~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 21, 2010

~ B4 Raya (7 & 8.9) Perjalanan Balik Kampung.. ~

* Sori yer.. aku baru nak update n3 sebelum n selepas raya nie.. semua n3 mengenai raya adalah auto publish yer, di karang diwaktu malam.. kat opis x sempat..

7.9.2010 [Selasa]

Hari Selasa mr. hubby dah cuti dan aku masih bekerja lagi.. ari selasa tu aku minta ijin ngan big boss nak amik separuh hari sebab aku pun tak kemas ape2 pun lagi nak balik kampung esoknya, tengahari tu dapat la balik rumah dan kemas apa2 yang patut.. sib baik mr. hubby rajin menolong.. siap2 kemas je.. lepas je opis hour tu terus kitorang amik aleya yang masih kat taska dan terus balik ke rumah mak aku di Damansara Utama, tau tau je la kan.. petang-petang lepas waktu bekerja, memang kenderaan banyak sangat.. semua nya berpusu-pusu nak balik ke rumah nak bukak puasa, tu belum lagi yang pergi ke PARAM saat-saat akhir bulan puasa nie.. akhirnya kitorang sampai kat umah mak aku dalam pukul 6.30 petang.. jenuh menempuh jem...


8.9.2010 [Rabu]

Selepas subuh, kitorang bersiap dan bertolak dari Damansara Utama ke Ipoh dalam pukul 7.30 pagi, kitorang hanya berhenti di RnR Tanjung Malim sebab dah tak tahan sangat nak terkucil.. kenderaan agak banyak masa tu tapi perjalanan lancar..

on d way to Ipoh.. mr. hubby kusyuk memandu.. nie pun aku minta dia wat PEACE..

tuan punyer blog harus ado.. nak gak interprem..

anak dara yang tido sepanjang jalan.. ngantuk sangat la tu.. lagi2 kene aircon sedapla dia tido.. hehehe...

dah nak masuk tol ipoh selatan... x banyak kereta lagi kan..

sampai ipoh lebih kurang dalam pukul 12 lebih jugak dan kitorang singgah bandar Greentown Ipoh cuci mata kat kedai2 tepi jalan tu.. cantik2 baju yang tergantung kat situ.. memang banyak yang berkenan tapi kena la tahan nafsu sikit.. aku hanya rembat 1 blouse n 2 helai tudung aje.. tahun ni takda baju raya untuk aku.. kesian kan.. selepas puas hati dan dapat apa yang sepatutnya, kitorang teruskan perjalanan balik ke rumah mama mertuaku di Bercham Raya, Ipoh.. kitorang sampai dalam pukul 2 petang agaknya... perghhh.. penat giler.. bukan penat aper.. penat berjalan n duk dalam kereta lama sangat.. so, rehat2 la kejap kat umah..

Dalam pukul 4 petang.. mr. hubby ajak jejalan ke Giant.. macam la kat kl takda Giant kan.. kitorang takde beli ape2 pun, just cuci mata.. jalan2..pastu terus balik.. umah mama mertuaku dekat ngan PARAM, so kitorang jalan lagi kat PARAM taman bercham raya tu, cam biasa misi aku nak cari KUIH TAKO kegemaranku itu.. memang bernasib baik ok, jumpa jugak kuih itu.. sekali mama mertuaku belasah sampai RM5.00 beli kuih tu.. tak sempat bayar mama mertuaku dah bayar dulu.. hahahaha... dia tau menantu kesayangannya suka makan kuih tako itu..

kuih TAKO dari PARAM Taman Bercham Raya, Ipoh... sedapppp....

Juadah berbuka di rumah mama mertuaku... Alhamdulillah..


Bile dah selamat berbuka puasa.. pakat dok ramai2 depan tv nak dengar pengumuman raya samada jatuh hari khamis @ hari jumaat.. sekali raya jatuh pada hari jumaat.. Alhamdulillah takdala kelam kabut orang nak buat persiapan raya kan.. hehehehe...

pengumuman raya sedang diumumkan... sompek laie snap gambor ni yek.. :)

nota : next n3.. sehari sebelum raya...

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin