~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

~ B4 Raya (9.9) Last Puasa ~

9.9.2010 [Khamis]

Hari nie last day puasa yer.. sib baik tak raya ari nie tau.. hehehehe... bukan main kecoh khabar angin tu kan.. hari ni mama mertuaku sibuk membuat juadah untuk hari raya esok.. awal-awal lagi dia dah beli barang nak masak untuk raya tau.. seawal hari rabu tempohari katanya.. juadah yang diorang nak masak mak yong tukang makan je yer.. ketupat palas, ketupat pulut, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang.. lemang tahun ni tak buat tapi dapatla jugak kan merasa 5 batang lemang itupun sedara mara yang terdekat bagi.. layan pics yang aku amik masa diorang sibuk2 menganyam ketupat palas k.. aku tukang amik gambar je.. nampak cam senang.. tapi kalau bagi orang yang tak biasa cam aku nie jenuh gak nak menyiapkan satu ketupat palas tu...

tunjuk ajar ku sifu.. mama mertua sedang mengajar salah seorang adik iparku..

sesi menganyam ketupat palas.. serius je muka mama tu..

ketupat palas n ketupat pulut yang telah siap diisi dan tunggu untuk dikukus...


Selepas zohor kitorang keluar pergi Greentown lagi sekali, kali nie memang ada tujuan yang perlu disettlekan sebelum hari raya esok.. nak kena pegi bayar bil yang terkurang bayar tempohari.. camne leh terkurang bayar pulak kan? ni gara-gara aku terima bil lambat dan aku tak tau jumlah yang sepatutnya kena bayar, so sebelum balik kampung tempohari aku pakai taram jela bayar berapa pun.. sekali pihak bank telepon la pulak masa aku kat kampung diorang bagitau yang aku terkurang bayar dan suh aku bayar jumlah yang terkurang tu.. bukan salah aku k.. yang korang lambat antar bil tu pesal plak kan.. nasib baiklah ada cawangan bank tu kat Ipoh nie, kalau idak jenuh nak mencarinya.. ok, berbalik kepada cerita asal yer..

Selepas selesai urusan kat bank tersebut.. aku tengok ramai pulak orang kat pekan Greentown nie, bukan macam semalam masa aku baru sampai sini.. mungkin hari nie orang mengambil kesempatan shopping last minit kot.. aku takdala beli apa2 rasenya macam dah cukup aje, sebab semalamnya dah soping sikit.. mr. hubby pun bawak je la kereta ronda-ronda pekan ipoh..

Petangnya pulak terjah PARAM lagi ok tapi kali nie dah tak ramai orang meniaga, maklumlah besok dah nak raya kan so peniaga pun nak kena buat persiapan jugak.. malamnyer selepas berbuka mr. hubby ajak g pekan tanjung lagi nak jalan-jalan sambil menikmati suasana malam raya dan nak mencari songkoknya itu.. gara-gara tertinggal songkok kat Putrajaya.. , sebelum pergi ke pekan tanjung, mama mertuaku mintak hantar dia ke rumah mak lang.. nak bincang seperkara untuk majlis pada hari raya ke-2 nanti..

Suasana malam di pekan tanjung nie pun meriah jugak.. mana yang jual kuih raya abis dilelongnya dengan harga murah.. ada gerai jual tudung.. ada gerai jual seluar bundle.. setelah jenuh menapak ke setiap gerai terjumpa gak la gerai yang menjual kopiah dan songkok.. so, dah try macam-macam size akhirnya dapat la songkok idaman hati dengan harga yang murah.. belum sempat mr. hubby nak tawar menawar pakcik yang jual songkok tu dah bagi diskaun harga murah... Alhamdulillah.. murah rezeki pakcik tu akhir-akhir ramadhan ni kan..

mr. hubby ketika memilih songkok kegemaran..


bila dah dapat apa yang dihajati, kitorang pun balik la, singgah amik mama mertuaku di rumah maklang dan singgah lagi gerai MARA berhadapan dengan UK RAYA.. banyak benor tempat penyinggahan kan.. ada jualan lelong kuih raya.. bila tanye kat adik yang menjual tu, harga bagi 3 bekas adalah RM10.00 dan kalau amik 7 bekas dia bagi RM20.00.. ermm murah ker? Alaa..bekasnya pun kecik aje tak sampai 30 biji kuih agaknya dalam tu.. bile dah penat-penat singgah kan haruslah beli ye dak.. takdela beli banyak benor, aku beli 3 bekas jer.. cukupla.. kuih raya dah banyak dah kat umah mama..

nota : next n3.. 1st raya..

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin