~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 23, 2010

~ Siput Mentarang ~

kebetulan jumaat (18 Jun) lepas aku balik umah mak aku sebab hari sabtunyer ada hal keluarga yang begitu penting nak diselesaikan bunyi cam serius aje kan Adik aku yang TLDM tu pun baru gak sampai.. so memang ramai la kat umah mak aku malam tu kecuali adik perempuan aku yang sorang nie tak dapat balik, sebabnya dah 2 minggu berturut-turut dia balik hari minggu nak attend kengkawan dia kahwin..

kebetulan sampai tu mak aku tgah masak makanan malam kebetulan lagi.. macam biasa la aku nie kalo balik umah mak suka terjah dapur tengok-tengok apa yang boleh dimakan.. teruk betul mak yong nie :) aku ternampak menatang nie.. mak aku kata namanya siput mentarang.. ke ade nama lain ek.. aku pun tak tau.. korang pernah makan tak? aku baru 1st time nak cuba nie.. mak kata adik aku yang beli siput nie masa ondaway nak balik KL singgah tepi jalan beli siput nie.. banyak gak adik aku beli.. bak kata dia kalo yang bersaiz kecik sekilo RM6 aje.. kalo yang bersaiz besar punya sekilo RM9.. aku nengok sama jek saiznyer, camne dorang bezakan kecik besar ek.. ermm.. mahal gak tu, yelaa.. dia punya cengkerang pun dah besar gabak kan.. mesti berat..

malam tu mak aku buat masak sambal n separuh lagi di bakar.. nak rasa punya pasal sampai tak sabar-sabar nak makan..

nie la rupenyer siput mentarang tu.. fresh belum masak..

yang ini pulak yang masih di atas perbakaran..

yang ini pulak buat masak sambal..

masa mak buat masak sambal nie, ingatkan dia kering macam tu jer, rupanya lagi lama kita masak lagi banyak air siput tu keluar.. berlinang-linang la air siput tu..

nak tau rasanye camner.. rasa siput tu agak manis, sedap kalo cicah dengan sambal kicap.. macam ala-ala makan kerang bakar.. aku makan 3 ketul je, itupun besar-besar.. takut nak amik banyak sebab tak biasa makan.. en. hubby lagi la, langsung tak makan.. katanya tak pandai makan siput nie lain macam benor.. saborjela..

selain daripada masak sambal atau bakar, siput mentarang ni boleh jugak dimasak dengan cara lain.. boleh di buat sup, tomyam atau rebus nie aku dengar dari sumber-sumber yang terbang kat kepala aku nie ;)

kalau diantara kengkawan blogger nie yang memang dah biase makan siput nie, mehla kongsi resepi ye.. mana tau nanti leh cuba resepi kengkawan pulak..


Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin