~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 27, 2012

~ Raya Kedua @ 2 Syawal ~

Hari senin sudah
Wahh...masing masing update kat fb masuk koje hari nie
Puas deme bercuti ek
Selamat bekerja buat semua
Meh nak sambung melalut plak

Sebelum tu
Tepek gambor tuan tanah nak pergi beraya raya kedua

Raya kedua planning nak beraya di kuala kangsar
Umah mak angkat saya
Tapi pagi tu kitorang beraya dulu ke rumah mak lang en. hubby di lembah permai
Kitorang disajikan dengan laksa
Perghh...sedap giler...
Rendang ayam yang mak lang buat pun sedap
Tak berapa pedas tapi sedap

Lepas dah beraya kat umah mak lang
Kitorang teruskan perjalanan ke kuala kangsar
Dalam perjalanan ke kuala kitorang kena hantar adik en. hubby ke rumahnya di karai *tempat orang shooting filem zombi kampung pisang*

Masa hantar adik en. hubby tu satu peristiwa telah terjadi
En. Hubby terlanggar tali elektrik kat umah adik beliau
Ingatkan hanya kerosakan kecil je
Tapi...sampai tercabut bumper depan sebab tersangkut
Aduiii...jenuh la hai...
Ada la calar balar sikit
En. hubby dah geleng kepala
Dia bagitau dia tak perasan tali letrik tu kat situ
Penyelesaian sementara, pasang balik clip clip bumper tu
Mana yang dah patah en. hubby ikat dengan tali rafia je

Nie masa hantar kat kedai kereta
Minta cina tu pasangkan klip dan betulkan bumper sementara nak balik KL untuk betulkan ataupun solution terakhir tukar bumper baru
Ermmm..







Kejadian tersebut tidak mematahkan semangat nak pergi kuala kangsar, perjalanan diteruskan jua
Ikut jalan dalam menuju ke kuala tak mengambil masa yang lama
Yang penting saya masih ingat jalan nak menuju umak mak angkat saya
Dah lama tak jumpa keluarga ni
Last jumpa masa baru kahwin
Sekarang aleya pun dah 5 tahun ermm lebih kurang dah 6 tahun jugakla tak jumpa
Alhamdulillah, keluarga mak masih ingat kat saya nie
Terubat rindu...siap makan tengahari lagi kat sana
Masa nak balik siap mak bekalkan ole ole lagi
Dodol dan kerepek pisang
Terima kasih mak
"Lain kali mai datang, mai tido sana plak ek...leh mandi ayor terjun plak"


Dah puas beraya di kuala terus balik ipoh
Tak de singgah mane mane pun
Kakak ngan si adik pun dah letih
Mengamuk si adik nak tido
Yang kakak plak dah terlentang kat sit blakang
Masing masing kepenatan
Sampai ipoh terus berehat n Zzzz....

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin