~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 21, 2012

~ CERITA CUTI CUTI : TIARA BEACH RESORT, PD, N9 (Part 1)

Morning semua.. dah masuk hari rabu yer.. baru nak cerita pasal cuti cuti tempohari... haha.. aci kan... aci la kannn... n3 cuti cuti nie ada banyak Part ek.. selamat membaca... hehehe...


Jumaat, Kami bertolak dari rumah mak di Sg. Buloh lebih kurang jam 4.30 petang... kenapa kitorang bertolak petang? sebab pagi tue en. driver aka en. hubby masih bekerja dan dia amik halfday, pas sembahyang jumaat kena pergi amik MPV pulak, maklumlah kali nie muatannya tak cukup untuk kereta terpaksalah pinjam MPV kawan en. hubby, bukan setakat bagi pinjam kereta je siap bungkuskan lauk untuk kitorang bawa pergi PD... wahh... ini sudah bagus, anyway thanks bro n wife!


Kebetulan pulak kan, benda dah nak jadi tak boleh kate ape pun... Aleya sakit gigi, perghhh mencabar betul... tengahari masa makan kat umah tu start sakitnye... lepas dari tu, merengek jela kerjanye... untuk meredakan sakit nyer tu, mesti nak kena gosok gigi kalau datang time sakit... jenuh wei setiap masa kena bawak g toilet nak gosok gigi.. nasib baikla masa dalam perjalanan Aleya takde buat hal... nangis sikit sikit je... *puas jugak nak pujuk... sib baik ada mak tok nyer...


Ondaway tu Lebuhraya Plus, kitorang tersangkut dalam jem dekat area Shah Alam, ada jugak dengar info trafik kat radio, katanya terdapat excident kat highway yang kitorang lalu tue.. dalam hati pukul berapalaa nak sampai PD nie, memang waktu tu, banyak kereta yang berpusu-pusu nak balik lepas waktu pejabat waktu puncak lak tu... huhu.. redha jela kami dalam MPV tu, Syukur Alhamdulillah, jem tak la memakan masa yang lama tapi abis jugakla kacang kuda rebus satu tupperware besar kitorang bedal...





Gambar di atas masa berhenti di RnR Seremban. Muka happy Laila n Aleya tak sabar nak sampai PD... hehehe... ko buat peace ye kakak, time gigi tak sakit...


Dalam perjalanan kitorang ada berhenti rehat di RnR Seremban, untuk melepaskan hajat yang terpendam dan membeli kudap kudapan sebab ada orang yang kelaparan dan perjalanan diteruskan dan lebih kurang jam 8.30 malam, akhirnya kitorang sampai di Tiara Beach Resort, PD.. tunggu kejap untuk mengambil kunci dan buat bayaran baki sewa bilik. So, bila dah dapat kunci apalagi terus terjah bilik la, lagipun masing-masing dah kepenatan walaupun duduk dalam kereta je pun, boleh lenguh punggung duk lama dalam kereta... meh saya tepek sekeping dua gambar apartment yang saya duduk nie..







suasana ruang dalam apartment * Sila abaikan keadaan beg beg yang berterabur tue, xcited nak amik gambar..


anyway, nak ucap thanks a lot to Nome sebab bagi no contact untuk sewa apartment ni.. kiranya unit apartment nie unit persendirian yang dibagi sewa kepada sapa sapa yang nak bercuti di sini. Sewa bagi apartment 2 bilik nie hanya RM250 semalam. Bagi aku okla tu kot... bukan senang nak dapat harga apartment macam nie lagi lagi time time cuti sekolah... janji ada tempat nak tido... saya tak de la cerewet bab bilik bilik ni, janji selesa n ada tempat nak tido... kalau korang search kat tenet tu tengokla berapa harga biliknya untuk semalam... tak termampu den nak bayar... bagi yang berbajet tinggi rasanya takda masalah kot... tapi bagi yang berbajet ciput cam saya nie, harusla sedaya upaya cari yang ikut kemampuan diri yer...


Aduihh... penatla menaip... mehla layan gambar anak anak dara saya nie masa sampai kat sini...



muka happy dah sampai bilik... Laila orang yang paling excited, masuk je dalam rumah... berlari sana... berlari sini... tak reti duduk diam... saborjela... kerusi yang dorang nie duduk jadi tempat mainan Laila... kejap naik kejap turun... hampir hampir nak tergolek jugaklaa... Aleya tersengih je yer... tunggu jap lagi sakit balik gigi tu... cerita next entry yer...


Bersambung... (PART 2)


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin