Sekarang dah masuk musim cuti sekolah.. Cuti seminggu je pun.. Aleya dah di pos ke rumah maktoknyer weekend baru ni.. Semalam petang sempat potong rambut kak aleya, dah naik rimas ibu tengok rambut kakak nie, kalau jenis yang suka berikat takperla, nie payah betul, dah nampak cam serabai aje... So, bincang bincang dengan en. hubby akhirnya potong gak rambut kakak.. Potong kat saloon tu, kat umah mak mahal la plak, untuk budak rm15 sekepala.. Bg saya mahal gak tu.. Ingatkan kalau murah nak gak la tumpang sekepala, bile dh mahal je camtu tak jadila plak.. Takperla lain kali je.. Balik ipoh la nanti potong..
Kan nampak comel jer biler potong... Sib baik tak merajuk rambut dah pendek... Kalau merajuk jenuh pulak nak g sambung rambut panjang kakak tue... Huhuhu... Layann je picas...
~ mai aka ibu AL ~
~:: Kata Tuan Umah ::~
Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.
Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.
Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..
Wassalam... "
~:: B My Frenz ::~
Monday, March 12, 2012
~ Aleya New Hair Cut ~
Sunday, February 26, 2012
~ Petang Di Hari Sabtu ~
Kitorang balik dari ipoh sabtu pagi.. Kitorang tak terus balik Putrajaya dan terus singgah umak mak kat sungai buloh.. Biasala kalo tak singgah tak sah kan.. Hehehe... Sampai sungai buloh dah tengahari, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan diwaktu tengahari melainkan makan dan tidur...
So, diwaktu petang mak tok memulakan sesi menanam pokok bunganya yang baru dibelinya pada pagi tersebut.. Nak tanam bunga pun ada model gak ek... Layan jerla picas.. Anak dara sorang ni kalau diajak bergambar bukan main lagi mood tgh baik... Gambor yg sempat ditangkap masa tanam bunga lily.. Pastu selain tu jugak mak tok ada tanam halia, pokok cili, lidah buaya n lain lain.. Seronok pas nie kakak menyiram pokok bunga yer.. Maklumlah dekat umah sendiri takde, lagipun umah apartment payah sikit nak tanam pokok.. tunggula nanti kalau kita dapat umah bawah ye kakak.. Aminnn..
Nota : tanam pokok kena tunggu mood rajin.. Boleh cenggitu..
~mai aka ibu AL~
Friday, February 24, 2012
~ Jam Tangan Lagi.. ~
Pagi tadi jalan jalan jap kat greentown, jalan jalan kat dalam GM, tak ramai lagi masa nie, awal benor n sempatla makan makan ringan kat foodcourt... Masa jejalan tu ternampakla kedai jam n anak dara sulung saya nie pantang tgok orang jual jam.. Dier pun sbukla nak beli jam barbie... Jam barbie... Kat umah tu dah macam macam jenis... Macam macam kaler yang ibu tengok... pakai sekejap jer pastu buat main yang lebih... Sepah sepah aje, tak reti nak simpan balik.. Geram jer ibu nengok kakak nie..
Tengokla gambor kat atas tu... Bukan main senyum sampai ke telinga masa ibu amik gambor nie... Sronok la tu dapat jam tangan baru.. Kalo tak dapat, menangis je la kojenyer nanti... Nasibla yang si adik tu tak pandai minta apa apa lagi... Tunggula besar sikit nanti hrmmm.... Lebih kurang je ngan kakak..
Nota : ibu pun tak pakai jam tangan.. tak selesa nak buat kerja kat pejabat, asyik berlaga ngan keyboard je kalau menaip tu..
Friday, February 17, 2012
~ Penat Sangat Rasanya ~



Thursday, February 16, 2012
Tuesday, February 14, 2012
~ Bila Mereka Bergurau ~
Monday, February 13, 2012
Friday, February 10, 2012
~ Bag Tag : ALEYA & LAILA ~
~ Bila Dia Verangan Sambil Berkasut Tinggi Ibu ~
Wednesday, February 8, 2012
~ Kolam mandi Di Rumah Mak Tok ~







