~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

~ Appointment Checkup 30 Minggu ~

Update checkup.. 30 Minggu.. Uwaaa... lagi 10 Minggu nihh.. berdebar nyerr..

No. Giliran : 364
Bilik Pemeriksaan : No. 16 & No. 12 [ Jumpa Doc ]
Tarikh : 29.07.2010 [ Khamis ]
Usia Kandungan : 30 minggu
Berat : 74.6 kg
Tekanan Darah : Ok
Jantung Baby : [ aperla nurse ni tulis kat buku pinky aku nie.. tak jelas.. ]
Kaki Bengkak : ada sikit nampak bengkak..
Air Kencing : Clear
HB : 12.2

Nasihat dari Nurse :-
~ teruskan makan vitamin yang diberi.
~ teruskan penyusuan susu ibu untuk 2nd baby nanti.. [Insyaallah.. dah tanam azam dalam kepala nie.. ]
~ penjagaan dan kebersihan payudara.

disebabkan aku ada mengadu yang aku batuk dari hari isnin hari tu tak baik-baik, aku minta jumpa doktor nak minta ubat.. bukan apa, aku nie jarang batuk.. sekali dah dapat memang sakit, nak tido malam pun tak boleh, lagi lagila perut dah membesar nie, sakit perut dan sakit dada kalau batuk tu.. lagi teruk kalo waktu pagi bangun tido, batuk tak berhenti sampai termuntah-muntah..

lepas keluar dari bilik no. 16, kena tunggu turn nak masuk bilik no. 12 plak.. Ya Allah, lama betul aku menunggu kali ni nak masuk bilik no.12.. sib baikla hari ni aku sorang je yang pergi.. kalo ade En. Hubby temankan, mesti dia bengang tunggu lelama kat klinik..

dah dapat masuk bilik no.12, aku bagitau gitu gini aku batuk, dah 4 hari termasuk hari ni tak baik baik, tak ambil sebarang ubat pun lagi sebab takut.. doc tu pun check, paru-paru ok, takda demam, selsema pun takda, tekak ada merah sikit.. doc pun suggestkan makan ubat batuk biasa tu dan ubat cair kahak bentuk pil.. ubat batuk tu makan sekali sehari aje, waktu nak tido malam.. jangan terlebih dos.. ubat cair kahak tu plak makan waktu perlu aje.. kalo rasa kahak tu tak banyak tak payah la makan.. aku pun agak berpuas hati dengan penerangan doc tu.. jumpa doc tak lama tapi menunggu nak masuk bilik tu yang lama..

lepas jumpa doc pergi farmasi ambil ubat pulak.. tak lama kejap je kat situ.. dah settle semua, dah dapat time slip pun.. haruslah cari makanan dulu dan pulang ke opis..

next checkup lagi 2 minggu pada 12.08.2010 [ Khamis ].. masa bulan puasa pulak tu..

nota : lupa nak tambah.. minggu nie dah start kira pergerakan baby yer.. kena tanda dalam buku pinky.. adoii.. bab ni yang selalu lupa nih..

Photobucket

2 comments:

Zaidah said...

paling tak suka bila tunggu lama kat klinik...boring tahap gaban....kekadang BP naik sebab menunggu lama n stress

amai @ mai said...

kak zai : memang la kak, kalo suami saya memang tak tahan lama2 nunggu nie, dia kalo boleh rela g klinik swasta lagi.. saya nie bengang2 jugak, tapi malas nak pergi tempat lain, terpaksala menunggu gak walaupun tau lama..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin