~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 20, 2011

~ Laila Checkup 6 bulan ~


Update Checkup.. 6 bulan..

Tarikh : 5/4/2011
Hari : Selasa
Umur : 6 Bulan
Berat : 7.4 kg
Panjang : 66 cm
BMI untuk umur : 17.0
Lilitan kepala : 42 cm
Pemeriksaan Fizikal : Memuaskan
Suntikan Imunisasi : Ada [Hepatitis (3)]

Catatan : BO & PU lawas, Breasfeeding On Demand

Next Appointment : Lagi 2 bulan... 7/6/2011 (Selasa)

Alhamdulillah... masih susu ibu hingga sekarang... Laila dah boleh start makan.. hehehe... kenala ibunyer rajin banyak yer.. sehingga kini masih lagi rajin bawa bekal bubur nasi untuk Laila.. Cayalah ibu... !


Photobucket

Friday, April 8, 2011

~ Salam Pagi Jumaat

Salam..
pagi jumaat yang mendung2 aje kat Putrajaya nie..
hari ni saya bercuti..
hehehe.. jap g nak bertolak g melaka..
menemankan en. hubby..
anak2 angkut sekali yer..
so, ari minggu ni kitorang ada di melaka..

ok korang.. short n3 je ari nie..
chow! chin! chau!

nak siap2 plak nie..





Photobucket

Thursday, April 7, 2011

~ Helmet dan Kakak ~

~ dah macam orang bulan ibu tengok kakak nie.. ~

sejak pertengahan bulan januari cerita dah lama baru nak story.. hehehe.. pagi2 masa nak g taska aleya naik motor ngan ayahnye.. kiranya en. hubby hantar aleya la setiap hari waktu kerje.. yang adik plak saya bawak naik kereta..

sebelum nie ok je aleya ikut saya naik kereta g taska.. ntah kenapa ntah ada satu hari tu dia nangis ngamuk2 kat bawah nak ikut en. hubby naik motor.. en. hubby tak nakla bawak sebab takda helmet... en. hubby pun pujuk2 la jugak janji nak belikan helmet untuk aleya.. ermm nak tak nak terpaksala hari tu saya angkut gak naik kereta, bila dah dalam kereta mengamuk still tak berhenti k.. puas pujuk dan tak makan di pujuk.. sampai ada satu tahap my blood go upstairs speakang jap ek.. rasa macam nak jadi hulk hogan plak masa tu.. uishh.. dah la saya ni tengah drive.. aleya plak mengamuk baling2 barang.. sib baik yang si adik diam je.. mata terkebil2 nengok kakak dia nangis..

sejak dari hari tu, en. hubby dah belikan helmet kaler oren ok i like.. terang aje.. dan aleya pegi taska pagi2 naik motor ngan en. hubby.. kesian jugak dengan en. hubby tapi nak wat camne, anak ayahla katakan.. tapi bile balik kerja aleya n adik memang saya angkut sekali naik kereta.. nak tunggu en. hubby jenuh pulak pukul brapa nak sampai kan.. dah la en. hubby tu keje kat KL.. tak tentu masa sampai di Putrajaya nie.. kalau kena time hujan, memang lambat la sampai rumah..

yang best nyer masa mula2 dapat helmet oren tu.. bukan main suka si aleya nie.. siap nak bawak tido.. pastu siap bergaya naik beskal.. asal saya tanya saya nak pinjam, dia bleh cakap "x boleh.. ni kakak punyer.. ibu naik car.." saborjelaa..

cubela bayangkan masa balik kerja nak balik rumah.. jenuh la saya ni mengangkut semua barang.. hbag, beg adik, beg susu adik, beg pam saya, beg aleya n helmet, nak dukung sikecik lagi.. x ke senget jadinyer.. tapi, selalunya aleya sndri angkut beg n helmet dia, kalau datang angin ngada2 dia je xnak bawak beg n helmet dia.. terpaksala hai menunggu sampai en. hubby balik..



1.. 2.. 3.. senyum..
Pesanan Kerajaan Malaysia : Bertimbang rasa di Jalanraya.. Jangan Merempit Nanti Tersepit.. :)


Photobucket



Wednesday, April 6, 2011

~ Stage 1 : 6 Month

Lilypie Breastfeeding tickers


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat illahi.. gembira rasanya dihati ini bila saya telah berjaya memberikan susu ibu kepada Laila selama 6 bulan tanpa setitik formula milk pun.. syukur sangat sangat.. dengan azam dan niat yang kuat Alhamdulillah.. berjaya jugak.. terima kasih jugak kepada kawan2 blogger dan orang2 tersayang yang banyak memberikan sokongan dan peranan dalam penyusuan susu ibu ini.. saya xnak jadi macam dulu kesian aleya sekejap je merasa susu ibu.. huhuhu.. walaupun x mendapat cukup susu ibu, ibu tetap sayangkan kedua-dua puteri ibu..


Insyaallah saya akan meneruskan lagi penyusuan susu ibu nie ke peringkat seterusnya sehingga 2 tahun.. doakan saya ye kawan2.. Laila pun dah 6 bulan.. so tiba masanya nak memperkenalkan makanan pulak.. hari ni bangun awal sebab buat bekal bubur nasi untuk laila.. tengahari nanti saya turun bagi makan pulak.. huhuhu... xcited nieh..


Selama 6 bulan saya menyusukan laila ada jugak suara2 sumbang yang kedengaran mengenai susu ibu ni.. tapi biasalah saya.. masuk telinga kiri kluar telinga kanan... hahaha.. buat tak tau aje.. yang penting saya suka apa yang saya buat nie untuk anak2..


nota : baru2 ni saya balik kampung melawat mertua.. sambil nengok anak buah baru saya.. sayangnya dalam usia 2 bln lebih telah diberi susu formula dan nestum.. bila saya tanya kenapa.. jawapnya dah takda susu dan bb lapar.. ermm tersentap saya.. saya kesian tengok anak buah saya tu.. bile dia poo poo najisnya keras.. sian dia mungkin xsedap perut.. bukan saya menunjuk pandai atau berlagak, cuma niat saya untuk berkongsi ilmu bf bersama dengan kak ipar saya tapi kalau dah tak berminat nak bf nak wat camner.. ape boleh saya buat..




Photobucket



Friday, March 18, 2011

~ BF Class : Teknik Marmet.. Saya telah hadir ~

Orang lain dah update saya baru nak crita kat blog sndirik.. heheh..

iklan kat blog ayu nie la yang membuatkan saya teruja nak join.. its good!!!

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak saya attend kelas marmet ni sabtu lepas.. saya dapat tau mengenai kelas ni pun melalui Ayu (rakan blog), kebetulan MLO PJ nie pun dekat gak ngan umah mak saya di damansara.. so, taknak lepaskan peluang.. anak-anak telah ditinggalkan di rumah mak.. adik pompuan saya pun ada leh tolong tgok2kan si Aleya n Laila.. untuk bekalan Laila saya dah siap tinggalkan susu perahan untuk dia..

Sejak saya BF anak 2nd ni tak pernah lagi saya try teknik marmet nie.. atas alasan2 yang berikut : susah, lenguh tangan, terlalu lama dan x pandai.. pandai ko cari alasan ek.. bile g kelas ni, barula tau.. kalau kita menggunakan teknik yang betul Insyaallah kita akan berjaya.. saya ada gak try teknik marmet nie masa kelas tempohari.. mula2 tu susu macam tak nak kuar je, sedih.. rupanya kena bagi rangsangan dulu baru susu nak kuar n makin laju.. masa ni kagum tengok Ayu sebab kejap je dah penuh botol.. sebab ayu dah biasa menggunakan teknik marmet nie.. yang saya ni plak terkial2 nak penuhkan sebotol.. takpe 'Practice make Perfect' hehe.. so lepas nie, kalau tertinggal mesen pam ke, rosak ke leh la guna teknik marmet nie..

Bile saya attend kelas nie.. bergaul dgn ibu2 yg menyusukan anak masing2.. secara otomatik saya berasa bangga dan seronok sebab saya sama macam mereka.. bangga sebab dapat menyusukan anak dengan susu badan sendiri.. selain tu, dapat juga berkenalan dengan kawan baru..

nie saya tepekkan sedikit gambar masa dalam kelas tempohari..
copy dari blog ayu.. tq.. :)

antara peserta dan perceramah.. thanks kak fid..

yang bergambar ngan saya tu.. tula ayu.. kenal melalui blog.. :)

bergambar reramai... :)

_______________________________________________________________

sedikit info mengenai teknik marmet..
sumber rujukan :- menyusu si manja

Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).

Gambar diambil dari www.breastfeeding .com

Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Selamat mencuba! =)

nota : penggunaan gambar di atas adalah sebagai panduan utk saya dan ibu2 yang ingin menggunakan teknik marmet ni, tidak ada kena mengena dengan gangguan seksual ataupun yang semaksud dengannya.. terima kasih..



Photobucket

~ Saya Suka ~

dah lama x letak lagu2 feveret..
Saya suka dengar lagu nie.. cer layann..



Awan Nano - Hafiz

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


nota : cer baca lirik dia.. menyentap perasaan.. huhu.. masa video ni ada scene hafiz n herman tino, betul2 macam anak ngan ayah.. yang serupa tang RAMBUTNYA.. tapi mmg lagu ni best la..


Photobucket

Thursday, March 17, 2011

~ Laila Checkup 5 bulan ~

~ 5 bulan ~


Haha.. patutnya n3 ni dah lama tapi dek kemalasan tuan tanah tu yg jadi delay je..hehe.

kali nie nak citer checkup laila masa 5 bulan ritu..

Tarikh : 8/3/2011
Hari : Selasa
Umur : 5 bulan
Berat : 7.1 kg
Panjang : 64 cm
BMI untuk umur : 18.4
Lilitan kepala : 41 cm
Pemeriksaan Fizikal : Memuaskan
Suntikan Imunisasi : Ada [DPT (3), Hib (3), IPV (3)]

Catatan : Teruskan penyusuan susu ibu dan perkenalkan makanan pelengkap semasa usia bayi 6 bulan

Next appointment : 5/4/2011 [Selasa]

Perkembangan Laila 5 bulan :

~ Alhamdulillah masih lagi breastfeeding.. takda campur2 tau.. membesar dengan susu ibu.. syukur sangat.. tak lama lagi dah nak sampai stage pertama.. caiyok la dik..
~ Dah pandai bergolek-golek silap haribulan dah ada depan pintu toilet. hehe.

~ Ada cubaan untuk angkat bontot tapi masih belum berjaya lagi.. cuba lagi dik..
~ Dah pandai main ngan kakak
~ Kekadang boleh tertido sambil mengereng
~ Kalo nenen suka kemam dengan gusi.. walau xda gigi tapi sakit woo.. cer bayangkan kalo ada gigi.. ish ish..
~ Bangun tido selalu awal dari ibu.. kiranya jadi jam loceng ibu la nie..

masa checkup tempohari laila kena cucuk.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. laila nangis masa jarum dikeluarkan je pastu terus senyap.. risau gak kalo menangis meleret2 maklumlah saya ngan laila je berdua g klinik.. hehe. selalu g ngan hubby kebetulan hari tu hubby kena g keje awal tpaksa la survive sndiri amboi.. manja benor..


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin