~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 5, 2012

~ Corat Coret Tahun Baru 2012 ~

Salam semua..

Selamat Tahun Baru 2012..

Entri baru di tahun baru.. lama betul jari jemari ni tidak menaip dan bercerita... Alhamdulillah.. hari ni hari ke 5 di tahun baru.. hari ni jugak hari pertama saya masuk kerja setelah 2 hari bercuti.. hari ni jugak hari ke 2 my doter Aleya pergi sekolah tadika...

Pengalaman menghantar Aleya ke sekolah... next entri saya cerita k... yang penting perasaan yang berbaur melanda diri saya sebagai seorang ibu... uwarggghhh...

Suka duka di tahun 2011 tersimpan ketat di fikiran dan menjadi kenangan yang paling bermakna...

Sambutan tahun baru 2012 baru baru ni hanya di Sg. Buloh je... sambutan sederhana aje, menonton tv sambil berkumpul anak beranak.. untuk pengetahuan kawan-kawan, orang tuaku sudah berpindah rumah tapi belum rasmi lagi sebab masih ada adik saya yang bkerja kat secret recipe damansara tu masih belum berhenti kerja dan insyaallah secara rasminya nanti masa cuti raya cina baru angkut semua barang dari Damansara ke Sg Buloh ... jadi selepas ini kampung halaman saya adalah di Sg. Buloh sahaja.. Ulang alik dari Putrajaya - Sg. Buloh - Putrajaya... mengambil masa lebih kurang sejam lebih jugakla...

Ermm... apa azam tahun baru 2012 ? Azam tahun lepas di forwardkan ke tahun ni boleh ker? hehehe... Bulan Januari ni bulan yang istimewa jugak bagi saya... saya akan meningkat ke 1 lagi tangga umur... huhuhu... tua sudah... Insyaallah jugak... bulan ni kalau takda aral melintang tsunamai melanda... kenaikan gaji baru akan menyusul... Alhamdulillah... rezeki rezeki... syukur...

Baby baru... Insyaallah... tunggula Laila 2 tahun dulu... perjuangan breastfeed masih kental hingga kini di usia Laila 1 tahun 3 bulan... Syukur Alhamdulillah... Susu pun masih maintain walaupun kekadang tu merasa juga kekurangan susu, saya kena kuatkan semangat, banyakkan berdoa dan baca blog kawan-kawan mengenai penyusuan dan mencari penyelesaian adalah yang terbaik... jangan mudah putus asa...

Semoga tahun 2012 ini memberi sinar dan melancarkan kehidupan kami sekeluarga seharian... Insyaallah amin...



Photobucket



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin