~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 9, 2012

~ Atasi Anak Suka Menggigit.. ~

Salam hari isnin buat semua...ari isnin ari yang banyak koje yer, tu yang entry dah petang petang je baru kuar... hahahaha...

oh nak cerita, nak kata problem ntah la... nak kata proses perkembangan tu ntahla jugak... if kawan kawan ada petua nak syer, meh kongsikan bersama saya yer...

Sejak kebelakangan nie, asal saya balik dari kerje nak mengambil si dara kecik nie mesti dapat repot dari cikgu kat taska, "hari nie laila ada gigit kawan.." hari hari ada je repot dari cikgu taska... risau laa...walaupun masih budak budak tapi saya tetap risau gak, takut kalau ada parents yang tak memahami situasi tu, budak budak tak paham, takkan nak marah kot, saya pun tak tau nak buat macammaner... kalau marah tengking tengking pun tak guna... kesian kat anak... so, kalau ada parents atau kawan kawan saya yang baca blog nie dan hantar anak di tempat saya, saya mohon maaf yer bagi pihak laila...

dulu masa laila di bilik baby, selalu gak laila jadi mangsa kena gigit...ntah ntah laila sekarang nak balas dendam kot kat budak budak yang pernah buli dia dulu... erkk... ye ker..!! selalunya kalau laila tengah bermain atau buat hal sendiri dan ada orang ganggu dia atau orang usik dia, memang dia akan bertindak balas...contoh yang terdekat, kakak aleya la..tapi jarang sekali la dia nak gigit kakak dia, paling teruk pun tarik rambut...kadang tu sampai nangis nangis kakaknyer, kena buli ngan adik...haa...

Mehla nak kongsikan cara cara nak atasi anak yang suka menggigit nie...



ATASI ANAK SUKA MENGGIGIT
Info: mamadamia

Anak suka menggigit sebenarnya ada sebab dan mengikut peringkat umur.

Anak 1 ke 2 tahun
Perkara biasa, bayi sekitar 1 tahun suka menggigit. Tumbuh gigi menyebabkan dia ingin menggigit dan bila dia penat, mereka lebih ingin menggigit. Anak ini, sebenarnya tidak bermaksud tidak elok. Ketika umur ini, masih tidak tahu menunjukan perasaan dalam perkataan, jadi dia lepaskan dengan cara primitif iaitu menggigit. Dia pun tak tahu itu menyakitkan orang lain.

Ibu bapa atau penjaga boleh beritahu dengan lembut, “Itu menyakitkan. Berlembut”. Keluarkan dia daripada kumpulan dia sedang bermain sebentar. Tujuannya memberitahu , kita tidak gembira apa dia buat walaupun dia masih belum faham.

Anak 2 ke 3 tahun
Tentukan samada kerap berlaku dan lihat kelakuan anak itu. Jika dia nampak tegang dan tidak gembira sepanjang masa dan suka menggigit kanak-kanak lain, itu tanda terdapat sesuatu tidak kena.
Mungkin displin di rumah terlalu ketat, mungkin tidak biasa dengan kanak-kanak lain jadi rasa mereka bahaya. Mungkin juga kerana perasaan cemburu pada bayi di rumah dan terbawa-bawa perasaan tu kepada anak kecil lain, mengganggap mereka juga saingannya.

Jika suka menggigit diikuti dengan kelakuan yang agresif dan merisaukan, tanda simpton masalah lebih besar.

Perlu elak sebelum mula gigit. Adakah boleh jangka bila berlaku? Jika ya, perlu buat pantauan bila masa kerap berlaku itu. Jika dia kerap kecewa kerana contohnya limit yang tidak tetap, ubah rutin hariannya. Berikan perhatian yang positif bila dia berbuat baik.

Jika semakin besar kekecewaaan anak itu, alih perhatian kepada aktiviti lain. jika anak sudah boleh faham, boleh bincang di masa lain mengenai masalah itu.

Jika sudah berlaku menggigit, beri perhatian kepada yang kena gigit dahulu. Selepas tenangkan mangsa,beritau pada yang mengggigit perbuatan tu buat kita tidak gembira. Beritahu jangan buat lagi. Elak bebel panjang. Peluk dia. Jangan ajar anak yang kena gigit, balas balik.

Anak 3 tahun ke atas.
Biasa akan berhenti selepas 3 tahun. Ketika ini anak mula guna perkataan untuk luah perasaannya. Jika ketika ini masih suka menggigit, tanda masalah kelakuan. Perlukan bantuan.

nota : please give me some opinions... TIA...

~ mai aka ibu AL ~


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

areyou1983 said...

kak mai..anak saya pun dulu menggigit kononnya nak bergurau..cara saya, tepuk pipi anak biar dia rasa sakit..insyaallah dia tak buat lagi..kasi dia serik sikit..heheh..

amai @ mai said...

thanks fid... Jenuh dok cakap hari hari kat si kecik nie..hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin