Sumber : internet.. www.mengandung.com/newsletter
minggu 25 dan minggu 26
~ badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dinggin (aircond), basahkan tuala kecil lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. pakai pakaian yang longgar untuk keselesaan. pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
minggu 27
~ bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. ia sudah boleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu.
minggu 28 (7 bulan)
~ bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal sepanjang bulan-bulan terakhir ini. kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebaliknya adalah kontraksi kecil yang idpanggil iBraxton Hiksi. sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
minggu 29
~ Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin menebal. namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
minggu 30
~ Puan perlu banyak berehat. jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada waktu siang. pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup selesa.
minggu 31
~ bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. manakal pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak timbul. ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm.
minggu 32 (8 bulan)
~ bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. ia mencapai 1.6 kg. secara normal kedudukan kepala bayi berada di bawah. menyentuh hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut mencederakan bayi yang dikandung. sebenarnya, puan-puan tak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
minggu 33
~ bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh. cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut membesar.
minggu 34
~ kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. panjang bayi kira-kira 40.5cm. sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sedah seimbang. masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. jadi bayi kelihatan agak tembam.
minggu 35
~ akan berlaku perubahan pada diri puan. puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin atau tertawa dengan kuat. manakala garisan yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. puan perlu melakukan beberapa senaman termasuk senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
minggu 36 (9 bulan)
~ sewajarnya puan sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. senantiasa angkat kaki dan letakkan objek bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
minggu 37
~ kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. bentuk bayi dalam kandunganjuga semakin membulat dan kulit bertukar menjadi merah jambu. rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5cm. kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
minggu 38
~ puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
minggu 39
~ saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. perut kita sudah begitu besar dan berat. buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkar-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang mudah diambil.
minggu 40
~ adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen. puan juga akan mula rasa kebas pada bahagian kaki. bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. panjang sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4kg. jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. bersabar dan saya berharap semuanya selamat.
Sekian.
akhirnya.. siap gak n3 nie.. just nak bagi panduan kat kengkawan yang kat luar sana yg tgh preggy.. yg akan preggy.. kalo ade ksilapan ejaan tu, ampun ya.. maklumlah copy paste je..
No comments:
Post a Comment