~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 30, 2012

~ Perubatan Homeopathy Hasan ~

Sabtu baru nie memang kitorang planning nak g sini...saje nak try perubatan homeopathy...kitorang sampai di PKNS Bangi dalam jam 10.45pagi dan kitorang adalah orang yang ke-35...perghh ramai giler orang rupanya nak dapatkan rawatan kat sini...



Tempat ni pak sedara saya yang rekemenkan untuk kitorang pergi memandangkan anak dia dulu pun ada batuk berkahak, dah lama dia rekemenkan tapi kitorang tak pergi pergi...

Sebelum kitorang pergi sini, saya ada jugak pergi klinik gomen n klinik swasta, takda perubahan yang banyak kalau ada sekejap je itupun selepas amik nebulizer kat klinik...tapi saya cuba jugak cara lain dengan makan supplement shaklee vitamin c sehari 2 biji...alhamdulillah laila dah takde batuk berkahak, kalau ada pun sikit sikit je takdala teruk macam dulu...memandangkan laila masih menyusu badan...so vit c yg dimakan oleh saya disalurkan melalui susu...harap harap hilang teruslah penyakit batuk berkahak tu...

Ok, balik pada perubatan homeopathy nie, tujuan pergi sini nak dapatkan rawatan untuk kakak aleya yang mengalami gatal gatal di sekitar hidung, kalau tengok dah nak jadi kudis, pergi klinik biasa dorang bagi ubat sapu aje, tapi makin teruk pulak tu yang ajak en. hubby pergi gak tu...adik laila pulak malam sebelum tu mengalami cery bery dan muntah muntah...tak tido malam dibuatnyer...alang alang dah pergi terus budak berdua ni dapatkan rawatan kat situ..orang sangat ramai ok, kena menunggu dengan penuh kesabaran..kalau sape sape yang pergi mendapatkan rawatan kat sini better saya cadangkan pergi pada hari bekerja...orang tak ramai...tapi kalau pergi hari bekerja, awal awal saya nak bagitau takda MC ataupun TIMESLIP yer...

Disebabkan kitorang nie giliran yang ke 35, maka haruslah terjah kedai makan dulu...isi perut yang kelaporan...pas makan pusing pusing PKNS tu, alih alih dapat masuk bilik jam 1tghari...hah amek ko...lama tak kitorang nunggu...masuk tak lama pun, dalam 10 - 15 minit je...tak kisahla brape ramai pun nak masuk, kiranya 1 nama tu korang nak masuk anak beranak pun takpe...masuk bilik ustaz @ doktor (xtau nak panggil ape...) akan interview sape yang sakit...macam macam dia tanye sambil tangan duk menulis kat kad...pastu dia akan nasihatla dan bg solution, yang best skali dia sendiri yang akan bagi ubat tu untuk kita, pembantu dia ada cuma buat kerja pendaftaran dan serah ubat aje kat kiter...isi ubat semua ustaz @ doktor tu sendiri yang buat...

Niela ubat yang gegirls dapat...nampak cam sama je kan tapi arahan makan lain lain tau...setiap botol ada no...senang ikut arahan aje...bile dah start makan ubat nie, segala pantang kenela ikut ye...cam tertulis dalam gambar nie...kalau untuk laila tu, ibunyer la kena pantang...huhuhu...takpela demi kebaikan....ubat biji nie manis tau...sedap...tu yang laju je si kakak ni makan... semua skali rawatan kat sini kena rm36 saje yer...







Kalau korang nak try cubala pegi ek...nie aku tepek bisnes card...



~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin