~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

~ Perkembangan Bayi (Bulan 1 - Bulan 3) ~

Kali ni aku nak kongsi dengan korang mengenai info mengenai perkembangan bayi dari bulan ke bulan... senang buat rujukan...

Sumber : internet.. www.mengandung.com/newsletter


minggu 1
~ setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

minggu 2
~ blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

minggu 3
~ selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 2mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

minggu 4 (1 bulan)
~ janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia di mana sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mula memanjang kira 1/4 inci. Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain, jantung yang mengepam dan paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

minggu 5
~ didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ yang asas iaitu jantung, buah pinggan, tulang dan organ reproduksi.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukan janin ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

kalau kita gambarkan saiz janin 6mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

minggu 6
~ sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentu kepala dan badan. biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

minggu 7
~ bentuk bayi semakin jelas terbentuk. kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

minggu 8 (2 bulan)
~ rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

minggu 9
~ saiz bayi hanyalah sebesar biji anggur iaitu dalam saiz seinci. pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya (sudah boleh menggerakkan jejari tanggan manakala jejari kakinya masih bercantum).

minggu 10
~ bayi kita sudah kelihatan manusia yang lengkap. pada minggu ini, payu dara puan akan membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesteron sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

pada usia kehamilan minggu 1 - minggu 10, ibu amat memerlukan zat besi. dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. antara sindrom yang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan dll lagi. paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

minggu 11
~ bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. alat kelamin pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

minggu 12 (3 bulan)
~ sekarang bayi akan membesar dengan saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. wajahnya juga semakin jelas.

jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. berat bayi pada masa ini adalah kira-kira 28g dan panjangnya dalam 8 cm.

risiko keguguran berkurangan pada minggu ke 12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya masih kecil kita tidak dapat merasakan sebarang pergerakan.

Next N3.. Dari Bulan ke-4 hingga Bulan ke-6..

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin