~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 16, 2011

~ 4 bulan 6 hari ~

Alhamdulillah..
Laila dah pandai meniarap di usia 4 bulan 6 hari (hari sabtu )
Padahal hari Jumaat tu baru borak2 ngan kak has masa jualan mega sale Puspanita ingat x! ingat x! pasal perkembangan anak2 masing termasuklah cerita si Laila tak pandai meniarap lagi..
Agaknya Laila paham dan telah menunjukkan skill nyer pagi2 sabtu aritu..
layann picas nie..

~ baru berjaya nak meniarap.. ~

~ cubaan untuk angkat kepala.. ~

~ muka cam tak puas hati je dik.. ke ngantuk lagi.. tula nak tunjuk skill kat ibu pagi2 buta, hah kan dh kena amik gambar.. ~

sehingga n3 ni di tulis, laila pantang di letak akan trus berpusing.. dah pandai.. kepala pun dah bleh kawal.. tunggu jela jap jap lagi.. sama ada ke depan atau ke belakang.. so, reminder untuk ibu.. rajin2la kemas2 barang kat lantai tu yer.. nanti ade pulak yang mengutip.. huhuhu...

nota : setiap hari tak sabar nak tengok perkembangan anak2.. seronok..


Photobucket

Tuesday, February 15, 2011

~ Salam MAULIDUR RASUL dan Selamat Ulangtahun ~

Salam Maulidur Rasul dari kami sekeluarga


~
~
~
~
~
~
~
~

dan

Selamat Ulangtahun Perkahwinan
Yang Ke 30 Tahun
Buat Abah + Mak

15 Februari 2011

~ kami (anak2 + menantu + cucu2) semua sayanggggg Abah + Mak a.k.a tok abah + mak tok ~



Photobucket

Thursday, February 10, 2011

~ Laila Checkup 4 bulan ~

~ Laila 4 bulan.. gambar dalam kereta, tunggu ayah n kakak g pasar tani ~

Hari selasa baru ni Laila follow up checkup
Sekarang nie checkup kat klinik kesihatan Presint 3 je
Masa kami datang hari selasa baru ni, ramai la pulak orang
Mungkin orang ramai dah mula tahu kewujudan klinik kat presint 3 ni

nie hasil checkup tempohari

Tarikh : 8/2/2011
Hari : Selasa
Umur : 4 bulan
Berat : 6.5 kg
Panjang : 61 cm
BMI untuk umur : 15.8
Lilitan kepala : 41 cm
Pemeriksaan fizikal : Memuaskan
Aktiviti : Aktif
Warna : Pink
Penilaian Penyusuan : BFOD
Suntikan Imunisasi : Tiada

Next appointment : 8/3/2011 [Selasa]


Perkembangan Laila 4 Bulan :

~ Dah pandai mengereng.. lebih lama dari dulu..
~ Dah pandai pegang barang mainan.. lama2 masuk mulut..
~ Suka main kain tak kiralah sapu tangan ke selimut ke janji kain..
~ Dah pandai tengok tv..
~ Kalau mandikan dia suka melonjak2.. tolak2 badan.. jenuh ibu nak memegangnyer..

checkup kali ni tak kena cucuk yer.. selamattt.. next month confirm kena tau.. cam biasa bile dah penat kat klinik sampai di taska, laila pun tido dengan nyenyaknye selepas diberi susu..


Photobucket

Wednesday, February 9, 2011

~ Saya Rasa.... ~

Arghhh... Dah lama takda entry baru..
Saya rasa... saya sangat sibuk..

Sibuk buat kerja..
Sibuk nak kemas opis.. tahun ni sibuk 5s lagi..
Meja saya dah tak nampak macam meja
Penuh surat2 nak difailkan
Asyik tertangguh aje macam banyak benor je kojenyer..
Program 5s nie takkan habis ye..
sentiasa bersambung2..

Sibuk uruskan anak-anak..
Anak2 makin besar makin banyak peel nya
Si kakak makin bijak
Si adik makin lasak
Uisshhh... ape2pun anak2 ibu la pengubat letih ibu
Takda kalian sunyila hidup ibu

Sibuk tolong uruskan hal persiapan perkahwinan adik saya
Adik yang nak kahwin saya pulak yang sibuk2
Maklumla adik lelaki plak tu yang nak kahwin
Semuanya diserahkan kepada Emak dan Abah
So, sebagai kakak yang sulung mestilah kena join together2 kan
Idea dan pendapat memang diperlukan saat ini

Sibuk.. Sibuk.. Sibuk..
Saya rindu berblogging..
Saya cuba jugak nak wat entry baru
Tak kisahla nak cerita apa pun

Bukan nak mengeluh
tapi sekadar meluah perasaan
Jangan bosan singgah teratak saya ye
Terima kasih

nota : entry orang yang sibuk kononn... .. hehehe..


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin