~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Wednesday, January 12, 2011

~ Kenapa Saya Tak Bagi Air Masak Kepada Baby Laila ? ~

Ramai masih lagi belum tahu dan tidak mengetahui tentang perkara ini
Baby dari umur lahir sehingga umur 6 bulan TIDAK BOLEH diberikan air masak ye kawan2 hanya susu ibu saja yang diberikan kepada baby

Kenapa saya berkata begitu?
Sebab saya dah mula sedar dan saya sayangkan anak saya..

Petikan daripada Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (ms 3) :-

Bahaya air dan susu formula bagi bayi kurang 6 bulan

1) Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2) Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.

3) Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4) Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5) Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

nota : renung2kan... penah terjadi suatu hari di taska, kebetulan stok ebm utk laila kehabisan masa tu dah nak balik.. sib baik sempat kalo idak Laila dah diberi air masak.. saya pesan kat cikgu taska jangan bagi laila minum air masak.. cikgu tu pelik n hairan... saya siap pesan lagi kalau tak cukup just inform je, nanti saya delivery stok susu.. ermm.. xpe2 lain kali kena fotostat artikel nie n bagi cikgu kat taska tu baca n faham..


Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin