~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label raya stories. Show all posts
Showing posts with label raya stories. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

~ Tak Sah Kalau Raya Aku Tak Dapat Makan Menda Nih.. ~

Masa cuti hari malaysia yang lepas.. masih lagi mood raya kan.. aku lepak kat umah mak aku dan nie yang aku request kat mak aku.. aku suka makan menda nie.. memang makanan feveret aku lagi2 time raya.. raya tahun ni kan kat Ipoh, so tak merasa la nak makan makanan nie.. orang Ipoh suka makan pulut (lemang, ketupat palas, ketupat pulut..) kalau salah tolong betulkan yer.. :) kalau aku pulak tak sah kalau raya takda makanan nie..

nie la makanan yang aku gila sangat.. ketupat nasi original, yang dianyam dengan daun ketupat original bukan yang dalam plastik yer dan ayam masak palembang (makanan orang jawa belah mak aku.. feveret seisi keluarga)..

ketupat nasi original.. dianyam oleh mak aku..


ayam masak palembang.. air tangan mak aku gak..

nie aku tepek gambor yer.. ermm memang sedap.. marvelous ayam masak palembang nie.. uishh aku kalau ngadap menda ni sorang.. silapharibulan ayam seekor pun abis pehh.. makan ke melantak.. ada yang terliur ker.. ampun ya.. bukan niatku... hehehe...

sepinggan untuk aku.. baru 1st round.. 2nd round, 3rd round dan round seterusnya x amik pics pun.. hehehe...



Photobucket

Wednesday, September 22, 2010

~ Raya Ketiga.. 3 Syawal.. Perjalanan Pulang Ke Putrajaya.. ~

last n3 pasal beraya di ipoh.. layannn...

12.9.2010 [Ahad]

Pejam celik pejam celik.. dah raya ke-3 rupanya.. sekejap je rasa duduk kampung.. hari ni kitorang dah nak balik Putrajaya.. awal-awal pagi dah bertolak dari Ipoh, seawal 7.30 pagi.. nie gara-gara nak mengelakkan jem kat lebuhraya, tengok berita kat tv3 malam tadi pemberita bagitau kenderaan akan dijangka banyak hari ini.. kitorang tak nak mengambil sebarang risiko tersangkut di tengah-tengah kesesakan jalanraya.. lagi lagila aku yang tengah memboyots ni sakit pinggang duduk dalam kereta lama-lama.. kitorang hanya singgah kat RnR Behrang itupun sebab nak terkencing.. Aleya lagila start masuk je lebuhraya tido sepanjang jalan, dah masuk KL barula terkebil-kebil bangun sengih-sengih...

Bila dah sampai Putrajaya, kitorang tak terus balik umah, pergi cari makanan pulak.. lapar anak beranak, singgah Presint 9 cari kedai mamak beli 2 bungkus nasi goreng ayam dan 1 bungkus mee goreng ngan 2 bungkus air fresh oren.. selepas dah beli makanan baru la gerak balik rumah, sampai je rumah sunyi giler, parking pun kosong ramai lagi orang tak balik dari kampung.. mungkin diorang amik cuti sampai hari jumaat agaknye, maklumlah hari khamis tu kan cuti hari malaysia..

kitorang balik awal sebab esoknya (13hb) aku ada checkup pregnancy.. tapi selepas je abis checkup nak pergi damansara pulak umah mak aku, nak antar si aleya duk sana sementara menunggu aku bersalin nant.. dan nak sambung beraya di damansara pulak.. hehehe..

nota : n3 nie xde gambor.. malas nak amik...


Photobucket

~ Raya Kedua.. 2 Syawal.. Majlis Bertunang SIL ~

11.9.2010 [Sabtu]

Raya ke-2.. hari nie kitorang takda pergi mana-mana pun oleh kerana hari ni adik ipar aku aka adik mr hubby ku yang no. 4 akan bertunang.. so ada majlis kecil kecilan sikit.. ada jugak yang datang untuk beraya..

Dari pagi memang agak sibuk sikit sebab hidangan untuk tetamu adalah masakan sendiri.. ketupat palas + ketupat pulut pun masih ada lagi.. cuma tambah menu soto jer.. alhamdulillah.. habis..

Pihak lelaki datang dalam pukul 12 tghari.. ngam ngam tengahari memang time makan.. hehehe.. pihak lelaki memberi sebanyak 7 dulang hantaran dan di balas oleh pihak kami sebanyak 11 dulang.. kitorang banyak bagi kuih raya aje termasuk pulut kuning.. hehehe.. maklumlah nama pun raya kan...

n3 kali nie malas nak cerita panjang.. layan gambor jela yer.. mana-mana yang sempat snap aje..

bgambor bersama maksu kecik.. sengih jer si aleya..

loving couple.. ngape abang sengih camtu ek..

wit my SIL yang bertunang.. hehehe.. mak yong yang nak interprem jugak..

pihak lelaki sedang berbincang.. sekejapan jer.. telah diputuskan diikat selama setahun je.. insyaallah tahun depan bulan 11 majlis berlangsung..

bincang sudah.. sesi sarung cincin pulak.. Selamat Bertunang ye dak Intan.. jaga perhubungan tu elok-elok yer.. ada masalah bawak berbincang bersama-sama yer...

bincang sudah.. sarung cincin pun sudah... apalagi makan time pulak... dalam plastik kuning tu, hantaran dari pihak pompuan ke pihak lelaki yer.. simple aje.. bungkus-bungkus.. save bajet..

nota : next n3.. 3 syawal.. balik ke Putrajaya..


Photobucket

~ Raya Pertama.. 1 Syawal.. ~

10.9.2010 [Jumaat]

"Berlalulah sudah Ramadhan.. Sebulan Berpuasa.. Tiba Syawal kita rayakan.. Dengan rasa gembira..."

Alhamdulillah... tahun ini penuh puasa aku walaupun tengah sarat ni.. syukur :) Hari ni hari raya.. awal-awal pagi dah bangun, semangat raya ok.. sementara mr. hubby bersiap nak pergi menunaikan sembahyang raya.. aku sibuk mengejutkan si aleya.. sekarang ni bukan main susah lagi nak bangun pagi yer.. jenuh jugak yer.. adik2 ipar perempuan yang ada nie sibuk di dapur dan menyiapkan juadah hidangan pagi raya.. hehehe...

Bila je kaum lelaki dah keluar untuk sembahyang raya, time nie masing2 pompuan-pompuan pulak nak mencantikkan diri hahaha.. aku pulak sibuk melayan si anak dara ni hah yang susah nau nak suruh pakai baju kurung.. itupun setelah dipujuk dan bile nengok maksu keciknya pakai baju kurung barula dia sibuk2 nak pakai jugak.. aku pulak simple aje di pagi 1 syawal nie.. pakai jubah aje ok.. tahun nie memang takda tema.. semua rojak.. mr. hubby pakai baju melayu kaler purple (tahun lepas punya), Aleya pakai baju kurung cotton kaler biru dan aku pakai jubah coklat aje.. hehehe... jadila kan daripada takda..

gambar raya kami... cer tgok aleya posing.. sabor jela..

aleya wit opah.. bodek kuat nih... nak uwit ayer.. hehehe..


Bile kaum lelaki dah balik dari sembahyang raya, aktiviti kami seterusnya adalah menjamu hidangan juadah raya dan selepas itu sesi bermaaf maafan.. wahhh... bab nie yang syahdu nih.. huhuhuh... gambor aku tepek sekeping je yer.. yang lain xjadi.. mr. hubby x pandai nak ngambik gambar pkai hp aku nih.. pastu xde sape yang nak ngambik gambor.. sian kat aku kan.. selepas selesai sesi bermaaf maafan dan sesi bagi duit raya.. kami bergerak untuk beraya di rumah maklang pulak.. sementara itu mr. hubby dan adik2nya pergi menziarah kubur arwah bapanya.. bukan aku tak nak ikut, tapi tak di bagi ikut.. tengah sarat2 nie masuk hutan.. tak elok katanya.. ermm.. lama gak kami duk lepak di rumah maklang sambil menunggu mr. hubby balik..

mr. hubby bersalam dengan mama.. huhuhuh... nangis ke bang..

masa ni baru sampai umah mak lang.. belum apa2 aleya dah ngadap kuih ok.. siap bersila lagi.. abis terang kerepek2 dalam tue.. huhuhuhu...


bile mr. hubby n adik-adiknya dah sampai.. sambung makan lagi.. hehehe.. masing-masing kelaparan.. dah selamat beraya di rumah mak lang kitorang pun terus balik rumah sebab mr. hubby nak bersiap pergi sembahyang jumaat pulak..

ikut planning awal selepas je sembahyang jumaat nak pergi beraya rumah member mr. hubby n rumah member aku kat kem PGA tu.. tapi tak jadi sebabnye aleya dah tido hinggala ke aku pun terlelap sampaila ke petang nyer.. bile dah petang dah malas nak kuar jejalan.. tetamu pun silih berganti datang kat umah mama.. last last duk umah jer melayan tetamu... raya pertama kitorang xdela nak g mane2 pun... :) melayan tetamu sajorkk..

nota : next n3.. 2 Syawal.. adik ipar bertunang..

Photobucket

Tuesday, September 21, 2010

~ B4 Raya (9.9) Last Puasa ~

9.9.2010 [Khamis]

Hari nie last day puasa yer.. sib baik tak raya ari nie tau.. hehehehe... bukan main kecoh khabar angin tu kan.. hari ni mama mertuaku sibuk membuat juadah untuk hari raya esok.. awal-awal lagi dia dah beli barang nak masak untuk raya tau.. seawal hari rabu tempohari katanya.. juadah yang diorang nak masak mak yong tukang makan je yer.. ketupat palas, ketupat pulut, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang.. lemang tahun ni tak buat tapi dapatla jugak kan merasa 5 batang lemang itupun sedara mara yang terdekat bagi.. layan pics yang aku amik masa diorang sibuk2 menganyam ketupat palas k.. aku tukang amik gambar je.. nampak cam senang.. tapi kalau bagi orang yang tak biasa cam aku nie jenuh gak nak menyiapkan satu ketupat palas tu...

tunjuk ajar ku sifu.. mama mertua sedang mengajar salah seorang adik iparku..

sesi menganyam ketupat palas.. serius je muka mama tu..

ketupat palas n ketupat pulut yang telah siap diisi dan tunggu untuk dikukus...


Selepas zohor kitorang keluar pergi Greentown lagi sekali, kali nie memang ada tujuan yang perlu disettlekan sebelum hari raya esok.. nak kena pegi bayar bil yang terkurang bayar tempohari.. camne leh terkurang bayar pulak kan? ni gara-gara aku terima bil lambat dan aku tak tau jumlah yang sepatutnya kena bayar, so sebelum balik kampung tempohari aku pakai taram jela bayar berapa pun.. sekali pihak bank telepon la pulak masa aku kat kampung diorang bagitau yang aku terkurang bayar dan suh aku bayar jumlah yang terkurang tu.. bukan salah aku k.. yang korang lambat antar bil tu pesal plak kan.. nasib baiklah ada cawangan bank tu kat Ipoh nie, kalau idak jenuh nak mencarinya.. ok, berbalik kepada cerita asal yer..

Selepas selesai urusan kat bank tersebut.. aku tengok ramai pulak orang kat pekan Greentown nie, bukan macam semalam masa aku baru sampai sini.. mungkin hari nie orang mengambil kesempatan shopping last minit kot.. aku takdala beli apa2 rasenya macam dah cukup aje, sebab semalamnya dah soping sikit.. mr. hubby pun bawak je la kereta ronda-ronda pekan ipoh..

Petangnya pulak terjah PARAM lagi ok tapi kali nie dah tak ramai orang meniaga, maklumlah besok dah nak raya kan so peniaga pun nak kena buat persiapan jugak.. malamnyer selepas berbuka mr. hubby ajak g pekan tanjung lagi nak jalan-jalan sambil menikmati suasana malam raya dan nak mencari songkoknya itu.. gara-gara tertinggal songkok kat Putrajaya.. , sebelum pergi ke pekan tanjung, mama mertuaku mintak hantar dia ke rumah mak lang.. nak bincang seperkara untuk majlis pada hari raya ke-2 nanti..

Suasana malam di pekan tanjung nie pun meriah jugak.. mana yang jual kuih raya abis dilelongnya dengan harga murah.. ada gerai jual tudung.. ada gerai jual seluar bundle.. setelah jenuh menapak ke setiap gerai terjumpa gak la gerai yang menjual kopiah dan songkok.. so, dah try macam-macam size akhirnya dapat la songkok idaman hati dengan harga yang murah.. belum sempat mr. hubby nak tawar menawar pakcik yang jual songkok tu dah bagi diskaun harga murah... Alhamdulillah.. murah rezeki pakcik tu akhir-akhir ramadhan ni kan..

mr. hubby ketika memilih songkok kegemaran..


bila dah dapat apa yang dihajati, kitorang pun balik la, singgah amik mama mertuaku di rumah maklang dan singgah lagi gerai MARA berhadapan dengan UK RAYA.. banyak benor tempat penyinggahan kan.. ada jualan lelong kuih raya.. bila tanye kat adik yang menjual tu, harga bagi 3 bekas adalah RM10.00 dan kalau amik 7 bekas dia bagi RM20.00.. ermm murah ker? Alaa..bekasnya pun kecik aje tak sampai 30 biji kuih agaknya dalam tu.. bile dah penat-penat singgah kan haruslah beli ye dak.. takdela beli banyak benor, aku beli 3 bekas jer.. cukupla.. kuih raya dah banyak dah kat umah mama..

nota : next n3.. 1st raya..

Photobucket

~ B4 Raya (7 & 8.9) Perjalanan Balik Kampung.. ~

* Sori yer.. aku baru nak update n3 sebelum n selepas raya nie.. semua n3 mengenai raya adalah auto publish yer, di karang diwaktu malam.. kat opis x sempat..

7.9.2010 [Selasa]

Hari Selasa mr. hubby dah cuti dan aku masih bekerja lagi.. ari selasa tu aku minta ijin ngan big boss nak amik separuh hari sebab aku pun tak kemas ape2 pun lagi nak balik kampung esoknya, tengahari tu dapat la balik rumah dan kemas apa2 yang patut.. sib baik mr. hubby rajin menolong.. siap2 kemas je.. lepas je opis hour tu terus kitorang amik aleya yang masih kat taska dan terus balik ke rumah mak aku di Damansara Utama, tau tau je la kan.. petang-petang lepas waktu bekerja, memang kenderaan banyak sangat.. semua nya berpusu-pusu nak balik ke rumah nak bukak puasa, tu belum lagi yang pergi ke PARAM saat-saat akhir bulan puasa nie.. akhirnya kitorang sampai kat umah mak aku dalam pukul 6.30 petang.. jenuh menempuh jem...


8.9.2010 [Rabu]

Selepas subuh, kitorang bersiap dan bertolak dari Damansara Utama ke Ipoh dalam pukul 7.30 pagi, kitorang hanya berhenti di RnR Tanjung Malim sebab dah tak tahan sangat nak terkucil.. kenderaan agak banyak masa tu tapi perjalanan lancar..

on d way to Ipoh.. mr. hubby kusyuk memandu.. nie pun aku minta dia wat PEACE..

tuan punyer blog harus ado.. nak gak interprem..

anak dara yang tido sepanjang jalan.. ngantuk sangat la tu.. lagi2 kene aircon sedapla dia tido.. hehehe...

dah nak masuk tol ipoh selatan... x banyak kereta lagi kan..

sampai ipoh lebih kurang dalam pukul 12 lebih jugak dan kitorang singgah bandar Greentown Ipoh cuci mata kat kedai2 tepi jalan tu.. cantik2 baju yang tergantung kat situ.. memang banyak yang berkenan tapi kena la tahan nafsu sikit.. aku hanya rembat 1 blouse n 2 helai tudung aje.. tahun ni takda baju raya untuk aku.. kesian kan.. selepas puas hati dan dapat apa yang sepatutnya, kitorang teruskan perjalanan balik ke rumah mama mertuaku di Bercham Raya, Ipoh.. kitorang sampai dalam pukul 2 petang agaknya... perghhh.. penat giler.. bukan penat aper.. penat berjalan n duk dalam kereta lama sangat.. so, rehat2 la kejap kat umah..

Dalam pukul 4 petang.. mr. hubby ajak jejalan ke Giant.. macam la kat kl takda Giant kan.. kitorang takde beli ape2 pun, just cuci mata.. jalan2..pastu terus balik.. umah mama mertuaku dekat ngan PARAM, so kitorang jalan lagi kat PARAM taman bercham raya tu, cam biasa misi aku nak cari KUIH TAKO kegemaranku itu.. memang bernasib baik ok, jumpa jugak kuih itu.. sekali mama mertuaku belasah sampai RM5.00 beli kuih tu.. tak sempat bayar mama mertuaku dah bayar dulu.. hahahaha... dia tau menantu kesayangannya suka makan kuih tako itu..

kuih TAKO dari PARAM Taman Bercham Raya, Ipoh... sedapppp....

Juadah berbuka di rumah mama mertuaku... Alhamdulillah..


Bile dah selamat berbuka puasa.. pakat dok ramai2 depan tv nak dengar pengumuman raya samada jatuh hari khamis @ hari jumaat.. sekali raya jatuh pada hari jumaat.. Alhamdulillah takdala kelam kabut orang nak buat persiapan raya kan.. hehehehe...

pengumuman raya sedang diumumkan... sompek laie snap gambor ni yek.. :)

nota : next n3.. sehari sebelum raya...

Photobucket

Monday, September 13, 2010

~ Kad Ucapan Salam Aidilfitri ~

STICKY MODE N3

*n3 baru sila scroll ke bawah ye :)


Buat semua kengkawan yang mengenali diri ini, especially kengkawan bloggers dan sesapa yang rajin menyinggah ke blog ku ini.. silalah terima kad ucapan hari raya ini.. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan pengertian..



Photobucket

Wednesday, September 8, 2010

~ Dah Mula Cuti Raya Dah ~

Nie n3 auto publish yer..
Malam tadi jenuh naip ok..

Hari nie aku dah start cuti raya yer..
So, blog pun dengan rasminya aku bagi cuti rehat la jugak..
Aku mula bercuti hari ini (Rabu) sampai Isnin depan..
Maknenyer hari selasa.. Insyaallah, akan masuk opis semula..
Kalau aku masih belum bersalin, akan ku hapdet cerita masa raya ok..
Dan sekarang kami ondway balik kampung di Ipoh..
Tahun nie beraya belah suami yer..
Sape2 yang dok Ipoh tu mehla jemput ke rumah..

Malam nie pakat2 duk depan tv yer..
Samada esok raya @ jumaat raya..

So, kesempatan ini.. aku nak ucapkan sekali lagi..
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kengkawan yang mengenali diri ini..
Kengkawan blogger yang setia membaca blog ku ini.. cewahhh...
Maaf dipinta sekiranya ada diantara n3 n3 aku yang telah menyinggung perasaan korang walaupun ianya tidak disengajakan..
Kepada yang ingin pulang ke kampung.. berhati hati di Jalanraya.. ikut peraturan yang telah ditetapkan ok..



Photobucket

Tuesday, September 7, 2010

~ Baju Raya Si Anak Dara Ku ~

Orang lain dah siap tepek2 baju raya..
hehehe.. aku baru nak tepek ni hah..
tapi baju raya si aleya aje..
ibu n ayah tak beli ape pun.. huhuhuh..
cuma aku dpat la rembat sandal kat BATA sepasang utk aku..
kali ni soping memang save bajet punyer..
huhuhuh...

Cam biasa last 2 week, kitorang g shopping baju casual untuk Aleya..
Baju untuk g jejalan..
Baju kurung dah lama beli dah sebelum puasa lagi..
Kasut aleya pun x beli pakai yg tahun lepas aje..
Baru pakai berapa kali.. hehehe...
Meh la aku tepek apa yang sempat di rembat..
Kitorang shopping kat Carre4 n Giant aje..

Jadilaa kan.. ;)

~ baju kurung 2 pasang (oren n biru), tahun ni xde tema.. tema rojak aje.. ~

~ 3 pasang baju jalan utk anak dara ku ~

Photobucket

~ Hamper Hari Raya ~

Morning uollsss...
Alhamdulillah hari nie hari yang ke 28 kita berpuasa..
Masing2 hati sudah di kampung yer..
Ermmm... dah ada yang cuti ke?
Pada yang dah mula bercuti tu..
Selamat pulang ke kampung halaman yer..

okla.. sebenarnya n3 dah lama tapi baru nak publish ari nie..
macam tahun lepas opis aku akan bagi hamper kat semua kakitangan ibu pejabat..
tapii.. yang tak bestnyer.. kali nie nyer hamper very da simple.. x cukup bajet kot... huhuhuhu...
kalau cam tahun lepas meriah jugak kan.. banyak gak isi dalam nyer...
heheheh... apa2 pun, aku ucapkan terima kasih pada pengurusan hamper nie...
apa kata.. tahun depan korang bagi duit raya plak kat kitorang nie...?
huhuhu...

niela rupanya hamper yg diterima.. beg kertas ajer.. nak tau isi dalam nyer aper..
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

tadaaaa.........

~ blueberry tart, coklat, popia gulung n sekotak air mangga ~


nota : coklat, popia n air mangga tu udah habis di makan n diminum... x sampai raya pun..

Photobucket

Friday, September 3, 2010

~ Zakat Fitrah ~

~ mr. hubby + aku + aleya + mama mertuaku ~


Alhamdulillah.. semangat raya semangat jugak kan..
Tapi tanggungjawab menbayar Zakat Fitrah jangan sesekali dilupakan..
Nanti last last minit sebelum solat raya ada yang terhegeh hegeh nak pergi bayor yer..
No.. no.. no.. janganlah macamtu..
Apa salahnya luangkan sikit masa untuk membayar zakat fitrah tu..
Sekarang nie kat mana mana pun dah ada tempat nak membayar zakat fitrah tu..
Kat soping kompleks pun ada..
Kat bazar ramadan pun ada..
Kat masjid.. surau..

So, takde alasan ye untuk yang tak da masa nak g bayar zakat fitrah..

Nota : Jangan lengah lengahkan ye..


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin