laila di taska dan direct BM jugak.. susu2 yang x abis tadi akan dibuang sebab susu yang telah dicairkan tidak boleh lagi dibekukan semula.. sedih juga bila tengok susu di buang begitu aje..

beginila rutin saya setiap hari bekerja.. walaupun nampak cam rumit nak menguruskan stok2 ebm nie.. insyaallah dengan semangat dan kesedaran tentang kepentingan susu ibu nie menjadikan semuanya mudah dan lancar.. amiiinn..

semua benda2 nie saya dapat melalui pembacaan dan belajar melalui blog2 yang banyak cerita mengenai penyusuan susu ibu ni, semasa mengandung lagi dah memang bertekad dan tanam azam nak menyusukan 2nd baby.. semasa mengandung dulu banyak membaca teori dan sekarang saya mengamalkan apa yang saya baca.. dan saya masih lagi belajar dan banyak lagi perkara yang perlu saya tahu pasal penyusuan susu ibu nie..

nota : kalau ada dikalangan pembaca blog saya ni terdiri dari otai-otai penyusuan susu ibu sila berikan komen anda kalau cara saya nie salah atau x betul yer.. dalam pada masa yang sama saya masih lagi belajar dan masih mengali ilmu penyusuan susu ibu ni.. terima kasih..

Photobucket

2 comments:

Jue @ atanayuiman said...

akan ikut tips2 ini.. hehehe i likee..

molliesa said...

tq for the info! :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin