~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Friday, March 18, 2011

~ BF Class : Teknik Marmet.. Saya telah hadir ~

Orang lain dah update saya baru nak crita kat blog sndirik.. heheh..

iklan kat blog ayu nie la yang membuatkan saya teruja nak join.. its good!!!

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak saya attend kelas marmet ni sabtu lepas.. saya dapat tau mengenai kelas ni pun melalui Ayu (rakan blog), kebetulan MLO PJ nie pun dekat gak ngan umah mak saya di damansara.. so, taknak lepaskan peluang.. anak-anak telah ditinggalkan di rumah mak.. adik pompuan saya pun ada leh tolong tgok2kan si Aleya n Laila.. untuk bekalan Laila saya dah siap tinggalkan susu perahan untuk dia..

Sejak saya BF anak 2nd ni tak pernah lagi saya try teknik marmet nie.. atas alasan2 yang berikut : susah, lenguh tangan, terlalu lama dan x pandai.. pandai ko cari alasan ek.. bile g kelas ni, barula tau.. kalau kita menggunakan teknik yang betul Insyaallah kita akan berjaya.. saya ada gak try teknik marmet nie masa kelas tempohari.. mula2 tu susu macam tak nak kuar je, sedih.. rupanya kena bagi rangsangan dulu baru susu nak kuar n makin laju.. masa ni kagum tengok Ayu sebab kejap je dah penuh botol.. sebab ayu dah biasa menggunakan teknik marmet nie.. yang saya ni plak terkial2 nak penuhkan sebotol.. takpe 'Practice make Perfect' hehe.. so lepas nie, kalau tertinggal mesen pam ke, rosak ke leh la guna teknik marmet nie..

Bile saya attend kelas nie.. bergaul dgn ibu2 yg menyusukan anak masing2.. secara otomatik saya berasa bangga dan seronok sebab saya sama macam mereka.. bangga sebab dapat menyusukan anak dengan susu badan sendiri.. selain tu, dapat juga berkenalan dengan kawan baru..

nie saya tepekkan sedikit gambar masa dalam kelas tempohari..
copy dari blog ayu.. tq.. :)

antara peserta dan perceramah.. thanks kak fid..

yang bergambar ngan saya tu.. tula ayu.. kenal melalui blog.. :)

bergambar reramai... :)

_______________________________________________________________

sedikit info mengenai teknik marmet..
sumber rujukan :- menyusu si manja

Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).

Gambar diambil dari www.breastfeeding .com

Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Selamat mencuba! =)

nota : penggunaan gambar di atas adalah sebagai panduan utk saya dan ibu2 yang ingin menggunakan teknik marmet ni, tidak ada kena mengena dengan gangguan seksual ataupun yang semaksud dengannya.. terima kasih..



Photobucket

3 comments:

iera_ayen said...

as salam...saya dah cuba baca dan ingin cuba buat tapi tak faham ...mesti kene try je nih...kalo leh tgk cara2 boleh la buat..

iera_ayen said...

nk try buat gak ...tp tak faham

ayu said...

jangan lupa praktis selalu ye..

happy dapat kenal mai juga..^_^

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin