~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Wednesday, October 17, 2012

~ Diet in Progress... ~

Murning uolsss...
Rasa cam lama je tak update kan...
Ermmm....
Uolls uollss dah sarapan?
Jom sarapan ngan saye...
Kita minum dulu...


Exceli...saya skarang ni tgh berusaha untuk mengecikkan badan...
Hehehe...nak kecikkan badan sebab nak sihat...
So, dah sbulan lebih waktu pagi amik minuman nie...
Diet saya...bkn diet xmkan nasi tau...
Saya amik gak nasi...
Tapi...amik nasi 1 hari sekali je...itupun waktu tgahari...
Malam plak saya xmkn nasi cuma simple simple aje...
Contoh mcm mkn buah buahan atau just buat air je...
Supplement? Ohhh... Saya amik jugak supplement...
Sekarang saya stay ngan produk Shaklee...
Ini makanan tambahan ye bukan ubat kurus...
Saya amik herblax, lecithin dan esp...
Vitamin ni membantu memberikan tenaga saya seharian...
Dan membantu jugak anda anda semua untuk mengecikkan badan...
Yang penting kawal pemakanan dan amik menu yang betul...
Dengan usaha pasti akan berjaya...

Walaupun diet saya nie tak struggle macam org lain tapi Alhamdulillah nampak gak progressnya...walaupun tak banyak tapi angka kat penimbang tu nampak turunnya...i like i like...
Kalau saya buat senaman mesti lagi banyak turun kan kan..
Hari hari senaman gak pe ermmm...jalan kaki pagi pagi dari blok ke kereta terbakar gak kalori...dari parking ke opis sndiri pun jalan kaki jugak...berjalan dalam opis yg seluas luas tu pun terbakar kalori gak...ha ok ok...

Eh eh...panjang plak mukadimah pagi pagi nie...
Ok la...chow dulu nak ho ho horlicks...

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

Saturday, October 6, 2012

~ 6.10.12 : 2 tahun sudah...misi sudah berjaya...Alhamdulillah... ~

Syukur...
Alhamdulillah...
Gembira sangat sebab dapat capai target penyusuan lengkap
Sedih sebab dah nak ajar Laila minum formula milk
Tak tau camne nanti
Tapi dalam masa yang sama tak nak stresskan my girl dan tak nak terus putuskan susu badan...
Mungkin akan teruskan sehingga laila betul betul nak berhenti

Happy birthday my little girl
Nur Laila Dayana
2 tahun


We all luv u so much dear
Muahh... Muahh...


Semoga anak ibu diberikan kesihatan yang baik
Menjadi seorang anak yang mendengar kata dan menghormati orang tua
Ibu dan ayah akan cuba dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kalian
Anak anak ibu adalah harta yang bernilai buat ibu
Selamat hari lahir sayang...

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

Thursday, September 6, 2012

~ 6 September 2012 ~

Salam
Dah hari ke 6 dalam bulan September ni
Sekarang ni masing masing sbuk memenuhi jemputan open house kan
Raya kan sebulan...
Makcik nie baru terhegeh hegeh nak naip entry

Hari nie cukup 1 tahun 11 bulan perjuangan breastfeeding saya untuk anak dara kecik nie
Dah nak dekat 2 tahun uoolss...
Alhamdulillah...



Saya dah stop pumping di pejabat sejak bulan pose tempohari
Sekarang saya hanya bekalkan baki baki stok ebm untuk laila di taska
Stok stok dah dikira dan cukup sampai bulan depan
Sekarang dah tak payah bawak beg sekolah lagi *rindu zaman ituu...
Pam yang ada pun dah disimpan rapi untuk kegunaan next bb *insyaallah..
Rindunye zaman zaman pumping kat opis nie...
Mula2 dulu pam kat bilik bacaan je..

Pastu dah malas nak berjalan ke belakang
Pam kat bilik mesyuarat pulak

Disebabkan bilik mesyuarat pun selalu je digunakan
Akhirnya lebih selesa pumping di workstation sendiri

Yang bestnye...ada gak orang tak tahu saya sedang pumping
Bilik saya ni bersebelah ngan bilik bos je pun
Kalau nak masuk bilik bos kene lalu bilik saya dulu
Dengan teknik yang betul dan pemakaian nursing cover yang betul
Orang pun tak prasan :-)

Utk pengetahuan uolls
Bos saya seorang lelaki bukan islam
Mula mula nak pumping di workstation sendiri amatlah segan n macam macam perasaan
Alah bisa tegal biasa orang kate...
Mula mula dia ada gak tegur bunyi apa kat tempat saya
Siap cakap saya pakai mesin urut kaki ke..
Tersipu sipu malu saya bagitau yang saya tengah pumping susu
Sejak dari tu...dia dah x tegur dah...
Kalau dia lalu pun masa saya tengah pumping, dia tak cakap ape2, janji kerje jalan...
Kawan kawan kat opis nie pun kadang tu tak prasan, mane yang dah tahu tu, paham la kalau saya senyap senyap je kat bilik tengah wat projek pumping la tu...
Tu la serba sedikit cerita zaman hebat pumping..
Memang saya akan merindui moment itu...lagi lagi masa time susu tengah banyak, hepi sangat...

Tengah memikir nak buat cabutan bertuah untuk readers yang bertuah pada next month (Bulan Oktober)...sempena laila berumur 2 tahun...
Nantikan ok...

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

Friday, August 31, 2012

~ Salam Merdeka 55 Tahun ~



Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55 Tahun
Kibarkan Jalur Gemilang Anda
Selamat Bercuti dan Selamat Berhujung Minggu Buat Semua

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

Thursday, August 30, 2012

~ Kad Raya Untuk Korang ~

STICKY MODE
Entry melekat sehingga 30.8.2012
Untuk entry baru sila scroll bawah.. tenkiu..

Terimalah kad raya dari mrsnano family...


klik pada gambar untuk tumbesaran


Salam Aidilfitri buat semua kengkawan yang mengenali diri ini sama ada di alam blogger ataupun di alam realiti...
Mohon ampun dan maaf andai selama penulisan saya di blog ini mengguris hati dan perasaan para pembaca blog dan kengkawan semua...
Sesungguhnya yang buruk itu adalah dari saya dan yang indah tu adalah kurniaan yang Maha Esa...
Selamat pulang ke kampung halaman dan berhati hati di jalanraya...

Luv u olllsss...

~ mai aka ibu AL ~
posted from Bloggeroid

~ Jalan Jalan Beraya dan Jamuan Makan Sedara Mara ~

Raya ke 4 dah balik KL
Jalanraya sangatlah tak jem
Sungguh relaks dan tenang dalam kereta
Bertolak dari Ipoh jam 9.30 pg
Sampai Sg. Buloh jm 12 tghari
Itupun ada singgah RnR Ulu Bernam

Singah umah mak kejap je
Petang tu jugak balik Putrajaya
Memandangkan esok nya (khamis) saya dah mula bekerja
So, bekerja la 2 hari

Hari sabtu
Ikut mak g kenduri kahwin kat Jalan Kebun Klang
Kenduri sedara belah emak
Lepas makan duk lepak lepak borak borak ngan sedara
Sempat bergambor



Lepas pergi kenduri
Kitorang beraya umah nenek lah pulak

Rumah yang terakhir hari sabtu untuk beraya
Rumah Pak Ngah



Tak g mana mana dah terus balik umah

Hari ahad
Mak buat makan makan untuk adik beradik mak
Menu makan makan
Laksa, mihun goreng, kuih muih, agar agar dan buah buahan
Kitorang plak jadi penyambut tetamu





Penuh gak umah mak

Malam tu balik putrajaya
Esoknya dah keje balik
Letih letih letih
Sampai umah terus kebaboommm...

minggu ni nak g mana pulak ek
Ermmm...kakak n adik yang sronok...
Dapat kumpul duit raya...

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

~ Raya ke 3 @ 3 Syawal ~

Salam...
Dah hari khamis dah
Esok cuti...yeayyy...
Entry raya ni asyik tertangguh je
Tuan tanah agak bizi
Pagi ni bos dah g meeting
Mehla saya sambung entri raya ye

Raya ke 3 planning nak g raya rumah kengkawan
Dok sms dorang
Tapi masing2 masih beraya di kampung
Ada yang kat umah mertua la
Ada yang balik umah nenek la
Tapi nasib baik ada member yang ondway balik umah dia di ipoh
Tu yang petang raya ke 3 tu kitorang serbu umah ayu
Lagipun selain beraya nak jugak tengok bb baru dia
Member masih dalam pantang anak kedua
Anak kedua gegirl jugak *sama gengla kiter ayu...*
Gambar xde plk kali ni ye

Sebelum kitorang g beraya di umah ayu
Saya ajak en. hubby makan cendol kat depan giant tambun tu
Asik lalu je.. Teringin la jugak kan..
Konon nak cuba..

Nie la rupa kedai Mr. Cendol depan giant tambun
Korang kene order dan bayar dulu
Baru boleh pilih tempat korang nak duduk
Selain cendol ada jugk makanan lain
Macam rojak dan laksa

Muka muka penunggu setia menanti order
Rajin benor si kecik ni mengelap meja
Kalau dapat tisu 1 paket dia sorang leh abis

Saya dan si sulung pesan cendol aiskrim
En. Hubby pulak pesan cendol pulut
Si adik kongsi ngan ibu je la ek



Puas dapat makan cendol ye kakak


Pas makan cendol tu yang pergi beraya umah ayu
Pas beraya tak de g mane mane dah
Terus balik umah mandi mandi
Berehat...
Malam pun tak kuar g mane
Peluang yang ada saya kemas kain baju dalam beg
Sebab besok @ raya ke empat dah nak balik KL
Rase kejap je kan
Sian en. hubby tak puas balik kampung ye
Lain kali kita balik lagi ye bang

Nota : hari nie adik ipar dapat interview...semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar...ameenn..

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

Monday, August 27, 2012

~ Raya Kedua @ 2 Syawal ~

Hari senin sudah
Wahh...masing masing update kat fb masuk koje hari nie
Puas deme bercuti ek
Selamat bekerja buat semua
Meh nak sambung melalut plak

Sebelum tu
Tepek gambor tuan tanah nak pergi beraya raya kedua

Raya kedua planning nak beraya di kuala kangsar
Umah mak angkat saya
Tapi pagi tu kitorang beraya dulu ke rumah mak lang en. hubby di lembah permai
Kitorang disajikan dengan laksa
Perghh...sedap giler...
Rendang ayam yang mak lang buat pun sedap
Tak berapa pedas tapi sedap

Lepas dah beraya kat umah mak lang
Kitorang teruskan perjalanan ke kuala kangsar
Dalam perjalanan ke kuala kitorang kena hantar adik en. hubby ke rumahnya di karai *tempat orang shooting filem zombi kampung pisang*

Masa hantar adik en. hubby tu satu peristiwa telah terjadi
En. Hubby terlanggar tali elektrik kat umah adik beliau
Ingatkan hanya kerosakan kecil je
Tapi...sampai tercabut bumper depan sebab tersangkut
Aduiii...jenuh la hai...
Ada la calar balar sikit
En. hubby dah geleng kepala
Dia bagitau dia tak perasan tali letrik tu kat situ
Penyelesaian sementara, pasang balik clip clip bumper tu
Mana yang dah patah en. hubby ikat dengan tali rafia je

Nie masa hantar kat kedai kereta
Minta cina tu pasangkan klip dan betulkan bumper sementara nak balik KL untuk betulkan ataupun solution terakhir tukar bumper baru
Ermmm..







Kejadian tersebut tidak mematahkan semangat nak pergi kuala kangsar, perjalanan diteruskan jua
Ikut jalan dalam menuju ke kuala tak mengambil masa yang lama
Yang penting saya masih ingat jalan nak menuju umak mak angkat saya
Dah lama tak jumpa keluarga ni
Last jumpa masa baru kahwin
Sekarang aleya pun dah 5 tahun ermm lebih kurang dah 6 tahun jugakla tak jumpa
Alhamdulillah, keluarga mak masih ingat kat saya nie
Terubat rindu...siap makan tengahari lagi kat sana
Masa nak balik siap mak bekalkan ole ole lagi
Dodol dan kerepek pisang
Terima kasih mak
"Lain kali mai datang, mai tido sana plak ek...leh mandi ayor terjun plak"


Dah puas beraya di kuala terus balik ipoh
Tak de singgah mane mane pun
Kakak ngan si adik pun dah letih
Mengamuk si adik nak tido
Yang kakak plak dah terlentang kat sit blakang
Masing masing kepenatan
Sampai ipoh terus berehat n Zzzz....

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

Friday, August 24, 2012

~ BBQ @ 1 Syawal ~

Malam 1 Syawal haritu memang niat en. hubby nak buat bbq
Sempena anniversary kami
Ada doa selamat sikit
Kami buat untuk adik beradik je
Tak jemput orang lain pun
Kalau kebetulan ada yang datang beraya, memang langkah kanan la

Selepas balik dari beraya petang tu
Saya ditugaskan untuk buat asas peram ayam untuk dibakar
Bahan makanan yang lain memang dah siap beli cuma keluarkan dari peti ais aje
Ada ayam, udang, kerang, sotong, hotdog dan bebola

Mehla layan gambor masa malam bbq tersebut
Gambor masa makan takde
Tuan tanah dah kebulur
Huhuhu




Penunggu penunggu setia makanan
Opah melayan cucu cucunya






En. Hubby membaca doa selamat
Ameen



Alhamdulillah...
Semua makanan habis
Nampak sangat masing masing kelaparan
Insyaallah, lain kali kita buat lagi

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

~ Raya Pertama @ 1 Syawal ~

"Selamat Hari Raya...
Hari Untuk Kita Bersuka Ria... "

Pagi raya..
Selepas en. hubby balik dari sembahyang raya..
Makan makan dulu pastu sesi bersalam salaman dan seterusnya bergambor...
Cerita tak banyak tapi nak tepek gambor masa raya pertama...

Juadah pagi raya...
Kuih raya, lemang, lemang tepung, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam...



Sesi bersalaman...
Cucu dulu salam ngan opah..



Diikuti dengan kak long, en. hubby dan saya...
yang lain lain tak sempat amik gambar...







Ibu mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...halalkan makan minum ibu dan bla..bla..bla..huhuhuhu...sob sob sob...



Cayunkkk abang...hihihi...



Ok ok...dah dah... Kite teruskn dengan sesi bergambar yang lain k...

My hubby wit 2 kiddos...



Satu keluarga...



Keluarga kami wit mama



Mama wit cucu cucu



Keluarga kak long wit mama *suami klong tak dapat cuti tahun nie..*



Keluarga intan wit mama *tengah nunggu hari nk bersalin...*



Keluarga nini wit mama



Paksu dan anak anak bujang mama



Adik beradik en. hubby wit mama...cukup korum...



Menantu menantu mama... Saya sorang je pompuan...



Dan...nk jugak selit dua beradik nie...
My lil sweetie pie..



Jenuh korang nengok gambar kan...hehehe...
Pas bergambar terus pergi menziarah kubur arwah ayah dan opah en. hubby di Lahat...
1st time bawak anak anak pergi melawat kubur arwah atok n moyang dorang, walaupun tak pernah jumpa at least dorang tahu...
pastu terus beraya umah mak sedara en. hubby...
pastu terus balik rumah sebab nak siapkan barang barang untuk bbq malam tu...
kononnya bbq untuk anniversary ke 6 kami...ada baca doa selamat sikit...
Next n3 pasal bbq ek...

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin