~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

~ Opening Kedai Mrsnano~

Sticky Note

Salam semua.. Alhamdulillah.. jemput semua singgah di blogshop baru saya.. baru je start business nie..



Photobucket

Tuesday, September 7, 2010

~ Baju Raya Si Anak Dara Ku ~

Orang lain dah siap tepek2 baju raya..
hehehe.. aku baru nak tepek ni hah..
tapi baju raya si aleya aje..
ibu n ayah tak beli ape pun.. huhuhuh..
cuma aku dpat la rembat sandal kat BATA sepasang utk aku..
kali ni soping memang save bajet punyer..
huhuhuh...

Cam biasa last 2 week, kitorang g shopping baju casual untuk Aleya..
Baju untuk g jejalan..
Baju kurung dah lama beli dah sebelum puasa lagi..
Kasut aleya pun x beli pakai yg tahun lepas aje..
Baru pakai berapa kali.. hehehe...
Meh la aku tepek apa yang sempat di rembat..
Kitorang shopping kat Carre4 n Giant aje..

Jadilaa kan.. ;)

~ baju kurung 2 pasang (oren n biru), tahun ni xde tema.. tema rojak aje.. ~

~ 3 pasang baju jalan utk anak dara ku ~

Photobucket

Wednesday, August 25, 2010

~ Jom Beli Barang Raya ~

~ sila klik pada gambar untuk tumbesaran ~

Wahhh... pandai promosi kan..
Mentang mentang hari nie gaji bagi staf goment yer..
Aku nak tolong je korang yang suka benor bersoping nie..
Mehla datang Putrajaya.. 25hb sampai 29hb..
Iklan ni dah ada kat TV, Suratkhabar...
Aku tepek kat sini yer..
Selamat berbelanja dengan berhemah..

Tahun lepas aku dah g dah..
Tahun nie tak pergi kot..
Tak larat nak laga-laga perut kat dalam tu..
Ramai betul orang...


Photobucket

Friday, August 6, 2010

~ Promosi Penghabisan Stok ~


Rasa-rasanya macam sabtu ni nak pergi kat sini aje.. bukannya jauh pun dekat dengan rumah mak aku aje.. tapi orang mesti ramai kan.. maklumlah jualan murah-murah barang baby dan kanak-kanak..
aku cuma nak beli barang-barang ni aje..
~ tisu basah
~ sabun botol susu [ stok kat umah ada lagi 1 botol ]

baju-baju tu tak beli kot.. cukupla yang dah ada tu.. cehhh... ye ke nie.. sampai sana rambang mata.. kui.. kui.. kui..

kesimpulannya :- tengoklah camne keputusan Mr. Hubby dulu.. kalau dia nak bawak aku ke tempat nie, aku on aje.. ermmm...


Photobucket

Thursday, August 5, 2010

~ CD ~

Ni satu lagi target aku nak jimatkan bajet.. nak guna CD atau dikenali sebagai CLOTH DIAPERS atau LAMPIN KAIN MODEN.. mesti kengkawan pernah dengar kan.. aku mula terjebak dengan CD ni bila selalu surt internet, pastu terjumpa la pasal CD nie, baca itu baca ini boleh jimat lagipun mesra alam.. sekarang ni dalam simpanan aku ada 10 set CD.. bermacam macam kaler.. aku tak beli sekali banyak, mula mula beli sikit sikit aje.. mungkin akan bertambah dari masa ke semasa..

aku beli CD nie secara online.. mula-mula dulu aku tanya member yang pernah guna CD ni untuk anak dia, dia bagitau memang jimat.. dia pun macam aku jugak ibu yang bekerja.. mula-mula tu memang susah sikit nak biasakan diri mencuci CD nie, insyaallah dengan kerajinan dan kesabaran semuanya berjalan lancar.. sebelum nak guna CD nie aku selalu baca testimoni-testimoni pelanggan yang pernah guna CD nie.. insyaallah, aku pun boleh buat macam diorang..

kenapa aku kata ia jimat, cuba kawan-kawan baca nie..

Mengapa Perlu Memakai One Size Diaper??
Lampin Kain Moden


Pernah terfikir untuk membasuh Disposable Diaper anak anda untuk berjimat?? Atau letih bertukar jenama lampin pakai buang dek kerana anak terkena ruam lampin??Berapa banyakkah perbelanjaan untuk lampin pakai buang anak anda yang dikeluarkan setiap bulan ? Kalau seorang anak....emm...masih boleh tahan...bagaimana kalau 2 atau 3 orang yang masih memakai lampin pakai buang??

Bayangkan jika perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan atau di hapuskan sama sekali.Perbelanjaan hanya sekali, malah kalau dapat menjimatkan sekeping atau 2 keping Disposable Diaper sehari pun sudah mampu mengurangkan kos. Bayangkan: Andai kata anda membelanjakanRM0.45 x 3 keping sehari x 365 hari x 3 tahun(sebelum anak potty)= RM 1,478.25 Jika anda menggunakan cloth diaperRM49.00 x 3 keping sehari = RM 147.00 selama 3 tahun

Siapa yang tak nak kalau benda yang perlu dibuang, tetapi boleh digunakan semula. Mengapa hendak dibazirkan duit anda setiap hari.Bukan senang mencari duit melainkan duit itu turun dari langit!Tak pelu bimbang untuk membasuh...sama macam membasuh pakaian lain...cuma untuk lebih tahan lama, hanya perlu masukkan ke dalam laundry bag aje (Net).Setiap insert boleh tahan selama 3 - 4 jam...lepas tu boleh diganti dengan insert yang lain tetapi masih menggunakan diaper cover yang sama. Tahan lagi 3 - 4 jam..

Sama2 lah kita fikirkan, bukan sekadar berjimat, malah dapat menyelamatkan alam sekitar untuk anak cucu kita kemudian hari.Kurangkan pemanasan global hasil kemalasan kita yang begitu naif ...keadaan bumi dikemudian hari adalah ditangan kita sebagai ibu bapa.Wariskan alam sekitar yang lebih sihat untuk anak-anak kita.Hapuskan penggunaan lampin pakai buang yang mengambil masa 500tahun untuk terurai ini!Go Green..
Save our Earth.. Fikir-fikirkan lah...

Nota diambil dari blog :

nak tengok koleksi CD aku.. taraa.... hehehehe... akan ditambah lagi dari masa ke semasa.. insyaallah...

kalau ada kengkawan yang berminat nak try CD ni atau nak beli.. jom la jenguk kedai CD nie.. harga yang berpatutan.. berbaloi-baloi... layanan yang mantopp...

Photobucket

Monday, August 2, 2010

~ Akhirnya.. Aku Pilih Yang Ini ~

korang masih lagi ingat entry ni tak.. oklah kesinambungan daripada entry itula aku akhirnya memilih Set Bersalin ini.. hehehe.. Confirm.. Set ni pun aku beli online ok, dekat forum sini.. setelah survey bagai nak rak yo yo ooo je ibu leya nie.. Set ni baru je sampai ke tangan aku.. harap-harap aku akan berpuas hati dan hasilnya yang marbeles.. insyaallah..


~ SET BERSALIN AMWAY ~


Isi yang terkandung dalam kotak ini :-

* Herbal Douch - yang bertindak membersihkan bahagian peranakan (20 sachet)
* Herbal Bath - sebagai mandian untuk membersih dan mengharumkan badan (20 sachet)
* Firming Herbal Blend - mengemaskan bahagian perut (20 paket)
* Herbal Massage Oil - untuk tujuan urutan badan semasa pantang (1 botol)
* Warming Herbal Blend - memanaskan badan dan membuang lebihan air dalam badan (15 paket)
* Calming Herbal Blend - melegakan sakit kepala (15 paket)
* Baby Oil - mengelakkan perut bayi dari masuk angin (1 botol)
* Bengkung untuk ibu.


2 Produk untuk dimakan :

* Herbal Tea - 10 Sachet - melancarkan edaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka-luka.
* Kapsul after birth 1 & 2 - bertindak memulihkan tenaga dan kesihatan ibu disamping memperbanyak air susu (60 biji setiap botol).


Photobucket

Saturday, July 24, 2010

~ Keluar Shopping.. Lalalala.. ~

Siang tadi keluar jalan-jalan dan shopping baju baby n baju raya Aleya
Pegi kedai Manjaku kat Bandar Baru Bangi untuk baju dan barang baby
Pergi Kompleks PKNS Bangi untuk cari baju raya Aleya

Hehehehe...

Nak tau apa aku beli... kalau rajin nanti aku tepek gambar ye..

nota : n3 paling pendek aku taip..

Photobucket

Wednesday, October 28, 2009

~ Jualan Gudang Produk Bayi dan Kanak-Kanak ~

n3 ni tuk kengkawan yg suka soping menyoping
Mase tengah baca nwspaper tghari td ternampak la iklan ni
so aku tempek kat sini

~:: sila klik gambar utk tumbesaran ::~


Jualan Gudang Produk Bayi dan Kanak-Kanak
Jenama : My Dear
Tarikh : (Esok) 29hb Okt hingga 08hb Nov 2009
Masa : 9.00 pg - 7.00 ptg

Antara barangan yg dijual digudangkan
- Baby Walker -
- Carseat -
- Stroller -
- Kerusi Makan -
- Buaian Bayi -
dll..

so, sape2 yg nak situ, silalah serbu ke alamat yg tertera di bawah :

34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-80600093 / 95
FAx : 03-80600096

:: sila klik map utk tumbesaran ::

kalo x nampak gak.. korang call je no kat atas tu mntak direction.. hehehe...
Selamat Menyerbu ye kawan kawan.. esok dah start dh..

PhotobucketPhotobucket

Monday, September 14, 2009

~Jualan Gudang "JOM BELI BARANG RAYA"~

Pada hari jumaat lepas telah berlangsung karnival jualan gudang kat presint 2 putrajaya.. dekat bangat ngan opis aku.. selama 3 hari dorang berkampung kat situ.. aku ada gak pergi masa rehat ari jumaat tu (mak aiii.. ramainyer manusia..) mmg pack giler ngan orang ramai.. smpai nak masuk pun kena beratur..

skali lagi aku pergi ngan mr. hubby n leya masa hari last.. ari ahad.. kebetulan aku baru blik dari ipoh di ajak oleh mr hubby utk singgah nak tengok tengokla apa yg dijual.. mula mula tgok jer.. pastu terbeli la plak.. aduiyaii... nak tau kitorang terbeli ape.. layannn....

~:: ni la hasilnye yang kitorang dapat.. beg balik kampung (murah giler.. kalo kat alamanda RM3oo ke atas...), rempah masakan daripada Noraini's, Biskut Julie's dan London Biskut.. ::~

~:: ni la bentuk beg yg kitorang dapat tu.. besau giler.. mmg sesuai utk balik kampung.. aleya pun muat masuk dalam tu.. kaler pun cantik.. ::~

~:: ni plak 2 pasang tshirt n kasut raya mr. hubby ku... amboii.. braya sakan laki aku tahun nie.. ::~

mesti korang tertanya tanya utk aku xde ker.. ade.. aku dapat handbag sebijik.. pastu yg rempah rempah tu aku la yang beli.. sume aku punya la tu.. hehehehe...

PhotobucketPhotobucket

~Baju & Kasut Raya Aleya~

Alhamdulillah.. entry kali ni aku nak citer pasal baju n kasut raya leya..
ni la antara baju2 yg smpat dirembat utk leya pakai raya nie.. sebenornye aku yang rambang mata.. byk benor baju cantik2 dijual.. lebih2 lagi baju kekanak pompuan.. ade yg aku beli secara online n ade yg aku beli kat luar.. maklumlah skrang ni virus H1N1 sedang melanda negara Malaysia, tu yg kena berjaga2.. kalo brg2 yg trpaksa beli kat luar aku x bawa aleya ikut sama, sian kat dia kena tinggal ngan mak tok nyer..

Sepasang baju kurung utk leya xde plak gambar nak ditepekkan.. maklumlah bajunyer ditempah dan belum dapat lagi.. skali ngan baju aku..

~:: 2 skirt kat atas ni aku beli online jer.. aku soping kat kedai KAK ITA.. kat sini byk baju cecantik.. kalo korang rajin leh la singgah.. ::~

~:: 2 skirt tanpa lengan ni plak aku soping online gak.. kat kedai SOO.. ermm.. kat sini pun banyak baju cantik.. servis yg diberikan pun tip top.. mesra alam gitu.. singgah2le yer.. ::~


~:: 3 pasang baju n seluar ni aku beli kat ipoh.. kebetulan aku balik sana kan tempohari, bile jejalan tu nampakla sale sale murah kan.. rembat jer ::~

~:: nie plak stokin n kasut leya.. saje beli 2 pasang.. kasut nie beli kat BATA jer.. murah n jimat.. ::~

PhotobucketPhotobucket

Monday, May 18, 2009

Shopping Dengan Mak Tok Kat Tesco..

Sabtu lepas, disebabkan besoknyer (Ahad) mak aku ade jemput adik bradik die a.k.a pak n mak sedara aku datang umah.. ada perjumpaan antara adik bradik la katakan.. so ptg sabtu tu dengan ujan kadangkala renyai x renyai.. kitorang g la membeli barang2 keperluan tuk majlis makan-makan hari esoknyer.. aku xde beli pe2 pun, ongkosnya orak ono..! saje2 cuci mata..

leya bile dapat masuk dalam troli bukan main suka lagi dia.. sonok sakan, bile lalu kat barang2 laju je tangannya nak mengambil, silap hbulan kita pun x sedar dia dh masukkan dalam troli.. ni antara aksi-aksi leya yang sempat aku snap masa kat tesco tempohari..


##pic nanti aku masukkan.. aku save dlm laptop kat umah mak aku..


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin