~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Persediaan Bulan Ramadhan

Kurang seminggu lagi kita semua akan menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...
Syukur Alhamdulillah...
Mane yang belum diganti puasa nyer...wajibla diganti yer...

Nak share sesuatu masa baca emel pagi tadi...
Dan berkesempatan ni... mrsnano family nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa serta tunaikanlah kewajipan dengan penuh tawadhuk semoga diberkati oleh Allah SWT... Insyaallah...

"Wahai orang-orang yang beriman..."

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan : Ertinya panas terik
2) Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain lain ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihna Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur).
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki.
8) Memberi berbuka banyak pahala.
9) Bulan keampunan :-
 - Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam
 - 10 hari pertama adalah mulanya rahmat.
 - 10 hari pertengahan - pengampunan.
 - 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid /surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupn pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solah Rawatib
18) Jaga pancaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama orang tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap dan perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar siar yang menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

petikan sumber : Emel..
Photobucket

Friday, August 26, 2011

~ Menu Berbuka Puasa... ~

Masa berlalu begitu pantas.. sekejapan je dah nak raya... rindu ramadhan bertandang lagi... meh sini nak tepek menu-menu masa berbuka puasa... kebanyakan menu adalah dari umah ibunda... hehehe.. umah sendiri idokla ada...

* Amaran Awal!
n3 nie akan mengandungi gambar-gambar yang mengiurkan... hehehe...




***************************************************************************



*********************************************************************



********************************************************************



*****************************************************************************

Menu Puasa 21




nota : Syukur Alhamdulillah... rezeki yang diberikan..



Photobucket

Wednesday, August 10, 2011

~ Hasil EBM : Minggu Pertama Puasa ~

Alhamdulillah.. dah seminggu lebih kita berpuasa..
Laila masih lagi bf sampai skrang.. dah 10 bulan dah..
Sekarang hanya susu ibu yang fresh aje dibekalkan ke TASKA (Hari ni perah.. sok antar TASKA).. Alhamdulillah masih diberi kemampuan dan rezeki kepada Laila..
Insyaallah.. akan diteruskan lagi..
Sejak mula berpuasa tempoh hari, jadual pengepaman saya di opis sudah berubah..

Sesi Pertama : Sahur
Sesi Kedua : Di Pejabat
Sesi Ketiga : Sebelum Tidur

Hari Pertama je saya keletihan... flat giler.. lepastu dah ok dah...

So, bulan puasa ni tak mau cerita banyak la.. u alls layan je gambar yer.. pic2 ebm yg diperah dipejabat sepanjang minggu lepas (puasa)..


nota : Syukur Alhamdulillah...



Photobucket

Tuesday, September 21, 2010

~ B4 Raya (9.9) Last Puasa ~

9.9.2010 [Khamis]

Hari nie last day puasa yer.. sib baik tak raya ari nie tau.. hehehehe... bukan main kecoh khabar angin tu kan.. hari ni mama mertuaku sibuk membuat juadah untuk hari raya esok.. awal-awal lagi dia dah beli barang nak masak untuk raya tau.. seawal hari rabu tempohari katanya.. juadah yang diorang nak masak mak yong tukang makan je yer.. ketupat palas, ketupat pulut, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang.. lemang tahun ni tak buat tapi dapatla jugak kan merasa 5 batang lemang itupun sedara mara yang terdekat bagi.. layan pics yang aku amik masa diorang sibuk2 menganyam ketupat palas k.. aku tukang amik gambar je.. nampak cam senang.. tapi kalau bagi orang yang tak biasa cam aku nie jenuh gak nak menyiapkan satu ketupat palas tu...

tunjuk ajar ku sifu.. mama mertua sedang mengajar salah seorang adik iparku..

sesi menganyam ketupat palas.. serius je muka mama tu..

ketupat palas n ketupat pulut yang telah siap diisi dan tunggu untuk dikukus...


Selepas zohor kitorang keluar pergi Greentown lagi sekali, kali nie memang ada tujuan yang perlu disettlekan sebelum hari raya esok.. nak kena pegi bayar bil yang terkurang bayar tempohari.. camne leh terkurang bayar pulak kan? ni gara-gara aku terima bil lambat dan aku tak tau jumlah yang sepatutnya kena bayar, so sebelum balik kampung tempohari aku pakai taram jela bayar berapa pun.. sekali pihak bank telepon la pulak masa aku kat kampung diorang bagitau yang aku terkurang bayar dan suh aku bayar jumlah yang terkurang tu.. bukan salah aku k.. yang korang lambat antar bil tu pesal plak kan.. nasib baiklah ada cawangan bank tu kat Ipoh nie, kalau idak jenuh nak mencarinya.. ok, berbalik kepada cerita asal yer..

Selepas selesai urusan kat bank tersebut.. aku tengok ramai pulak orang kat pekan Greentown nie, bukan macam semalam masa aku baru sampai sini.. mungkin hari nie orang mengambil kesempatan shopping last minit kot.. aku takdala beli apa2 rasenya macam dah cukup aje, sebab semalamnya dah soping sikit.. mr. hubby pun bawak je la kereta ronda-ronda pekan ipoh..

Petangnya pulak terjah PARAM lagi ok tapi kali nie dah tak ramai orang meniaga, maklumlah besok dah nak raya kan so peniaga pun nak kena buat persiapan jugak.. malamnyer selepas berbuka mr. hubby ajak g pekan tanjung lagi nak jalan-jalan sambil menikmati suasana malam raya dan nak mencari songkoknya itu.. gara-gara tertinggal songkok kat Putrajaya.. , sebelum pergi ke pekan tanjung, mama mertuaku mintak hantar dia ke rumah mak lang.. nak bincang seperkara untuk majlis pada hari raya ke-2 nanti..

Suasana malam di pekan tanjung nie pun meriah jugak.. mana yang jual kuih raya abis dilelongnya dengan harga murah.. ada gerai jual tudung.. ada gerai jual seluar bundle.. setelah jenuh menapak ke setiap gerai terjumpa gak la gerai yang menjual kopiah dan songkok.. so, dah try macam-macam size akhirnya dapat la songkok idaman hati dengan harga yang murah.. belum sempat mr. hubby nak tawar menawar pakcik yang jual songkok tu dah bagi diskaun harga murah... Alhamdulillah.. murah rezeki pakcik tu akhir-akhir ramadhan ni kan..

mr. hubby ketika memilih songkok kegemaran..


bila dah dapat apa yang dihajati, kitorang pun balik la, singgah amik mama mertuaku di rumah maklang dan singgah lagi gerai MARA berhadapan dengan UK RAYA.. banyak benor tempat penyinggahan kan.. ada jualan lelong kuih raya.. bila tanye kat adik yang menjual tu, harga bagi 3 bekas adalah RM10.00 dan kalau amik 7 bekas dia bagi RM20.00.. ermm murah ker? Alaa..bekasnya pun kecik aje tak sampai 30 biji kuih agaknya dalam tu.. bile dah penat-penat singgah kan haruslah beli ye dak.. takdela beli banyak benor, aku beli 3 bekas jer.. cukupla.. kuih raya dah banyak dah kat umah mama..

nota : next n3.. 1st raya..

Photobucket

~ B4 Raya (7 & 8.9) Perjalanan Balik Kampung.. ~

* Sori yer.. aku baru nak update n3 sebelum n selepas raya nie.. semua n3 mengenai raya adalah auto publish yer, di karang diwaktu malam.. kat opis x sempat..

7.9.2010 [Selasa]

Hari Selasa mr. hubby dah cuti dan aku masih bekerja lagi.. ari selasa tu aku minta ijin ngan big boss nak amik separuh hari sebab aku pun tak kemas ape2 pun lagi nak balik kampung esoknya, tengahari tu dapat la balik rumah dan kemas apa2 yang patut.. sib baik mr. hubby rajin menolong.. siap2 kemas je.. lepas je opis hour tu terus kitorang amik aleya yang masih kat taska dan terus balik ke rumah mak aku di Damansara Utama, tau tau je la kan.. petang-petang lepas waktu bekerja, memang kenderaan banyak sangat.. semua nya berpusu-pusu nak balik ke rumah nak bukak puasa, tu belum lagi yang pergi ke PARAM saat-saat akhir bulan puasa nie.. akhirnya kitorang sampai kat umah mak aku dalam pukul 6.30 petang.. jenuh menempuh jem...


8.9.2010 [Rabu]

Selepas subuh, kitorang bersiap dan bertolak dari Damansara Utama ke Ipoh dalam pukul 7.30 pagi, kitorang hanya berhenti di RnR Tanjung Malim sebab dah tak tahan sangat nak terkucil.. kenderaan agak banyak masa tu tapi perjalanan lancar..

on d way to Ipoh.. mr. hubby kusyuk memandu.. nie pun aku minta dia wat PEACE..

tuan punyer blog harus ado.. nak gak interprem..

anak dara yang tido sepanjang jalan.. ngantuk sangat la tu.. lagi2 kene aircon sedapla dia tido.. hehehe...

dah nak masuk tol ipoh selatan... x banyak kereta lagi kan..

sampai ipoh lebih kurang dalam pukul 12 lebih jugak dan kitorang singgah bandar Greentown Ipoh cuci mata kat kedai2 tepi jalan tu.. cantik2 baju yang tergantung kat situ.. memang banyak yang berkenan tapi kena la tahan nafsu sikit.. aku hanya rembat 1 blouse n 2 helai tudung aje.. tahun ni takda baju raya untuk aku.. kesian kan.. selepas puas hati dan dapat apa yang sepatutnya, kitorang teruskan perjalanan balik ke rumah mama mertuaku di Bercham Raya, Ipoh.. kitorang sampai dalam pukul 2 petang agaknya... perghhh.. penat giler.. bukan penat aper.. penat berjalan n duk dalam kereta lama sangat.. so, rehat2 la kejap kat umah..

Dalam pukul 4 petang.. mr. hubby ajak jejalan ke Giant.. macam la kat kl takda Giant kan.. kitorang takde beli ape2 pun, just cuci mata.. jalan2..pastu terus balik.. umah mama mertuaku dekat ngan PARAM, so kitorang jalan lagi kat PARAM taman bercham raya tu, cam biasa misi aku nak cari KUIH TAKO kegemaranku itu.. memang bernasib baik ok, jumpa jugak kuih itu.. sekali mama mertuaku belasah sampai RM5.00 beli kuih tu.. tak sempat bayar mama mertuaku dah bayar dulu.. hahahaha... dia tau menantu kesayangannya suka makan kuih tako itu..

kuih TAKO dari PARAM Taman Bercham Raya, Ipoh... sedapppp....

Juadah berbuka di rumah mama mertuaku... Alhamdulillah..


Bile dah selamat berbuka puasa.. pakat dok ramai2 depan tv nak dengar pengumuman raya samada jatuh hari khamis @ hari jumaat.. sekali raya jatuh pada hari jumaat.. Alhamdulillah takdala kelam kabut orang nak buat persiapan raya kan.. hehehehe...

pengumuman raya sedang diumumkan... sompek laie snap gambor ni yek.. :)

nota : next n3.. sehari sebelum raya...

Photobucket

Thursday, September 2, 2010

~ Kuih Kegemaran Ku Di Bulan Puasa ~

Salam 23 Ramadhan.. makin dekat kita dah nak beraya yer..
mood nak kerja pun sudah merudum..
dalam pale otak ni asyik ingat nak raya aje..
bile dengar lagu raya lagilaa semangat raya tu berkobar kobar..
sape kate mak yong tak leh raya.. hah.. babab karang..
ok la n3 kali nie nak crita pasal kuih kesokaan aku di bulan puasa yer..
memang feveret k.. kalau boleh hari hari nak makan kuih yang sama aje..
tapi aje giler deme.. lingkup duit mr. hubby ku itu nanti, nak mlayan kerenah bininya ini.. hehehe...

KUIH TAKO

niela kuih favorite aku ok kalau tiba bulan puasa..
kat putrajaya nie susah nak dapat yang mengikut selera tekak ku ini..
kalau ade pun tepung pelita aje..
kuih tako ni kat bahagian bawah dia ada sengkuang yang kecik-kecik tu..
sedap wooo...
tak sabar nak balik ipoh minggu depan nak cari kuih ni..

picas : credit to mr. google

lagi satu kuih feveret aku..


SAMOSA

picas : credit to mr. google

yang ni pun aku memang suka ok..
rasanya dalam bulan puasa ni, boleh dikatakan hari hari makan samosa nie..
sedap weiii..
sib baik kat putrajaya ada menda nie.. hehehe..
kalo idak kempunan mak yong ni weii..

nota : korang suka makan kuih ape bile time pose cam ni? kalau x dapat cam nak merajuk aje ngan laki korang.. heheheh...


Photobucket


Wednesday, August 25, 2010

~ LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN ~

** Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya:"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.




Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

~ Esok Dah Gaji.. Kena Bajet La Pulak ~

Hari ni dah 24hb.. dah 14 hari kita berpuasa..
Esok dah 25hb... horrrayyy... esok gaji masyukk...
tapiiiiiiiiii....

Nampaknyer perbelanjaan bulan ni kena bajet bajet la yer..
Maklumlah gaji bulan 8 nie la nak guna untuk raya n lepas raya..
Doa doa la aku bersalin pas gaji bulan 9 nie..
Kebetulan gaji untuk bulan 9 pun memang pertengahan bulan..
Kenala pandai survive yer..
BONUS..!! cam xda je.. ermm.. takdala mengharap sgt.. tapi kalau dapat saguhati pun.. syukur...
Yang penting baju untuk Aleya kena sediakan jugak..
Baju kurung dah ada 2 pasang..
Tinggal baju untuk berjalan n kasut je..
Aku n Mr. Hubby pun tak tau lagi.. mungkin 2 pasang seorang..
Lagipun masa raya yang meriah nyer kanak-kanak kan..
Bukan selalu setahun sekali je raya..
Kuih raya.. last2 minit la beli..
Lagipun nanti dah balik kampung, leh cilok sikit kuih raya kat sana.. hampehnyer menantu..

Okla korang..
Selamat berbelanja dengan berhemah yer..
Jangan lepas raya nanti korek tabung ayam atau korek tabung anak...
Hehehe...


Photobucket

Monday, August 23, 2010

~ Menu Semalam (12 Ramadhan) ~

Haa... petang petang cam gini aku tepek n3 pasal makan-makan plak ek..
Sila jangan marah ye kawan-kawan..
Jangan terliur yer.. bukan salahku..
Lagi berapa jam je kan kita nak berbuka... harap bersabor...
Pagi tadi tak sempat nak cerita maklumlah ari ni kan ari senin..
Paham paham jela kalau dah kat pejabat nie hah.. sibuk di waktu pagi..
Lagi lagila kalau dah jaga Pengarah ni hah..
Nak kena update jadual pulak.. kot kot ada meeting ke appointment ke.. ermmm...

ok la.. menu semalam pun simple simple gak..
seperti yang dirancang.. jadi la pulak kan..
Layannn...

Lauk kari ayam.. panjang betul sayur bendi tu weiii...
telur dadar untuk aleya.. walaupun aku letak cili besor yang di potong.. laju je aleya makan.. tak pedas pun..

lauk tambahan.. sambal ikan bilis + kentang + suhun.. pedas n sedapp..

agar-agar laici yang aku taruk dalam cawan aiskrim.. laici nyer tak nampak.. tersorok kat bawah.. taruk dalam peti sejuk sedap niehh..
lastly.. bubur tepung sagu.. jiran sebelah bagi.. rajin betul sedekah makanan kat kami ye kak.. terima kasih berbanyak yer..

dan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

niela budaknyer yang tak puase.. dia yang makan dulu.. dia yang paling lambat habis.. heheheh... anak anak..



Nota : Alhamdulillah... Syukur... masing-masing kekenyangan.. apa plak menu untuk ari nie... ermm cam biasa la yer.. kalau tak masak PARAM je la jawapnyer bile masuk hari hari bekerja nie.. heheheh...


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin