~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

~ LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN ~

** Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya:"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.




Photobucket

Tuesday, August 17, 2010

~ Jom Baca Buku : Pedoman Amalan Ibu Mengandung ~

Tajuk : Pedoman Amalan Ibu Mengandung
Penulis : Nur Asyikin Haithami
Bil. Mukasurat : 319 ms

nie buku yang sedang aku baca sekarang.. beli kat pasar je, RM14... semuanya ada 16 Bab dalam buku nie.. antara bab-bab menarik..

~ Pantang larang ketika ibu mengandung
~ Persediaan ketika melahirkan anak
~ Surah-surah pilihan
~ Merancang kesihatan

Selamat Membaca.. !!

Photobucket

Friday, August 6, 2010

~ Kebaikan Berjalan Untuk Wanita Hamil ~

Kebaikan Berjalan

Di sini terdapat beberapa insentif tambahan untuk anda supaya anda akan lebih kerap berjalan setiap hari.

~ Berjalan merupakan cara yang paling mudah dan selamat untuk bersenam semasa kehamilan.
~ Ia boleh memastikan jantung anda sihat dan otot anda kuat. Ibu yang kuat lebih mampu memenuhi keperluan sebagai seorang ibu.
~ Ia membolehkan anda mendapat kelahiran dengan lebih mudah dan cepat.
~ Ia membakar lemak, dan mengelakkan daripada mendapat berat badan yang terlampau.
~ Ia memastikan badan anda sihat dan memberikan perlindungan daripada diabetes gestasi dan pra-eklampsia.
~ Anda akan lebih mudah bersenam selepas anda mendapat bayi kerana anda sudah mempunyai rutin senaman yang tetap.
~ Ia dapat melegakan sembelit.
~ Semua orang boleh melakukannya dan ia merupakan sesuatu yang ada boleh lakukan untuk diri anda sebelum anda fokus kepada bayi anda.
~ Ia boleh menolong anda untuk menjadi lebih tenang dan menjauhi daripada kebimbangan yang disebabkan oleh perubahan hormon semasa kehamilan.

Walaupun berjalan tidak memerlukan latihan atau rutin tertentu, beberapa tip ini boleh menolong anda semasa waktu kehamilan yang lama.

Perhatikan langkah anda

Mula-mula, pastikan tanah tersebut rata dan tidak ada apa-apa yang boleh menyebabkan anda terjatuh. Sentiasa berhati-hati yang boleh menyebabkan anda terjatuh. Sentiasa berhati-hati dan pakai pakaian yang selesa dan tali pinggang materniti di bawah perut anda untuk penjagaan dan sokongan yang lebih.

Berhati-hati dengan posisi anda

Salah satu perkara yang anda harus ingat ialah posisi. Semasa anda berjalan, pastikan anda meletakkan bahagian bahu anda ke belakang dan siku anda berdekatan dengan badan dan bengkok. Amalkan memegang tangan dengan penumbuk ringan seperti anda sedang memegang telur dan berada di posisi yang betul.

Anda boleh mula berjalan dengan langkah yang perlahan untuk mengelakkan kecedaran yang tidak dijangka pada bahagian pinggul dan pelvis. Bahagian ini adalah sedikit sensitif dan regang disebabkan oleh hormon yang dihasilkan semasa kehamilan. Melakukan sedikit regangan sebelum dan selepas anda habis berjalan boleh menolong meregangkan otot dan sendi dan menjadikan anda lebih tenang.


sumber info : majalah mami & baby, Jun 2010

nota : nampaknya kena rajin berjalan nie.. tapi minggu depan dah masuk bulan puasa.. berjalan dalam pejabat je la.. hehehe..

Photobucket

Tuesday, August 3, 2010

~ Jom Baca Buku : Detik Kelahiran Si Permata Hati ~

Tajuk : Detik Kelahiran Si Permata Hati
Pengarang : Mazneera Zainal
Bil. Muka Surat : 174 ms



satu lagi bahan bacaan yang aku baca semasa mengandung, buku ni dah lama beli semasa mengandungkan aleya dulu.. buku ni mengisarkan tentang pengalaman ibu-ibu yang bersalin.. ada yang dari Malaysia dan Luar Negara.. seronok baca buku ni sebab sekurang-sekurangnya kita ada persediaan dari segi mental untuk menghadapi saat saat kelahiran yang kita tak pasti macam mana keadaan nya nanti..


Antara tajuk - tajuk yang terdapat dalam buku ni..
a) Pengalaman Melahirkan Secara Normal
b) Pengalaman Melahirkan Secara Caesarean
c) Teknik-teknik Natural Childbirth

Selamat Membaca..


Photobucket

Wednesday, July 21, 2010

~ Jom Baca Buku : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya~

Tajuk Buku : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
Pengarang : Kumpulan Penyusuan Susu Ibu WP Putrajaya dan Kuala Lumpur
Bil. Muka Surat :54 ms


Buku ni dah lama aku beli, bulan 4 tahun ni rasenye. Aku beli buku ni pun bila telah disuggestkan oleh member aku Az. aku beli buku nie kat kedai ni aje, order online n amik sendiri kat kedai dia, kedai pun takda la jauh sangat, berdekatan dengan pasar borong selangor, sri kembangan. Harga buku ni cuma RM 10 sahaja.

Macam-macam info penting yang kengkawan boleh dapat bila baca buku ni, especially yang memang nak BF anak masing-masing walaupun kita sedang bekerja. Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ni ialah:-

a) Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan
b) Latihan Memerah
c) Cara Menyimpan Susu Perahan
d) Tips tips sokongan dari para suami dan lain-lain lagi


Isi kandungan buku ini juga terdapat gambar-gambar yang berwarna dan memudahkan untuk kita faham dan praktikkan.. Insyaallah.. memang berbaloi-baloi kata orang..

Ini antara tajuk-tajuk dalam buku ni yang aku snap, kalo nak tengok lebih banyak lagi.. silalah beli yer..


Sejak pregnant 2nd baby ni aku memang dah berazam nak breastfeed sekurang-kurangnya target selama 2 tahun. Masa aleya dulu sempat jugak BF, tapi disebabkan kurangnya ilmu BF masa tu dan kalo tak silap aku sampai 5 @ 6 bulan rasenya aleya sempat BF.. ermm, kesian aleya.. maafkan ibu ye sayang. Jadi untuk 2nd baby ni, memang dah berniat dan berazam nak BF, yang penting sokongan daripada En. Hubby amat penting.. lepas ni tak payah bangun malam ye bang, tak payah bancuh susu anak.. Insyaallah, doakan saya yer kawan-kawan..

oleh kerana sebab itula, bila je dapat tahu pregnant 2nd baby ni terus aku cari maklumat kat internet, tanya kawan-kawan yang breastfeed anak masing-masing especially Az (blog dia aku jadikan sumber semangat aku nak BF 2nd baby.. thanks Az..) hehehe.. nanti aku kaco ko lagi Az pasal BF nih.. jangan marah haa..

kalau ada di kalangan kengkawan blogger yang tahu mana-mana laman web, blog ke, forum ke yang mengenai Penyusuan Susu Ibu ni, minta tinggalkan link yer.. terima kasih atas bantuan kengkawan semua.. ;)


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin