Sekarang dah masuk musim cuti sekolah.. Cuti seminggu je pun.. Aleya dah di pos ke rumah maktoknyer weekend baru ni.. Semalam petang sempat potong rambut kak aleya, dah naik rimas ibu tengok rambut kakak nie, kalau jenis yang suka berikat takperla, nie payah betul, dah nampak cam serabai aje... So, bincang bincang dengan en. hubby akhirnya potong gak rambut kakak.. Potong kat saloon tu, kat umah mak mahal la plak, untuk budak rm15 sekepala.. Bg saya mahal gak tu.. Ingatkan kalau murah nak gak la tumpang sekepala, bile dh mahal je camtu tak jadila plak.. Takperla lain kali je.. Balik ipoh la nanti potong..
Kan nampak comel jer biler potong... Sib baik tak merajuk rambut dah pendek... Kalau merajuk jenuh pulak nak g sambung rambut panjang kakak tue... Huhuhu... Layann je picas...
~ mai aka ibu AL ~
~:: Kata Tuan Umah ::~
Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.
Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.
Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..
Wassalam... "
~:: B My Frenz ::~
Monday, March 12, 2012
~ Aleya New Hair Cut ~
~ Adik nak handbag jugak macam ibu ~
Morning uollssss... Selamat hari isnin buat semua... No no monday blues k..ceria ceria pagi ni sambil melakukan kerja kerja pejabat..
Kejadian pagi tadi, menangis masa nak keluar rumah ok sebab nak bawak handbag spongebob cam ibu.. Last last ibu ikutkan aje... Layan picas pagi tadi.. Fresh from oven... Wahahaha..
~ mai aka ibu AL ~
Sunday, March 11, 2012
~ Jom Mengalerr.. ~
Hujung minggu niela keje kak aleya yer.. Kaler kaler buku.. Pakai belasah je yer.. Campur campur je warna.. Sukati dia nak pakai kaler aper.. layannn..
~ mai aka ibu AL ~
Sunday, March 4, 2012
~ Make Over Botol Bedak ~
Tengokla anak dara kecik nie..kalo dpt mainan senyap je, main sorang sorang pun boleh jadi..tu ayah belikan sticker, pandaila tu tampal tampal...tampal kat buku kakak, tampal kat kusyen, tampal kat badan..tampal kat botol bedak..make over ye dik.. Hehehe..lantakla dik asalkan adik tak kaco ibu buat keje dapur..
~mai aka ibu AL~
Saturday, March 3, 2012
~ Kereta Oh Kereta ~
Selamat berhujung minggu buat semua..
Kejadian pagi tadi.. Lori sampah nak angkut sampai macam biasa tapi dihalang oleh sebuah kereta keadaan seperti dalam gambar.. Lori sampah punyerla hon berpuluh kali..kuat beb..lama gak lori sampah ni tunggu..adalah dalam setengah jam camtu, baru la muncul owner kereta nie..
Kesimpulannya : Janganla mementingkan diri sendiri.. Parkingla kereta ditempat sepatutnya dan jangan menghalang tugas tugas orang lain..banyak lagi tempat yang boleh diisi, jalan jauh sikit apa salahnya, exercise sikit..kiter hidup berjiran mestilah bertimbang rasa..bile jd mcamni dah menyusahkan orang lain ye dak..so, fikir fikirkanlah yer..
~mai aka ibu AL~
Thursday, March 1, 2012
~ From Langkawi with luv.. ~
Thanks Lyn.. Ingat juak kat kitak..
Macammane tak gemuk.. Makan coklat je koje..
~mai aka ibu AL~
~ SGM: Moms Basic, Sg. Buloh : Saya telah hadir ~
Salam 1st Mac.. dah masuk bulan 3 dah.. Cepat betul masa berlalu.. Dan bulan nie jugak laila dah 1thn 5 bulan, wah cepatnyer ko besar dik.. Walaupun hari nie saya masih kurang sihat akibat selsema dan batuk, masih lagi berupaya datang ke pejabat yer.. Petang petang cenggini rasa macam nak taip n3 plak.. Sape sape yang call saya tu janganla terkejut dengor kesengauan suara saya hari nie.. Buat buat macam tak kenal pulak... Choiiii!!
Apepun nak gak cerita yang hari ahad baru ni sakit sakit pinggang pun sempat lagi nak join program SGM anjuran Moms Basic, Sg Buloh, dekat sangat ngan umah mak saya, so seawal jam 10pagi program berjalan, oh yer lupa nak bagitau SGM tu Support Group Meeting untuk ibu ibu yang breastfeeding atau pun untuk sape sape yang nak ilmu breastfeeding.. Memang best ok join program program macamnie.. SGM kali nie lebih kepada perbincangan mengenai penyusuan, masalah masalah yang diperolehi semasa penyusuan, teknik lekapan yang betul, teknik laydown dan macam macam topik lagi la.. Selain berkongsi pengalaman peserta peserta lain.. Kebetulan peserta haritu tak ramai hanya 3org saje termasuk saya dan semestinya diketuai oleh kak nuha (owner moms basic) selaku caunselor bf.. Memang tersangatlah santai, tak stress pun... Maklumat memang terus masuk kepala la, yang penting ianya free..laila memang saya angkut sekali... Alhamdulillah laila tak meragam ok.. Sungguh baik.. Tak menangis pun.. Senang ibu dan last sekali pas bagi nenen terus tido, yang tak henggat tu buat macam kat umah sendiri jer, cer korang tengok gambor kat atas tu, sukati dia je tido macam tu... Lupa nak amik gambor masa perbincangan tengah berlangsung, tak teringat sebab fokus sangat (*sambil tangan taruk kat bahu), yang lain lain tu gambor bersama peserta n kak nuha... Chubby betul gambar saya dalam tu...(*tak nak sebut GEMM...)
Mungkin sesetengah orang nampak mudah dan senang je bab penyusuan nie, lagi lagi bagi ibu ibu baru... Sebenarnya kalau kita nak berjaya dalam apa apa perkara pun mestilah kita kena banyak belajar, membaca, bertanya dan mendengar dari pakar pakar yang bertauliah dan berkawan dengan kawan kawan yang telah berjaya dalam ilmu penyusuan ini untuk menaikkan semangat untuk menyusu. Lagi satu sekarang ini macam macam forum mengenai ilmu penyusuan yang ada kat internet tu, apa salahnya sesekali join forum forum macamtu.. Tak rugi pun..
Macam saya sendiri, saya jadikan seorang sahabat saya nie sebagai semangat untuk saya meneruskan penyusuan sehingga 2tahun.. Dia telah berjaya dan sekarang meneruskan perjuangannya itu untuk anak kedua beliau pulak... Saya nak ikut macam dia jugak, walaupun saya gagal semasa anak pertama dulu, Insyaallah dengan azam dan semangat serta sokongan tak mustahil impian saya tercapai.. Aminnn..
Saya bukanlah ahli pakar dalam perkara yang melibatkan penyusuan ni, masih banyak lagi yang perlu saya belajar... Apa yang saya tau saya boleh kongsikan bersama, apa yang saya tak tau saya akan mencari penyelesaian dengan membaca dan bertanya pada yang lebih tahu, saya juga pernah mengalami perkara yang sama macam orang lain, dikelilingi dengan orang orang yang condem penyusuan susu ibu nie, kata kata sinis tidak pernah diambil kisah.. Dah lali dan yang penting anak anak saya mendapat apa yang terbaik dan bernilai untuk diri mereka..adalah 2-3 orang kawan kawan saya yang bertanya macam mana saya boleh menyusukan laila dengan susu ibu sehingga nak masuk 1thn 5bln, saya boleh kongsi cerita tapi bile dah cerita macam tak berminat je nak dengar lebih baik tak payah cerita kan kan kan.. Hehehe..
Oklah, panjang betul n3 nie..hahaha..xsedar..
~mai aka ibu AL~
















