Ni satu lagi target aku nak jimatkan bajet.. nak guna CD atau dikenali sebagai CLOTH DIAPERS atau LAMPIN KAIN MODEN.. mesti kengkawan pernah dengar kan.. aku mula terjebak dengan CD ni bila selalu surt internet, pastu terjumpa la pasal CD nie, baca itu baca ini boleh jimat lagipun mesra alam.. sekarang ni dalam simpanan aku ada 10 set CD.. bermacam macam kaler.. aku tak beli sekali banyak, mula mula beli sikit sikit aje.. mungkin akan bertambah dari masa ke semasa..
aku beli CD nie secara online.. mula-mula dulu aku tanya member yang pernah guna CD ni untuk anak dia, dia bagitau memang jimat.. dia pun macam aku jugak ibu yang bekerja.. mula-mula tu memang susah sikit nak biasakan diri mencuci CD nie, insyaallah dengan kerajinan dan kesabaran semuanya berjalan lancar.. sebelum nak guna CD nie aku selalu baca testimoni-testimoni pelanggan yang pernah guna CD nie.. insyaallah, aku pun boleh buat macam diorang..
kenapa aku kata ia jimat, cuba kawan-kawan baca nie..
Mengapa Perlu Memakai One Size Diaper??
Lampin Kain Moden
Lampin Kain Moden
Pernah terfikir untuk membasuh Disposable Diaper anak anda untuk berjimat?? Atau letih bertukar jenama lampin pakai buang dek kerana anak terkena ruam lampin??Berapa banyakkah perbelanjaan untuk lampin pakai buang anak anda yang dikeluarkan setiap bulan ? Kalau seorang anak....emm...masih boleh tahan...bagaimana kalau 2 atau 3 orang yang masih memakai lampin pakai buang??
Bayangkan jika perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan atau di hapuskan sama sekali.Perbelanjaan hanya sekali, malah kalau dapat menjimatkan sekeping atau 2 keping Disposable Diaper sehari pun sudah mampu mengurangkan kos. Bayangkan: Andai kata anda membelanjakanRM0.45 x 3 keping sehari x 365 hari x 3 tahun(sebelum anak potty)= RM 1,478.25 Jika anda menggunakan cloth diaperRM49.00 x 3 keping sehari = RM 147.00 selama 3 tahun
Siapa yang tak nak kalau benda yang perlu dibuang, tetapi boleh digunakan semula. Mengapa hendak dibazirkan duit anda setiap hari.Bukan senang mencari duit melainkan duit itu turun dari langit!Tak pelu bimbang untuk membasuh...sama macam membasuh pakaian lain...cuma untuk lebih tahan lama, hanya perlu masukkan ke dalam laundry bag aje (Net).Setiap insert boleh tahan selama 3 - 4 jam...lepas tu boleh diganti dengan insert yang lain tetapi masih menggunakan diaper cover yang sama. Tahan lagi 3 - 4 jam..
Sama2 lah kita fikirkan, bukan sekadar berjimat, malah dapat menyelamatkan alam sekitar untuk anak cucu kita kemudian hari.Kurangkan pemanasan global hasil kemalasan kita yang begitu naif ...keadaan bumi dikemudian hari adalah ditangan kita sebagai ibu bapa.Wariskan alam sekitar yang lebih sihat untuk anak-anak kita.Hapuskan penggunaan lampin pakai buang yang mengambil masa 500tahun untuk terurai ini!Go Green..
Nota diambil dari blog :
nak tengok koleksi CD aku.. taraa.... hehehehe... akan ditambah lagi dari masa ke semasa.. insyaallah...
kalau ada kengkawan yang berminat nak try CD ni atau nak beli.. jom la jenguk kedai CD nie.. harga yang berpatutan.. berbaloi-baloi... layanan yang mantopp...
No comments:
Post a Comment