last n3 pasal beraya di ipoh.. layannn...
12.9.2010 [Ahad]
12.9.2010 [Ahad]
Pejam celik pejam celik.. dah raya ke-3 rupanya.. sekejap je rasa duduk kampung.. hari ni kitorang dah nak balik Putrajaya.. awal-awal pagi dah bertolak dari Ipoh, seawal 7.30 pagi.. nie gara-gara nak mengelakkan jem kat lebuhraya, tengok berita kat tv3 malam tadi pemberita bagitau kenderaan akan dijangka banyak hari ini.. kitorang tak nak mengambil sebarang risiko tersangkut di tengah-tengah kesesakan jalanraya.. lagi lagila aku yang tengah memboyots ni sakit pinggang duduk dalam kereta lama-lama.. kitorang hanya singgah kat RnR Behrang itupun sebab nak terkencing.. Aleya lagila start masuk je lebuhraya tido sepanjang jalan, dah masuk KL barula terkebil-kebil bangun sengih-sengih...
Bila dah sampai Putrajaya, kitorang tak terus balik umah, pergi cari makanan pulak.. lapar anak beranak, singgah Presint 9 cari kedai mamak beli 2 bungkus nasi goreng ayam dan 1 bungkus mee goreng ngan 2 bungkus air fresh oren.. selepas dah beli makanan baru la gerak balik rumah, sampai je rumah sunyi giler, parking pun kosong ramai lagi orang tak balik dari kampung.. mungkin diorang amik cuti sampai hari jumaat agaknye, maklumlah hari khamis tu kan cuti hari malaysia..
kitorang balik awal sebab esoknya (13hb) aku ada checkup pregnancy.. tapi selepas je abis checkup nak pergi damansara pulak umah mak aku, nak antar si aleya duk sana sementara menunggu aku bersalin nant.. dan nak sambung beraya di damansara pulak.. hehehe..
No comments:
Post a Comment