10th May 2009
Rasenyer tidak terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu, Happy Mothers Day kepada semua ibu-ibu di dunia ni..
Untuk Pn. Zaitun terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah mak berikan kepada kami adik beradik..
Walaupun kami ni kekadang degil tapi kami saaayangg mak..
Semoga Allah panjangkan umur mak dan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kita sekeluarga..
Untuk Pn. Mahyam (MIL) terima kasih kerana menjadi ibu mertua yang paling sporting di abad ini.. walaupun kami jauh dimata tapi hati kami tetap untuk mama.. segala pengorbanan mama terhadap kami sekeluarga takkan kami sia siakan.. kami mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa andai kita berbicara ye ma..
Untuk kengkawan yang dah jadi ibu, mama, mommy, emak dan sewaktu dengannya.. saat menjadi ibu adalah saat yang paling membahagiakan sekali.. diwaktu itulah mengingatkan pengorbanan ibu kita untuk membesarkan kita sehingga kini...
Semoga kalian sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya..
Sayangi Ibu Anda Selagi Mereka Masih Ada..
No comments:
Post a Comment