Sumber : internet.. www.mengandung.com/newsletter
minggu 13
~ kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. badannya juga semakin membesar untuk mengampu tumbesaran kepala. berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
minggu 14
~ degupan jantung bayi akan semakin kuat, kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. kulitnya sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. jadi elakkan daripada memakai pakaian ketat atau sendat supaya puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
minggu 15
~ bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. kelopak mata masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu 26. walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. bayi kita juga sudah boleh menelan. puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
minggu 16 (4 bulan)
~ kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke 14. kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
minggu 17
~ rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. antara keajaiban Allah swt pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap jarinya yang tersendiri. walaupun pada masa ini panjang hanya kira-kira 16cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
minggu 18
~ walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke 18 ini. ia berupaya untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
minggu 19
~ bayi mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks pada bahagian perut. hampir 90% wanita akan mengalaminya.
minggu 20 (5 bulan)
~ pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara ianya akan hilang selepas bersalin nanti. payu dara kita juga sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. jangan cuba memicit cecair itu.
selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
minggu 21
~ kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga penting. kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. malah kita perlu menggelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
minggu 22
~ struktur gigi bayi kita mula berkembang. perkembangan bayi kita juga semakin aktif. puan sebaik-baiknya memberikan tindak balas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. pada masa ini puan sudah boleh pendengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. dekatkan perakam atau pemain cakera padat dengan perut puan. Insyaallah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. belailah gerakan bayi dengan penuh kasih sayang.
minggu 23
~ pada masa ini tangan dan kaki bayi terbentuk dengan baik, jari jemarinya juga terbentuk dengan baik. perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku dan warna kulit. rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
minggu 24 (6 bulan)
~ puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. ini kerana sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Next N3.. Dari Bulan ke-7 hingga Bulan Melahirkan..
No comments:
Post a Comment