~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 24, 2010

~ Appointment Checkup 25 Minggu ~

Pagi tadi aku ada appointment checkup untuk ibu-ibu mengandung.. seawal 8.00 pagi aku dah terpacak kat klinik kesihatan presint 9.. ramai jugak orang yang datang klinik hari khamis ni ye tapi disebabkan aku nyer kes ibu mengandung dan memang ada temujanji, prosesnya pun agak cepat dan lancar.. kat kaunter ibu mengandung pun tak da la ramai orang.. biasa-biasa aje..
Meh kiter kongsi hasil check up pagi tadi..
No. Giliran : 158
Bilik Pemeriksaan : No. 28
Tarikh : 24.06.2010 [Khamis]
Kandungan : 25 Minggu
Berat : 72.2 [kenaikan berat berada di tahap normal]
Tekanan Darah : Ok
Jantung Baby : 143 bpm
Kaki Bengkak : Tiada
Air Kencing : Clear..
HB : 11.8
Nie nasihat daripada nurse..
~ Continue makan vitamin [Asid Folik / Zat Besi / Vitamin C]
~ Zat Besi diperlukan untuk maintain HB [aku nyer HB makin lama makin turun.. kena telan pil zat besi banyak-banyak nie]
~ Teruskan Pemakanan Seimbang - Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan
lepas je jumpa nurse, aku kena pergi bilik prosedur 21 pulak.. hari ni aku kena cucuk untuk kancing gigi la plak.. menurut kata nurse bagi pregnancy anak ke 2 dan seterusnya hanya sekali aje dicucuk kancing gigi.. kalo mengandung buat kali pertama, kalau tak silap aku dalam 3 kali kot.. huhuhu... aduii, cam kena gigit semut jer.. sbelum cucuk tu nurse dah bagitau akan ada rasa lenguh-lenguh sikit, sib baik cucuk belah bahu tangan kiri.. masa menaip ni pun dah rasa sakit n lenguh-lenguh..
next check up lagi 3 minggu 15.07.2010 [Khamis] regular check up dan scan baby [28 minggu - 7 bulan]

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin