~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 16, 2012

Persediaan Bulan Ramadhan

Kurang seminggu lagi kita semua akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...
Syukur Alhamdulillah...
Mane yang belum diganti puasa nyer...wajibla diganti yer...

Nak share sesuatu masa baca emel pagi tadi...
Dan berkesempatan ni... mrsnano family nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa serta tunaikanlah kewajipan dengan penuh tawadhuk semoga diberkati oleh Allah SWT... Insyaallah...

"Wahai orang-orang yang beriman..."

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan : Ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain lain ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihna Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki.
8) Memberi berbuka banyak pahala.
9) Bulan keampunan :-
 - Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam
 - 10 hari pertama adalah mulanya rahmat.
 - 10 hari pertengahan - pengampunan.
 - 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid /surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupn pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solah Rawatib
18) Jaga pancaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama orang tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap dan perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar siar yang menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

petikan sumber : Emel..
Photobucket

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin