~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 24, 2009

Hapdet ari sabtu

Waaahh... dh bapa ari x apdet blog aku... hehehe ni gara-gara x balik umah mak weekend baru ni.. so aku start crite dari ari sabtu k..

Errmm cam biase ari sabtu kalo duk umah ni, sesi berkemas la pe lagi... umah dh mcm tongkang pecah, itu anak baru sorang, kalo ramai.. xdapat ku bayangkan... tulun tulun... korang layan la pic bawah ni mase breakfast... sesi bkemas umah smpai la ke tghari, ktorang plan nk p tgok blon panas yg mase tu tgh brlangsung kat putrajaya dari 19hb Mac hingga 22hb Mac 2009.. u all ade pegi x?

lebih kurang kul 3 lebih ptg tu, ktorang pun kuar umah, smpai je kat dataran monumen tu cuaca panas sgat, cam mals la plak nk jalan panas2 nie.. so aku pun ajak la mr hubby g alamanda dlu, ramai btui org.. jejalan cuci mata, ada plak sale kat tngah2 court dlam alamanda tu... perghhh, mengiurkan... sib baik ongkos ku agak kurang pada masa tu, so wat mcm x nmpak jer laaa... huhuhu... (xde amik gambor pun... )

dh jejalan tu rase cam lapar plak, ktorg pun sggah makan kt rasa ayamas... leh la wat alas perut, utk leya aku orderkan kids meal, yg laju nyer fries tu jer... yg lain xheran langsung... pe2 pun korang layan jerla pic kat bawah ni..

-: ibu pun nk interprem gak yer.. :-

-: tgok ape tu sayang.. :-


pas penat jejalan kat alamanda, ktorang pun truskan prjalanan nak tgok blon panas... lebih kurang kul 6 lebih ktorg smpai kat presint 2 ni, mak aiii... ramainyer orangg.. cam ulat ta**... nipun aku tgok dari jauh jer, jadila kan drpd xdpt tgok langsung...

leya pe lagi, nampak jer elephant pink ni.. bukan main suka dia... mcm2 bentuk belon panas ni rupenyer... ada bentuk kole nescafe, elephant, burung merak.. bukan slalu event2 yg menarik ni diadakan di putrajaya, so pe lagi enjoyy...



-: Nelly B (Pink Elephant) baru nak diterbangkan... :-


-: Berlatar belon panas... :-

Thursday, March 19, 2009

Appointment di postpone

sepatutnya ari ni 19hb aku kena bawak leya g klinik ade appointment.. tapi aku ttinggal kad kat umah, malas plak nk patah balik.. so aku dcide nk pegi next week jerla..

alaa.. nanti smpai klinik, xde la check pe2 pun, cume timbang jer.. nak tunggu giliran masuk bilik tu punyerla lama.. bile dh masuk x smpai pun stengah jam dh kluar, dlm bilik tu nanti nurse tanyer dh pandai wat aper, minum susu aper, brape oz bagi sehari, berak n kencing dia ok ke x ok.. soalan2 ni sume aku dh hafal.. stiap kali pegi tu jela yg ditanyer..

xpela.. memang dh tugas dia sbgai jururawat masyarakat kan.. xde diorang kta pun xtau ape masalah anak-anak kan.. sbelum refer doc mesti jumpa diorang gak kan... so, u all pikirla sndirik..

Kesabaranku

mlm td aku tinggal b2 je ngan leya.. ayahnyer balik lmbat, so dgn rasa kerajinan aku masak la pe yg aku tulis dlm n3 sblum ni.. hrmm... tgh2 masak, bleh plak gas abis... bengang tol aku... sib baik smpat goreng ayam 2 ketul.. sabarrr..

leya pulak wat prangai mlm td, kebetulan ayah dia balik lambat.. mguji ksabaran betul.. mana xnyer, aku nk masak pun susah, nangis nk suh aku layan dia kat depan.. ai kalo mlayan sikecik ni satu ape nanti x siap.. aku buatkn susu bagi biskut dgr lagu dr hp duk dpan tv.. diam sikit.. anak bertuah ibu niee...

dlm kul 9 lebih, mr hubby sampai umah.. dia kata kena pegi opis balik sebab ade org ttinggal dompet dalam audi tepon mr hubby suh dtg.. lorrr.. sian kat mr hubby aku tu baru smpai umah kena g opis balik, mlm2 plak tu.. dsebabkan kesian n tnsion ngan prangai leya tdi, aku pun mengoperkan diri nk ikut konon2 nak tmankan mr hubby ku itu.. hehehe..

xsampai stgah jam dlm kete, leya pun melabuhkan tirainya.. haa.. yg aku pun dh ngantuk gak, tapi dsbabkan nk temankan mr hubby punye pasal, layan jerla borak2 kosong.. kalo dia ngantuk karang, x ke naya kami...

dah lama x jalan KL malam2 nie, cantik sungguh pemandangan, lampu2 jalan macam2 bentuk.. mlm2 pun jalanraya penuh dgn kereta, mklumla bandar KL ni x penah x sibuk.. orang kata 24 Seven..

alhamdulillah selamat smpai pergi dan balik.. leya pun tdo dgn lenanya.. aku layan tv jap, baru masuk tdo... zzzzz...

Wednesday, March 18, 2009

Ermm... tengahari...

tghari td sggah la pasar kat presint 8 tu.. sib bik la opis aku ni x jauh dari pasar... beli la sayur 2-3 jenis n tempe Rm4.90, aku beli ayam separuh Rm6.00.. perghh mahai gak ek ayam sparuh ni.. aku beli sikit2 je mklumla mlm ni bdua je yg mkn, mr hubby balik lambat... ade function kat pejabat dia mlm ni... tggallah aku n leya tkontang kanting kat umah...

menu simple je tuk mlm nie, nk wat sup sayur n goreng ayam... masak nasi sikit tuk leya... i'm on diet k (ermm... leh caya ker! ) skrang ni leya dh pandai pilih2 makanan, kalo yg pahit2 x suka xpecially sayur hijau2 ni.. paling dia suka sayur carot n kobis bunga... kalo nasi pun nk yg lembut2 je... yg keras2 nanti dia luahkan balik, pastu abis menjejeh jejeh kat lantai umah...

leya ni agak kuat makan gak... kalo kat nursery tu, cikgunye bagitau yg kadang2 leya makan sampai 2 pinggan (bukan makan pinggan k!) huhuhu... anak ibu anak ibu... org lain spinggan dia angkut 2 pinggan skali... dia ni pantang tgok org makan, mesti dtg dekat n mintak simpati, 4 sure la org kesian kat dia... yg malunya ibu dia ni hah...

k la dh kul 2 lebih ni aku nk smbung balik keje.. kalo ade mase aku coret lagi kat sini.. chow..

Tuesday, March 17, 2009

Mari Makan Ais

info ni aku trima dari x classmate aku mase kat poly pd.. dia ni rajin men '4ward' kan email2 yg menarik..

so aku paste kan antara yg menarik utk tatapan korang... ape yg trkandung dlm ini x berkaitan dgn sesiapa yekk...

Rahsia Di Dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi denganunsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

p/s : aku paling suka kunyah ais dalam mulut.. dah macam konyah kropok plak... kruk.. kruk.. kruk...

Monday, March 16, 2009

Bos yang ku respek


Pic yg kat atas ni pic x bos aku.. Puan Chan Poh Suan, orang penang... sebenarnya skrang ni aku jaga bos yg ke-4, kebanyakan bos aku sume dah retired... dan yg aku nk criter ni bos yg no 2 aku jaga.. skarang ni dia dah retired.. dlm byk2 bos yg aku jaga, yg ni yg paling aku sayang... dn hingga ke saat ini dia masih ber 'SMS' dengan aku... x lost contact k.. hehehe... korang nak tau sebab ape aku sayang dia... korang bacela la ek...

* kalo brjalan dgn dia, mesti aku ttinggal kat blakang, sbab bos aku ni jalan laju mcm lipas kudung.. dia wat keje pun laju je..
* selama aku keje bawah dia, dia x penah balik awal, slalu balik lambat.. byk keje btul la dia tu.. aku yg slalu balik dulu dari dia.. kalo cuti pun jarang sangat.. aku la yg slalu contact2 org admin utk cancel cuti dia..
* suka bagi aku byk keje.. bukan ape, kertas kerja byk nak kena taip.. tapi aku suka sebab dia x penah push aku utk siapkan cepat2.. dia cuma bagitau dateline jer..
* kalo bhgn aku nk wat makan2 @ jamuan, dialah org pertama yg akan sponsor.. xmainla ringgit2, skali bagi ratus2an..
* kalo ade antara staf2 yg buat salah dlm tugas, dia akan panggil dlm bilik dan tegur..
* bagi dia waktu keje is waktu keje.. bile dh selesai keje bolehla nk borak2 ke, nak bukak kedai ker (ermmm... ), silaphbln bos aku ni pun join skali..
* kalo pegi outstation kat mane2, suka belikan ape2 utk staf dia, xpecially utk aku la.. mcm2 aku dapt..
* kalo antara staf2 dia yg buat taik (jahat) kat blakang dia, n dia dpt tahu.. smpai bile2 dia akan ingat n x suka orang tu..

tula antara serba serbi pasal bos aku... hihihi... (kalo dia baca ni... abisla aku)... i'm soriii...

n3 mlm tadi

dlm lebih kurang kul 8.00 mlm smalam baru la ktorang brtolak balik dr damansara ke putrajaya... ujan pun renyai2 jer... duk dlm kete sejuk aircon trasa smpai ke tulang...

mase dlm kreta, nie antara prbualan mr hubby n aku... leya sbuk main ngan patung nyer... dan sorenye kekadang mengganggu pbualan antara kami...

aku : bang, nk makan x?
mr. hubby : ntah.. rase cam x lapar jek.. ayg lapar ker..
aku : lapar x lapar sgtla, tapi kalo ade benda makan telan juga..
mr. hubby : tgokla nanti kita snggah KFC drive thru kat taman equine tu..
aku : ok nanti bolehla order yang ade set tabung tu.. (senyuman smpai ke telinga)
mr. hubby : ermm.. (senyum jer)


sampai2 je kat KFC drive thru, kami ingat nk order melody meal tu (ala yg dpt hadiah tabung tu..) hampeh betul set tu dh abis... kitorang order set nasi ayam kfc plak, abis jugak... lorr sume yg ktorang nk oder tu abis jer... (*dlm ati aku, kalo stakat nak jual sikit2 xyah la bukak drive thru kat situ... bengong!!) last2 ktorang oder ape yg ade jer... set xmeal 2 , dan nuget 4 leya 6pcs... jumlah sume RM 28.50...

so, pas dh settle kat drve thru tu kitorg pun truskan prjalanan balik ke rumah... leya x sabar2 nk makan, aku bgla nuget terus diam... kalo idak dia suka lentik2kan badan dia kalo xdapt sesuatu n mulutnyer bising jer..

smpai je kat parking umah, aku pelik gak pasal pe x byk kreta ni, kalo idak penuh jer parking kat umah aku tuh, lagi2la kalo aku balik mlm2 ni harapan nk parking dekat ngan lift amat tipis skali... ermm baru aku tringat, cuti skolah dh start ari ni rupenye, mungkin jiran2 se blok aku amik kesmpatan bercuti... hehehe... maklumlah anak aku kecik lagi, blum bskolah...

p/s : SELAMAT BERCUTI KPD BEBUDAK SKOLAH YER..

Sunday, March 15, 2009

ermm... yummie

uwarggghhh.. ngantuknyer.. ujan lak tu.. best nyer tgok si leya ni tdo.. rase cam nak join plak.. kalo aku join nanti satu keje pun x jadi.. huhuhu...

ptg2 ni sedap gak kalo pekena something utk makan kan... hah... mak aku wat kuih apam kukus ni, sedappp... air tangan mak sndirik mestilah sedap kan... heheheh. so aku nk layan apam ni dolu, daaa... korang... ermm layan pic jerla ek... chow...

-: apam kukus... makan panas2 sedap.. ni pun dh tggal separuh :-

lunch time...

sementara leya tgh tdo tu... its my time to cooking... hohohoho... xdela hebat sangat aku bab masak2 ni... janji anak aku n hubby aku leh telan... n yg penting air tangan aku laa...

tghari ni pun mr hubby x balik... ari ni menu tghari aku sup ayam, sayur daun keladi goreng... leya suka makan sup sup ni... dh siap masak, leh la lepak2... tunggu time makan plak... ermm.... alhamdulillah kenyang...

-: sup ayam wit kentang :-

-: sayur daun keledek :-

Sarapan di mana... umah jer...

cam biase pagi2 lagi mr hubby dh kuar g keje, tinggallah kami 2 branak yg masih titon lagi... dalam kul 7 si leya dah bangun dok korek2 biji mata aku suh bangun... patutla rupenya leya dah mnghasilkan uk..uk... (bak kata nabil) dia minta dibasuh la tu... leya... leya... bgla ibu can nak titon lama sikit... hehehe...

so, pagi ni kita nk sarapan ape ek... owhh... abah aku dh g pasar beli sarapan n brg2 dapur, bkn aku xnak pegi tapi leya ni xde org nk tgok kan... balik dari pasar tadi abah belikan nasi lemak, sambal sotong, sambal paru dan special utk mak aku abah belikan laksam... kuih plak cakoi dan pau goreng jer... uisshh... pagi2 dh makan berat2... camne nk slim nih...

utk leya aku suapkan cakoi n pau goreng tu, itupun nk makan sendrik x mau aku suapkan... ish.. ish.. ish.. anak btuah ni... abih berterabur atas carpet... sib baik atuk n mak tok x marah leya tau... hihihihi... mana leh marah, cucu kesayangan abah n mak aku tuuu...

ok, korang layan je la pic kat bawah nih... gambar nasi lemak xde, lupa la...

-: sambal sotong... dimakan dgn nasi lemak.. besar2... n sedapp.. :-

-: sambal paru :-

-: laksam 4 my mum... sedapp.. :-

-: cakoi n pau goreng... leya fav :-

-: tgah bsantap.. aku xde, tukang amik gambar... lapor bebenor gayenyer... :-

Saturday, March 14, 2009

Aku Wanita

ermm... boring tul malam ni, leya dah tdo... tula penat sgt petang tadi main ngan pakcik2 nyer... mlm ni aku xmasak, ktorang beli kat luar jer, x sempat nk amik gambar dh licin licau... hahaha... la nie mr hubby n adik2 lelaki ku tgok bola... aku nak wat per... sib baik umah mak aku ni ade tenet, leh la aku tgok2 emel @ beger2 blog aku nih.... sure xda org kaco...

ade satu lagu ni aku minat sangat dengar... korang sume mesti penah dengar kan... tajuk dia 'Wanita' dari dato' ct... aku dh link kan itupun kalo korang nak dengar... so... enjoy...

Klik Je Kat Sini... Enjoy...

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Wanita....ooo...
Ku wanita.... haaaa....
Wanita....

p/s : akukah wanita itu... hehehehe...

Cupcake

hihihi... ptg ni agak rajin sikit... cupcake ni aku wat sndirik tau... hah, hand made lagik... resepi nyer aku dpt dari laman web... nanti aku share resepi tu ngan kengkorang yek... kalo korang nak adjust resepi tu, trpulang kat selera masing2, hihihi... aku wat sikit je, nk mlepaskan keinginan nak makan... mr hubby x minat sebab ade susu dlm cupcake tu...

-: ni sebelum dikukus :-

RESEPI CUPCAKE (moist choc cake)
- telur gred AA : 2 biji
- tepung gandum : 2 cawan
- gula : 1 cawan
- koko powder : 1 cawan
- air + susu pekat : 1 cawan
- minyak : 1 cawan
- soda bikarbonat : 1/2 sudu teh
- baking powder : 1/2 sudu teh

CARA MEMBUATNYA
- masukkan sume bahan diatas dan kacau hingga sebati
- dah sebati, masukkan 1 cawan air panas mendidih, then kacau lagi sampai sebati
- sedia untuk dikukus @ bakar (slalu aku kukus dlm 30 hingga 45 minit jek) kalo bakar180 darjah selama 20 hingga 30 minit... SELAMAT MENCUBA...


-: tadaa... dah siap dah... sedia utk dimakan... :-

pic kat bawah nie mnceritakan segala2nya, sedap @ x... balun je ye nak... hihihi... leya... leya... bertuah sungguh anak ibu sorg ni...

-: acara makan kek... ada hati nk pakai sudu :-

-: nak oii... dh nak tergolek dh bekas tu... :-

-: ermm... aku guna tangan jela senang... :-

Sabtu yang simple...

arini ktorang ber-3 duk umah mak aku kat damansara... kitorg sebenarnye dh sampai dh dari malam tadi... mr hubby kene koje la plak sabtu n ahad ni so dia antar kitorg kat sini... kate koje gomen tapi ari sabtu n ahad pun koje gak... dorg xreti2 ker yg ari sabtu n ahad utk hari family... adui yaii... tggalnya kami 2 branak ni kat umah mak aku... ermm... kalo diikutkn boleh dktakan setiap mggu aku balik umah mak aku ni, bukannyer jauh pun dari putrajaya ke dsara.. dalam 45 minit jugakla, itupun kalo x jem...

kat umah aku xde ramai sgt org.. cuma yg ade mak, abah, adik laki aku 3 org... tghari td xtau nak masak per, ermm... last last jadi macam pic kat bawah ni... jadilaa kan... abah aku pun dh g makan kat knduri kahwin, mr hubby pun x balik umah makan tghari... tggal brape kerat jer kat umah ni... masak yg paling simple... mak aku cakap "goreng jer nasik tu kak long... pastu goreng ikan talapia salai tu sekor.." akupun jawap "hrmmm.. yerlaa..." huhuhu.... leya pun tumpang sekaki makan nasi goreng yg aku buat tu... abis semangkuk... so layan jer pic kat bawah ni ek...


-: nasi goreng.... :) :-

-: ikan talapia salai yg digoreng... sedapppp.... :-

Friday, March 13, 2009

Akukah Blogger....

Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... akhirnya dapat gak aku buat blog ni untuk aku... ermm.. sebenarnye aku ni suka sangat baca blog-blog org lain especially my frenz punya blog... actually aku dh ade blog utk wat biz sblum ni... kekadang tu tpikir gak.. y not aku buat utk aku... heheheh..... suka hati aku nk tulis pe2 kan...

ermm... so far utk permulaan aku ber'BLOG' ari ni... aku nk ucpkan terima kasih kpd sume yg bagi smangat kat aku tuk bukak blog ni... special thanks to mr hubby... mulai ari ni kenalah aku rajin2 menaip blog... huhuhu....

~ mrs nano ~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin