~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 20, 2012

~ My BreastMilk Storage ~

Rasanya macam hari ni nak cerita pasal breastmilk storage pulak. Sepanjang tempoh penyusuan susu ibu kepada Laila (1 tahun 4 bulan) macam macamjenis storage yang saya gunakan untuk simpan EBM. Antaranya jenis botol macamnie :

pic : credit to google

MLO (5 oz) - saya guna botol nie masa mula mula belajar untuk simpan EBM. Memang cantik botol nie, kaler biru + pink tapi bila dah lama menggunakan botol nie, tulisan pada botol akan hilang.

pic : credit to google

Jingle Jungle Breastmilk Storage (5 oz) - yang ni saya gunakan sekarang untuk letak EBM yang cair buat bekalan Laila di taska hari hari.

Untuk simpanan EBM yang beku pulak, saya banyak menggunakan storage bag yang jenis plastik (Free BPA). Kalau kita tengok dalam pasaran sekarang ni, macam macam bentuk dan jenis yang dijual. Bagi saya, kualiti tetap sama tapi yang membezakan cuma dari jenama dan harga. Antara faveret storage bag yang saya gunakan ialah daripada jenama You Have A Baby (YHAB), seperti dalam gambar.

pic: credit to google

Berkotak-kotak jugakla saya beli storage bag nie. keistimewaan storage bag YHAB antaranya dah tentu tentu yang paling murah, kuantiti pun banyak, 1 kotak ada 100 pcs storage bag. Setiap bag bolah membuatkan lebih kurang 8-9 oz. Menjimatkan ruang dalam peti ais dan freezer. Setelah diisi dengan EBM, plastik storage bag ini hanya perlu diikat atau di 'seal' di bahagian atas.

Seterusnya, storage bag yang pernah digunakan oleh saya adalah dari jenama Autumnz dan Jingle Jungle.

pic: credit to google

Autumnz ni faveret kedua saya, sebabnya storage bag nie memang dah sedia ada dengan "zipper" dan tak perlu lagi susah payah nak cari getah dan ikat, hanya perlu tukar je.. 1 kotak mengandungi 25pcs storage bag, lagi satu muatannya agak lebih besar dan boleh menyimpan EBM sebanyak 12oz-13oz. So, kiranya kalau storage bag YHAB memang dah abis stok, memang jenama Autumnz nie la yang akan saya rembat, kiranya macam pilihan kedua la nie. Apapun yang penting fungsi yang utama menjimatkan segala ruang yang ada dalam peti ais @ freezer di rumah saya.


pic: credit to google

yang nie pulak storage bag jenama "Jingle Jungle", rasanya adalah dalam 2 kotak kot yang pernah saya beli. 1 kotak mengandungi 25pcs jugak, lebih kurang sama macam Autumnz mempunyai "zipper lock".

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan semua storage bag yang pernah saya cuba. Kebanyakan storage bag ni saya beli melalui online shop jer. Selalu shopping barang barang cenggini dekat kedai di bawah :


kalau ada antara kawan kawan yang berminat nak beli, storage bag ni banyak di jual di kedai barangan bayi. Kalau u alls pergi tak jumpa, cubala tanya dengan salesgirl kat kedai barangan bayi tu sebab kadang kadang diorang letak storage bag nie dekat belakang kaunter bayaran aje.. so selamat bershopping... :)

oh yer... n3 ni hanya luahan pendapat dan pengalaman saya sendiri menggunakan storage storage bagi yang dinyatakan di atas, bukan niat saya untuk mempromosikan jenama jenama di atas.. tak da maknenyer nak dapat komisen mosen pun... hahahaha... ok, buat semua selamat menyusu dan sama samala kita menjayakan penyusuan dengan semangat dan azam yang kuat... Insyaallah... aminn...

Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin