~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 30, 2010

~ Rumput Fatimah @ Akar Fatimah ~

~ Rumput Fatimah @ Akar Fatimah ~

Alhamdulillah.. akhirnya dapat jugak rumput nie, terima kasih bebanyak kat member ofis yang bagi rumput nie..

apa kegunaan rumput nie? kalau ikut pemahaman aku dan pertanyaan aku kat kengkawan yang tau pasal rumput ni, dorang kata masa nak dekat-dekat tarikh bersalin nanti rendam dalam air, pastu rumput ni akan kembang, bila dah kembang itu menandakan kita nak bersalin.. air rendaman rumput ni jugak boleh dibuat minum.. lebih kurang macam air selusuh.. air dia juga boleh dibuat sapu kat perut..

kalau nak tau lebih lanjut, ni aku tepekkan sedikit maklumat pasal rumput nie.. aku copy paste aje dari web ni.. www.tokomarwa.com/.. ayat dalam web ni macam dari negara seberang aje yer..


RUMPUT FATIMAH - (Siwak & Rumput Fatimah)

Rumput Fatimah Tumbuhan Pelancar Haid

Rumput fatimah (Labisa pumila) Nama arabnya Kaf Mariyam (Telapak tangan mariyam) dikenal sebagai tanaman yang membantu proses memperlancar kelahiran. Para jemaah haji atau mereka yang pernah berkunjung ke Timur Tengah, biasanya membawa pulang rumput fatimah sebagai oleh-oleh untuk keluarga dan kerabat di tanah air, karena dipercaya sebagai obat yang manjur.

Namun, di sisi lain, rumput fatimah juga kerap digunakan sebagai obat pelancar haid bagi orang-orang yang ”mendadak” telanjur hamil di luar perencanaan. Para ibu yang telanjur ber-KB tapi kebobolan atau para gadis yang telanjur hamil namun belum menikah. Penggunaan rumput fatimah sebagai pelancar haid sebenarnya bukan hal baru di negara Arab. Masyarakat Arab biasanya memanfaatkan rumput fatimah ini dengan mengambil akarnya. Kemudian dicuci, dipotong-potong lalu direbus. Air rebusan akar rumput fatimah ini yang kemudian diminum untuk melancarkan kelahiran atau haid. Sehabis melahirkan.


RUMPUT FATIMAH berkhasiat untuk :

Rumput Fatimah atau labisia pumila adalah tanaman herbal yang berkhasiat mengobati: Pelancaran haid pada wanita, menghilangkan rasa sakit ketika datang haid, mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan, meningkatkan hormon pada perempuan, melangsingkan tubuh, dan mengobati diare.


Cara pakai:

Rendam rumput fatimah dalam air minum secukupnya. Biarkan beberapa saat, sampai akar ini melebar atau mekar. Setelah itu, ambil airnya, gunakan untuk minum sebagian, dan untuk cuci bagian kewanitaan (cebok) sebagian sisanya. Dapat pula diusapkan di perut.


Photobucket

~ Shopping List Barang Baby ~

Sori n3 ni lambat nak publish, maklumlah minggu ni agak bizi dan aku yang tak berapa nak sihat sangat.. hari Sabtu lepas, seperti perancangan, nak pergi cari barang keperluan baby.. dalam pukul 11.00 gak la kitorang keluar rumah.. ingatkan nak pergi kedai cawangan Manjaku kat Kajang tapi aku ajak En. Hubby kali nie kita pergi yang kat Bandar Baru Bangi pulak.. En. Hubby on aje..

Memang betul kata orang, kalau dah tengok barang baby memang rambang mata.. kalau boleh semua nak beli... tapiiiii.. nak beli barang keperluan baby tak boleh main redah aje ye kawan-kawan, perancangan tu penting takut terover bajet la pulak.. aku ada la buat Shopping List barang baby.. lagipun baju-baju time aleya baby dulu pun masih boleh digunakan lagi.. cuma buat penambahan sikit je.. kesian kat adik aleya, nak juga merasa baju baru ye dak..

kalo ada antara kawan-kawan nak ikut shopping list aku ni, silakan yer.. tapi bagi kawan-kawan yang bakal menerima cahayamata yang pertama mungkin ada pertambahan barangan, terpulang pada diri masing-masing.. shopping list yang aku sertakan ni hanya perkongsian maklumat sebagai panduan bersama.. ;)


~ Baju Lengan Panjang / Seluar Panjang (set) - 2 pasang
~ Lengan Pendek / Seluar Pendek (set) - 2 pasang
~ Baju Tiada Lengan - 3 helai
~ Seluar Panjang - 2 helai
~ Seluar Pendek - 1 helai
~ Topi Baby - 1 helai
~ Tuala Mandi Baby - 2 helai
~ Selimut Baby wit Penutup Kepala - 1 helai
~ Sarung Tangan / Kaki - 2 set
~ Stokin - 2 pasang
~ Sapu Tangan - 3 helai
~ Napkin - 1 pek (10 helai)
~ Bedung - 4 helai [ buat sendiri aje.. ]
~ Barut Baby - 10 helai [ beli online.. dah dapat pun]
~ Bantal ( 1 biji) / Bantal Peluk (2 biji) - [ dah ada.. recycle yang lama ]
~ Sarung Bantal / Bantal Peluk - [ dah siap.. jahit sendiri.. ]
~ Set Mandian Baby (Bedak/Sabun Mandi/Syampu/Losyen) - 1 Travel Pack [ untuk dibawa ke hospital ]
~ Baby Oil - 1 botol kecil [ nak kena bawa masuk dewan bersalin.. nurse mesti mintak ]
~ Putik Kapas - [belum beli lagi..]
~ Tisu Basah - [belum beli.. ]
~ Pampers New Born - 1 Pek
~ Botol Susu (yang kecil) - 1 botol
~ Puting Botol [Jenama NUK] - 2 buah [ untuk digunakan semasa latihan memerah susu ]


Photobucket

Thursday, July 29, 2010

~ Appointment Checkup 30 Minggu ~

Update checkup.. 30 Minggu.. Uwaaa... lagi 10 Minggu nihh.. berdebar nyerr..

No. Giliran : 364
Bilik Pemeriksaan : No. 16 & No. 12 [ Jumpa Doc ]
Tarikh : 29.07.2010 [ Khamis ]
Usia Kandungan : 30 minggu
Berat : 74.6 kg
Tekanan Darah : Ok
Jantung Baby : [ aperla nurse ni tulis kat buku pinky aku nie.. tak jelas.. ]
Kaki Bengkak : ada sikit nampak bengkak..
Air Kencing : Clear
HB : 12.2

Nasihat dari Nurse :-
~ teruskan makan vitamin yang diberi.
~ teruskan penyusuan susu ibu untuk 2nd baby nanti.. [Insyaallah.. dah tanam azam dalam kepala nie.. ]
~ penjagaan dan kebersihan payudara.

disebabkan aku ada mengadu yang aku batuk dari hari isnin hari tu tak baik-baik, aku minta jumpa doktor nak minta ubat.. bukan apa, aku nie jarang batuk.. sekali dah dapat memang sakit, nak tido malam pun tak boleh, lagi lagila perut dah membesar nie, sakit perut dan sakit dada kalau batuk tu.. lagi teruk kalo waktu pagi bangun tido, batuk tak berhenti sampai termuntah-muntah..

lepas keluar dari bilik no. 16, kena tunggu turn nak masuk bilik no. 12 plak.. Ya Allah, lama betul aku menunggu kali ni nak masuk bilik no.12.. sib baikla hari ni aku sorang je yang pergi.. kalo ade En. Hubby temankan, mesti dia bengang tunggu lelama kat klinik..

dah dapat masuk bilik no.12, aku bagitau gitu gini aku batuk, dah 4 hari termasuk hari ni tak baik baik, tak ambil sebarang ubat pun lagi sebab takut.. doc tu pun check, paru-paru ok, takda demam, selsema pun takda, tekak ada merah sikit.. doc pun suggestkan makan ubat batuk biasa tu dan ubat cair kahak bentuk pil.. ubat batuk tu makan sekali sehari aje, waktu nak tido malam.. jangan terlebih dos.. ubat cair kahak tu plak makan waktu perlu aje.. kalo rasa kahak tu tak banyak tak payah la makan.. aku pun agak berpuas hati dengan penerangan doc tu.. jumpa doc tak lama tapi menunggu nak masuk bilik tu yang lama..

lepas jumpa doc pergi farmasi ambil ubat pulak.. tak lama kejap je kat situ.. dah settle semua, dah dapat time slip pun.. haruslah cari makanan dulu dan pulang ke opis..

next checkup lagi 2 minggu pada 12.08.2010 [ Khamis ].. masa bulan puasa pulak tu..

nota : lupa nak tambah.. minggu nie dah start kira pergerakan baby yer.. kena tanda dalam buku pinky.. adoii.. bab ni yang selalu lupa nih..

Photobucket

Tuesday, July 27, 2010

~ Sakit Tekak ~

Dah masuk 2 hari rasa sakit tekak

gara-gara makan terlalu banyak

buah tembikai

buah rambutan

buah langsat

dan sekarang aku dilanda
BATUK... aduihh sakit tekak weii.. bila batuk datang rasa nak terkucil..
nak makan ubat batuk tak berani laa..
banyak minum air masak je la.. huhuhuhu...
sumber gambar : mr google.. tq.

Photobucket

Monday, July 26, 2010

~ Permulaan Hari Isnin Yang Agak Errrr.. ~

Mengapakah ?
Kenapakah ?
Hari Ini Hari Isnin

ARgggghhh... Malasnya nak g keje ari niee.. datang tadi pun dah lewat.. aduisss.. nie gara-gara aleya tak mo bangun pagi tadi, habis aku pun sama-sama lewat.. En. Hubby.. ermmm relax aje.. awal-awal dah siap nak g kerja.. hensem hari nie.. hihii.. puji ada makno.. maklumlah kerja kat KL, kenala keluar rumah awal sikit.. so, tinggallah aku menyiapkan si Aleya.. ishh macam tak biasa aje.. hari hari kan sama aje..

Sekarang nie bos takda.. pergi meeting.. saja nak pos n3 nie.. konon nak luahkan perasaan.. k lah ade kerja dah menanti.. hahahha... nanti aku pos n3 baru ekk..


Photobucket

Sunday, July 25, 2010

~ Tahniah.. ~

Pagi-pagi dah dapat call dari kampung
nenek bagitau Maksu aku dah selamat bersalin awal pagi tadi pukul 2.00 pagi.. baby girl.. ni kiranya kelahiran anak sulung diorang..
alhamdulillah.. bertambah lagi sepupu aku a.k.a makcik aleya
kebanyakkan sepupu aku semuanya kanak-kanak lagi.. sebaya aku takda pun.. hihhiihi.. aku la yang paling tua..

To Paman & Maksu
Tahniah..
~ Welcome to da' Club Ayah n Ibu ~


Photobucket

Saturday, July 24, 2010

~ Keluar Shopping.. Lalalala.. ~

Siang tadi keluar jalan-jalan dan shopping baju baby n baju raya Aleya
Pegi kedai Manjaku kat Bandar Baru Bangi untuk baju dan barang baby
Pergi Kompleks PKNS Bangi untuk cari baju raya Aleya

Hehehehe...

Nak tau apa aku beli... kalau rajin nanti aku tepek gambar ye..

nota : n3 paling pendek aku taip..

Photobucket

Friday, July 23, 2010

~ Hari Ini.. Di Pagi Jumaat ~

Nasib baik aku tak basah kuyup pergi kerja
nak kata hujan tak jugak.. lagipun cuaca ok je pagi tadi kat putrajaya
pagi tadi masa nak pergi kerja macam biasa la berjalan menuju ke kereta
aleya berjalan kat belakang aku
sibuk kejar kucing kuning tu
aleya memang suka kalau nampak kucing, kalau boleh dia nak kejar sampai dapat
bila dah dapat duk jauh-jauh plak..
ok back to kisah aku pulak..
sedang aku yang terboyot-boyot ni jalan tiba-tiba ada orang simbah air dari atas.. gedebush.. terkejut betul aku.. tak tau air apa.. air lebih jemur kain ke, air siram pokok bunga ker.. sib baik sempat elak, sambil-sambil tu meraba-raba gak la tudung dan baju kalau terkena air ke kan.. aku pandang belakang kot-kot aleya terkena air jugak ke kan.. aku pandang atas.. tengok dah takda orang pun.. pandai pulak ko nyorok ek.. takut la tu.. lain kali agak-agakla cik non oii nama gelaran yang aku bagi.. kalo nak simbah air tu tengok-tengok sikit orang kat bawah.. ada orang lalu ke apa ke.. ishh sabor sabor.. nak kata tempat laluan tu takda orang lalu, tak jugak sebab memang dah jadi laluan orang ramai nak pergi tempat parking.. yang selalu aku dengar kejadian camni berlaku kat flat-flat biasa aje.. tapi benda ni pun berlaku kat KUARTERS KERAJAAN PUTRAJAYA.. sah sah la kakitangan kerajaan jugak.. buat malu aje..
ishh.. walaupun aku ni dari kecik memang dah dibesarkan dalam kuarters maklumlah anak polis.. asyik pindah randah aje.. kuarters la taman permainan masa kecil tapi tak pernah la aku nengok mak aku buang apa-apa dari atas bangunan ke bawah.. ish.. manusia manusia.. takda kesedaran sivik langsung..
-: Pesanan Khidmat Masyarakat :-
Jangan Sesuka Hati Nak Simbah Air Atau Buang Sampah Ke Bawah.. Nasib Baik Tak Kena Kat Korang Tapiiii... Kalau Lepas Ni Korang Pulak Yang Terkena.. Apa Korang Rasa.. Lu Pikirla Sendiri..
Nota : Sori.. N3 kali ni agak beremosi sikit.. Lepas Geram Punya Pasal..

Photobucket

Wednesday, July 21, 2010

~ Jom Baca Buku : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya~

Tajuk Buku : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
Pengarang : Kumpulan Penyusuan Susu Ibu WP Putrajaya dan Kuala Lumpur
Bil. Muka Surat :54 ms


Buku ni dah lama aku beli, bulan 4 tahun ni rasenye. Aku beli buku ni pun bila telah disuggestkan oleh member aku Az. aku beli buku nie kat kedai ni aje, order online n amik sendiri kat kedai dia, kedai pun takda la jauh sangat, berdekatan dengan pasar borong selangor, sri kembangan. Harga buku ni cuma RM 10 sahaja.

Macam-macam info penting yang kengkawan boleh dapat bila baca buku ni, especially yang memang nak BF anak masing-masing walaupun kita sedang bekerja. Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ni ialah:-

a) Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan
b) Latihan Memerah
c) Cara Menyimpan Susu Perahan
d) Tips tips sokongan dari para suami dan lain-lain lagi


Isi kandungan buku ini juga terdapat gambar-gambar yang berwarna dan memudahkan untuk kita faham dan praktikkan.. Insyaallah.. memang berbaloi-baloi kata orang..

Ini antara tajuk-tajuk dalam buku ni yang aku snap, kalo nak tengok lebih banyak lagi.. silalah beli yer..


Sejak pregnant 2nd baby ni aku memang dah berazam nak breastfeed sekurang-kurangnya target selama 2 tahun. Masa aleya dulu sempat jugak BF, tapi disebabkan kurangnya ilmu BF masa tu dan kalo tak silap aku sampai 5 @ 6 bulan rasenya aleya sempat BF.. ermm, kesian aleya.. maafkan ibu ye sayang. Jadi untuk 2nd baby ni, memang dah berniat dan berazam nak BF, yang penting sokongan daripada En. Hubby amat penting.. lepas ni tak payah bangun malam ye bang, tak payah bancuh susu anak.. Insyaallah, doakan saya yer kawan-kawan..

oleh kerana sebab itula, bila je dapat tahu pregnant 2nd baby ni terus aku cari maklumat kat internet, tanya kawan-kawan yang breastfeed anak masing-masing especially Az (blog dia aku jadikan sumber semangat aku nak BF 2nd baby.. thanks Az..) hehehe.. nanti aku kaco ko lagi Az pasal BF nih.. jangan marah haa..

kalau ada di kalangan kengkawan blogger yang tahu mana-mana laman web, blog ke, forum ke yang mengenai Penyusuan Susu Ibu ni, minta tinggalkan link yer.. terima kasih atas bantuan kengkawan semua.. ;)


Photobucket

~ Bila Aleya Berkaca Mata~

Dah lama tak tepek gambar aleya dalam blog ni kan.. asyik cerita pasal benda lain aje.. so, kali ni layan je gambar anak dara ku yang sorang ni.. abis dia melaram dengan cermin mata hitam bibik aka adik aku.. sengih sampai ke telinga..











note : budak budak kalau di suruh bergaya.. mesti nampak comel kan..

Photobucket

~ Hepi Besday ~

Happy Birthday

Muhammad Anwar Bin Mohd Punzan
21.Julai.2010


nie adik aku yang no. 5.. si Nuor.. skarang nie dia sambung blajar kat UITM Machang, Kelantan.. hah, amik ko.. jauh tuuu..

Dia ni suka sangat memancing.. masa menunggu keputusan tuk masuk mana-mana tempat belajar, hari-hari pergi memancing.. x kisahla kat mane pun, pasti dia pergi.. sampai naik pening mak aku kat umah tu.. la nie dah dapat sambung blajar, semua alatan memancing dah disimpan dalam almari.. hahahaha...


~ Selamat Hari Lahir
~ Belajar Rajin-Rajin jangan asyik ingat nak memancing aje..
~ Pandai-pandai bawak diri kat tempat orang yer..
~ Semoga Berjaya dan Sukses dalam bidang yang Nuor ceburi..


Photobucket

Tuesday, July 20, 2010

~ Set Bersalin Apa Yang Kengkawan Guna?~

Sejak dah masuk usia kandungan 7 bulan nie, aku dh mula survey barang barang keperluan aku masa berpantang dan barang keperluan untuk menerima orang baru.

sekarang ni aku tengah survey Set Bersalin, dalam fesbuk pun aku ada minta cadangan n pandangan daripada kengkawan tentang Set Bersalin yang bagus dan tak membazir bile aku menggunanya nanti.

semasa berpantang anak pertama dulu, aku guna Set Le***a F***u**.. ermm, cam tak best aje, rasa macam tak berpantang ye jugak.. tu yang sekarang nie kalo boleh nak yang bagus, berkualiti dan yang pasti rege pun x berapa mahal sangat mengikut kemampuan dan bajet aku.
bila tengah survey ada jugak terpikat dengan satu produk set bersalin nie, bile baca testimoni pengguna macam teruja aje.. nanti bila dah betul betul confirm beli baru aku tepek kat sini yer.

nie la antara Set Bersalin yang dicadang oleh kengkawan fesbuk aku . kalo ada rakan blogger yang nak share cadangan atau pandangan amatlah dialu alukan..

Set Bersalin Nona Roguy

Set Bersalin HPA

Set Bersalin Amway (Tropical Herbs)

Sumber Gambar : Thanks Mr. Google


ni la antaranya.. kat luar tu ada banyak lagi jenis Set Bersalin nie.. aku tepek mane yang aku jumpa gambor jer nak tepek banyak2 karang berpinor mata nengoknyer..

pening gak kan kalo nak wat pilihan.. nak kata cerewet tak jugak.. tapi aku keinginan kepuasan tu yang penting.. sihat tubuh badan.. maklumlah orang pompuan ni kena jaga macam2.. atas bawah dalaman luaran.. huhuhu~~ untuk sapa jugak kan.. en. hubby tercinta jugak.. ;)


Photobucket

~ Selamat Sudah Bertunang Adikku ~

Sebenarnya majlis nie berlaku 2 minggu lepas akibat kebizian dan kemalasan nak update blog hari ni baru nak crita

11.Julai.2010 [Ahad]


Alhamdulillah.. selamat sudah adik lelaki aku yang kedua ni bertunang.. dah menjadi tunangan orang.. hahaha.. dh jadi tunangan orang pandai2 la bawak diri yer.. jaga perhubungan tu elok2.. jangan gaduh2 bincang baik2.. cesss.. nasihat seorang kakak yang poyos..

Majlis bermula pukul 12 lebih cam gitu.. bukannya jauh sangat pun.. kat kota warisan sepang aje.. kitorang bertolak dari damansara dalam kul 10 cam gitu biasala kalo dah reramai ade aje yang tersesat jalan

so, korang layan je la gambor yang sempat aku snap..

adik-adikku tgh nunggu turn nak masuk kreta yang mana satu.. photo gediks dulu..

tuan tanah pun nak enterprem jugak.. gambor bersama sepupu aku diulangi sepupu yer.. Qaisara..
dah sampai.. tgokla rombongan dari belah aku.. ramai giler.. heheheh.. sedara mara dari Pahang turun KL.. itu ade yg x datang lagi tue.. silap hblan 1 bas weii...

masa ni dah sampai umah pompuan.. sesi bincang membincang.. syhhhh... dengar jangan x dengar..

bincang sudah.. confirm sudah.. sarung cincin la plak.. sarung mak jangan x sarung..

hahh.. salam diana jangan x salam.. bakal mak mertua tu.. ;)

nie la rupenyer tunang aka bakal adik ipar aku.. Siti Nordiana namanya..

senyum sikit la mak.. malu malu plak.. sebelah tu bakal menantu tuu.. ;)
bergambar bersama bakal menantu n bakal besan..
Bersama bergambar ke bergambar bersama... malu la plak adik aku nie.. jauh jauh..


nie plak barang2 hantaran dari pihak lelaki dan perempuan.. layann..



Insyaallah tahun depan kenduri kahwin plak.. lagila sibuk kan.. janji diikat selama setahun jer, adik aku kena kerja keras la ngumpul duit yer nak kawin plak.. lepas je semua acara, kitorang disajikan dengan makanan.. sedap sedap makanan nyer.. aku x sempat nak snap gambar masa makan sebab nak handle anak dara ku yang sorang tu.. uishh dia la yang paling sibuk.. x menang tangan masa makan tue..

lepas dah kenyang.. tukar2 barang.. apa lagi.. balikla plak.. huhuhu... very da' penat seh.. mana yang sedara mara yang nak balik sibuk2 la mengemas barang nak balik.. yang masih nak g berjalan, jalan la puas2.. yang pasti kami 3 branak dah serender.. letak kepala terus ZzzzzZZ...




Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin