~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 23, 2012

~ Pokok Halau Nyamuk ~

Korang pernah jumpa pokok ni tak?
Nie pokok halau nyamuk @ JEREMIN..
Pokok nie ada kat umah mak saya...
Mula ada dua pasu...la nie tinggal sepasu ajer...
Unik kan...pokok nie boleh halau nyamuk...
So far, umah mak saya memang takda nyamuk...
Saya pun berangan nak beli pokok cam gini gak bile ada rumah sendiri nanti... *ntah zaman bile agaknye yer...





Nie info pasal pokok nie yang saya dapat dari mr. google...

Nama Tempatan:Jeremin
Nama Saintifik:Pelargonium radula
Nama Lain:Pokok halau nyamuk, pokok jari lima,geranium
Famili:geraniaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan

keterangan:

Pokok ini ukan merupakan tumbuhan asal dari Malaysia, bermula dari hanya dijual di nurseri seperti cameron highland, kini pokok ini banyak ditanam di sekitar rumah. Tumbuhan ini tidak boleh didedahkan secara terus kepada sinaram matahari yang terik, sebaliknya sesuai ditanam di tempat yang agak redup seperti didalam rumah. Seperti kebanyakana tumbuhan geranium yang lain ia mempunyai baunya yang kuat yang akan terhasil apabila kita memegang daunnya.Ia mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Tumbuhan ini mempunyai bunga jika hidup dalam iklim temperat. Tidak diketahui samaada ia boleh berbunga atau tidak dalam iklim tropika.Siraman air yang secukupnya diperlukan untuk memastikan ia tidak kering. tanda-tanda tidak cukup air ialah batangnya akan menjadi kering dan berongga.

kegunaan:

Tumbuhan ini dikatakan dapat menghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halu dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk pada jeda masa tertentu. Oleh itu ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah dengan harapan ia dapat menghalau nyamuk. kegunaanya yang tidak banyak diketahui ialah sebagai ubat untuk penyakit kulit atau gatal-gatal. daunnya yang dikisar bersama beras boleh diletakkan pada bahagian yang bermasalah.

Sumber info : melur.com

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin