~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

~ Perkembangan Bayi (Bulan 1 - Bulan 3) ~

Kali ni aku nak kongsi dengan korang mengenai info mengenai perkembangan bayi dari bulan ke bulan... senang buat rujukan...

Sumber : internet.. www.mengandung.com/newsletter


minggu 1
~ setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

minggu 2
~ blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

minggu 3
~ selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 2mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

minggu 4 (1 bulan)
~ janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia di mana sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mula memanjang kira 1/4 inci. Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain, jantung yang mengepam dan paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

minggu 5
~ didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ yang asas iaitu jantung, buah pinggan, tulang dan organ reproduksi.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukan janin ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

kalau kita gambarkan saiz janin 6mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

minggu 6
~ sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentu kepala dan badan. biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

minggu 7
~ bentuk bayi semakin jelas terbentuk. kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

minggu 8 (2 bulan)
~ rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

minggu 9
~ saiz bayi hanyalah sebesar biji anggur iaitu dalam saiz seinci. pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya (sudah boleh menggerakkan jejari tanggan manakala jejari kakinya masih bercantum).

minggu 10
~ bayi kita sudah kelihatan manusia yang lengkap. pada minggu ini, payu dara puan akan membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesteron sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

pada usia kehamilan minggu 1 - minggu 10, ibu amat memerlukan zat besi. dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. antara sindrom yang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan dll lagi. paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

minggu 11
~ bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. alat kelamin pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

minggu 12 (3 bulan)
~ sekarang bayi akan membesar dengan saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. wajahnya juga semakin jelas.

jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. berat bayi pada masa ini adalah kira-kira 28g dan panjangnya dalam 8 cm.

risiko keguguran berkurangan pada minggu ke 12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya masih kecil kita tidak dapat merasakan sebarang pergerakan.

Next N3.. Dari Bulan ke-4 hingga Bulan ke-6..

Photobucket

~ 23 Minggu.. ~

Hi semua.. banyak betul sawang kat blog aku ni ek.. maklumlah konon2 nak jadi blogger tegar tapi hampeh.. bz laa.. hihihi.. jangan marah yer..

kalo korang pasan kan "Ticker" kat atas ni ngan "Progress 2nd Baby" yang kat sbelah kanan ni dah berubah kan.. ni semua gara2 lari tarikh EDD aku.. masa last check up ari tu on 27.Mei.2010, doc decide untuk guna
EDD by Scan dan dijangka bersalin pada 4.10.2010.. sebab katanya lebih tepat.. kalo ikut EDD by PEOD aku dijangka bersalin pada 17.09.2010.. cube korang tgok, kan jauh gila tarikh tu.. sebenarnyer masa 1st bby dulu (aleya) pernah jadi macamnie.. last2 bersalin pun bukan ikut tarikh EDD by PEOD date @ EDD by Scan..

ape yg penting, aku doa agar bby nie sihat, xde masalah, x kisahla bby ni nak keluar bile.. jangan kuar masa raya ye sayang.. sian kat ibu... hehehehe...

Meh aku kongsi rentetan last check up aritu..
Date : 27.05.2010 [Khamis]
Kandungan : 21 Minggu..
Berat : 70.1 kg [naik gilos dlm masa 2 minggu.. ya ampunn.. !!]
Tekanan Darah : Ok
Jantung Baby : 153 bpm
Air Kencing : Cun.. [gara-gara takut kencing kotor.. minum air masak banyak2 sampai kembung perut.. ]
HB : 12.4


Nasihat dari pakar (nurse @ doc la tuu..)

- Continue makan Obimin.. [
orang kate makan Obimin ni nnti baby besaq ek.. betui ker? masa aleya dulu x makan pun asyik culas aje..]
- Minum susu 2-3 gelas sehari.. [
yg nie pun kalo ingat je baru minum.. tp aku lalu minum susu Dutch Lady yg dalam kotak tu je.. skrang ni aku minum yg Full Cream tu.. kekadang tu ade budak sudah cukai sama itu susu.. sape lagi kalo bukan aleya..]
- Banyakkan minum air masak.. [
hah.. yg ini tiap2 hari aku bawak bekal air masak 1 botol besar ke opis.. air dari umah yg siap ditapis..]
- Kurangkan makan makanan yang berkarbohidrat.. kalo boleh makan nasi pun kena kurangkan.. [
wehh.. yg ni xleh ni, sejak dh x mabuk aritu nasi la santapan aku.. tu yg berat naik mendadak 1.5 kg dalam masa 2 minggu..]
- Elakkan minuman berkarbonat macam air bergas [
yg ni mmg x sentuh la.. en. hubby memang x kasi.. marah lagi ade.. huhuhu...]
- last skali nurse bekalkan aku Obimin untuk makan sebulan..

next check up
24.06.2010 [khamis]..

Photobucket

Tuesday, April 27, 2010

~ Award Lagi ~

kali nie dapat lagi award lagi fida.. rajin benor ye.. trima kasih banyak ye fida.. sori ye lambat benor nak tepek kat blog nie hah..

nak tau award ape plak kali nie.. jom nengok..


1. thank and link the person that give you the award
tq
fida!!!


2. Pass this award onto top 20 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

az

arin

konah

wanie


sape lagi ek... sape2 yg singgah blog aku nie.. silalah amik ye award nie.. aku ikhlas nak bagi nih.
.

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA...


Photobucket

Monday, April 5, 2010

~ Tag lagi dari Fida ~

Kali ni aku terima lagi tag daripada fidah aka member blogger.. nak kene jawapla nie ek.. ish ish... layanzz...

1. adakah anda rasa HOT?
HOT kot.. pagi2 dah dapat berita HOT.. camne tuh..

2. upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang

gambar PC Opis

gambar lappyku

3. cerita pasal gambar ni
gambar p1 - dari pc opis.. suka tengok gambar aleya masa bby yang digabung gabungkan.. comei..

gambar k2 - dari my lappy.. gambar mase smbut bday aleya yang ke 2 tahun kat perak.. sw33t je gambor kitorang b3 nie..

4. bila kali terakhir anda makan pizza?
bulan lepas rasenyer.. domino's pizza.. antar kat umah jer..

5. lagu terakhir anda dengar?
Apa saja - KRU

6. apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tgh kunyah asam.. sambil bau minyak angin... ermm...

7. selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
kak long, kak mai, kak mal, ayong, nor, akmal, akma, kemal, amai, mai, mamai.
(banyak benor nama panggilan nie..)

8. tag lagi 8 orang?
nak tag saper nie.. aduii..
1. Wanie
2. Anis
3. Tuty
4. Konah
5. Arin
6. Az
7. Nurul
8. Irza
(kalo korang nak jawap tag nie.. aku x kisah.. x jawap pun xpe, aku xtau nak tag sape, so aku tarokla nama yg trlintas kat pikiran aku nih.. jangan marah haaa.. )

9. siapakah orang no. 1 kepada anda?
kenal melalui blog..

10. katakan sesuatu kepada orang no. 5?
beb.. prince dh bsar dah.. bile nak bg adik plak.. hehehe..

11. no. 3 ada hubungan kepada siapa?
rakan Poly PD (classmate)

12. bagaimana pula dengan no 4?
rakan sebangunan.. satu pejabat la tu.. bhgn lain2..

13. pesanan kepada orang no. 6?
tahniah az.. truskan bf k.. aku akan follow2 ko nnti..

14. kata- kata cinta kepada orang no. 6?
caiyok! caiyok!

15. adakah no.7 & no. 8 mempunyai persamaan?
sama.. 2-2 pompuan.. hehehe...

16. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang tag anda
-fidah ~
~kawan blogger..
~ade blogshop jual baju budak2 n dealer tupperware..
~masih muda lagi..
~tinggal kat melaka..
~dah ada anak sorang.. comei..

17. persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
kalo raya mesti kena korban.. hehehe...

18. perasaan anda wat tag ni?
xde idea sbnornyer.. jawap n blasah jer..

19. adakah anda tahu si Razman itu sengal?
xmau kenal n xnak kenal..

20. GAY or LES?
mestilah aku nie NORMAL.. aku dah berkahwin ngan insan bernama lelaki.. pernah bersalin n skrang tengah preggy 4months... hehehe.. CONFIRM NORMAL beb..

ok.. udah berehh...


Photobucket

~ Dapat Award ~

Dapat award la plak.. toce toce..


1. Thank & link the person that gave you the award.
Memula nak kate tq kat wanie.. ingatkan artis je dapat award.. hehehe.. blogger pun ade award jugak.. cayalah.. sori ek wanie, baru nak wat crita pasal award nie..

2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently
ermm.. nak bagi saper ek..
saper2 je la yg singgah kat blog aku nie, aku bagi award nie kat korang sumer yang rajin singgah kat blog aku nie yek.. time kasih sudi singgah..

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
terimalah dengan kembang atii.. hehehe..

4. State 7 things about yourself.
1. Sedang preggy 4months (anak ke 2).
2. Seorang PA kepada bos di tempat koje.
3. Seorang yang sangat low profile (kat opis nie ramai yg ingat aku budak baru.. padahal dh nak dekat 6 tahun aku koje sini.. bukan sombong ek.. )
4. Suka shopping secara online.. (rambang mato nengok barang cecantik..)
5. Suka baca cerita / luahan kawan2 blogger.
6. Suka menjahit.. (hobi lama yang digilap balik.. huhuhu...)
7. Sangat sayang kat anak n sangat chenta kat somi.

tue je la kot... hehehehe...




Photobucket

Monday, March 29, 2010

~ 16 weeks @ 4 bulan ~

aleya semasa berumur 2bln lebih
(n3 xde kena mengena dgn gambar.. saje nak tepek..)

Assalamualaikum..
sudah lama x menaip di blog ini... ermm.. ntah kenapa rasa malas menghantui diri.. aduii.. ini tidak boleh dibiarkan.. blog nie dah lama bersawang dan perlu dibersihkan.. huhuhu..

insyaallah.. minggu ini genapla usia kandungan diriku 16 weeks bersamaan dengan 4 bulan..
dalam tempoh perjalanan selama 4 bulan ini alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..
walaupun mengalami alahan mabuk yang agak teruk.. pregnant kali ke-2 ni mmg agak mencabar bagi aku, alhamdulillah, mr. hubby amat dan sangat memahami.. thanks abang, i luv u very very strong dear.. muahh.. !! sungguh penyabar dengan peel isterinya ini.. ntah-ntah kali nie Boy kot.. hehehe.. aminn..

sebenarnya aku x kisah pun kali nie Boy atau Girl.. cuma aku mengharapkan semuanya berjalan dengan baik, selamat, sihat, cukup sifat dan mudah semasa bersalin nanti.. kalo ikut pada tarikh jangkaan insyaallah aku akan bersalin pada bulan September tahun nie, sminggu selepas raya.. tapi kalo ikut pengalaman semasa bersalin Aleya dulu, aleya kuar awal seminggu dari tarikh jangkaan.. so, aku kena la prepare awal ape2 yg patut semasa bulan puasa tahun nie.. nampaknya raya tahun nie, sibukla aku berpantang yer.. hehehe.. jeles tau korang dapat makan sesedap..

dalam tempoh pregnant kali ni anak dara ku yang sorang ni pun xdela nak wat perangai yang melampau-lampau.. macam dah tau2 je dia nak ade adik, cuma sekarang nie mulut dah jadi becok.. sampai kekadang tu aku pun x paham apa yg dicakapkan.. tapi kalo dia jumpa ngan orang yg xpernah dia jumpa, jangan harap la nak dengar dia bercakap, malula konon.. saborjela.. ape2 pun dia la penawar hati kami suami isteri.. selalu buat kami x kering gusi menengok gelagatnya setiap hari.. kejap je anak dara ku ni dah besar, dh nak ade adik pun..

seronok dengar bile di antara kengkawan aku dah bersalin dan sedang mengandung pd tahun nie.. kbyakannye yang ingin tambah bilangan ahli keluarga.. mmg ramai, maklumlah tahun 2010 nie memang tahun untuk mengawan kot.. wakakaka.. jangan mare.. tahniah ye wat member2 yang berkenaan.. kalo korang ade baca la blog aku nih..

ok la, stop takat nih dulu.. insyaallah kalo aku rajin, aku tmbah lagi n3 n3 lain k..

salam mesra dari aku..

Photobucket

Wednesday, February 17, 2010

~ I'm pregnant again..~

Assalamualaikum semua...
rase rindu kat korang.. very da rindu rindu...
dah lama rasenye tidak bersua di blog..
warghhh... bile penyakit 'M' tu datang.. 1 ape pun x jadi..

just nak share ke'HAPPY'an aku kali nie ngan korang sume..
I'M PREGNANT AGAIN.. syukur alhamdulillah..
rezki tahun 2010.. aminnn..
kiranya skrang nie dah 2 bulan +++...
my little princess becoming 'KAKAK'..
so kakak.. jangan noty noty k..

so, bile keadaan tgh preggy 2 bln nie.. aku amatlah malas n aderla alah2 gitu..
skrang nie aku rase mcm nak loya.. nak muntah tp x kuar.. ade fenin sikit..
di tangan aku x lepas2 dengan kain n minyak angin.. aduii...
orang kata trimester pertama mmg cam gitu tapi mase preggy aleya dulu xdela teruk cam gini..
kalo ikutkan nak tgok pc ni lame2 pun dh fenin2 lalat gitu..
keje kat opis ni pun malasnyer nak buat..
rase nak muntah tgok fail2 nie.. aduii..

so, utk kengkawan yg wish kat my FB.. thanks a lot ya..
Doakan semuanya berjalan lancar n selamat yer..


note : aku bersyukur di atas rezki yang dilimpahkan oleh Mu.. Ya Allah..

Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin