~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

~ EBM Stok ~

Update Stok EBM...


Semua sekali untuk kegunaan bulan april...sebanyak 180 oz (20 hari bekerja x 9 oz sehari)... sekarang ni saya hanya bekalkan stok ebm...tiada lagi fresh stok untuk bekalan, tapi kat opis masih buat sesi perahan 2 - 3 kali sehari..kalau perah kat opis 1 hari boleh dapat dalam 10 - 12 oz aje...mungkin tak semeriah masa mula mula dulu tapi alhamdulillah susu masih cukup untuk NUR LAILA DAYANA... semua yang diperah saya simpan untuk stok beku aje...

Lagi 6 bulan je nak cukup 2 tahun...sabor sabor...

~ mai aka ibu AL ~

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 29, 2012

~Hasil jam 1~

Niela hasil pumping jap jap tadi... Walaupun tak sihat, selsema asyik bersin aje campur plak ngan batuk... Akan ku teruskan jua..

Syukur Alhamdulillah..

~mai aka ibu AL~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

~ My BreastMilk Storage ~

Rasanya macam hari ni nak cerita pasal breastmilk storage pulak. Sepanjang tempoh penyusuan susu ibu kepada Laila (1 tahun 4 bulan) macam macamjenis storage yang saya gunakan untuk simpan EBM. Antaranya jenis botol macamnie :

pic : credit to google

MLO (5 oz) - saya guna botol nie masa mula mula belajar untuk simpan EBM. Memang cantik botol nie, kaler biru + pink tapi bila dah lama menggunakan botol nie, tulisan pada botol akan hilang.

pic : credit to google

Jingle Jungle Breastmilk Storage (5 oz) - yang ni saya gunakan sekarang untuk letak EBM yang cair buat bekalan Laila di taska hari hari.

Untuk simpanan EBM yang beku pulak, saya banyak menggunakan storage bag yang jenis plastik (Free BPA). Kalau kita tengok dalam pasaran sekarang ni, macam macam bentuk dan jenis yang dijual. Bagi saya, kualiti tetap sama tapi yang membezakan cuma dari jenama dan harga. Antara faveret storage bag yang saya gunakan ialah daripada jenama You Have A Baby (YHAB), seperti dalam gambar.

pic: credit to google

Berkotak-kotak jugakla saya beli storage bag nie. keistimewaan storage bag YHAB antaranya dah tentu tentu yang paling murah, kuantiti pun banyak, 1 kotak ada 100 pcs storage bag. Setiap bag bolah membuatkan lebih kurang 8-9 oz. Menjimatkan ruang dalam peti ais dan freezer. Setelah diisi dengan EBM, plastik storage bag ini hanya perlu diikat atau di 'seal' di bahagian atas.

Seterusnya, storage bag yang pernah digunakan oleh saya adalah dari jenama Autumnz dan Jingle Jungle.

pic: credit to google

Autumnz ni faveret kedua saya, sebabnya storage bag nie memang dah sedia ada dengan "zipper" dan tak perlu lagi susah payah nak cari getah dan ikat, hanya perlu tukar je.. 1 kotak mengandungi 25pcs storage bag, lagi satu muatannya agak lebih besar dan boleh menyimpan EBM sebanyak 12oz-13oz. So, kiranya kalau storage bag YHAB memang dah abis stok, memang jenama Autumnz nie la yang akan saya rembat, kiranya macam pilihan kedua la nie. Apapun yang penting fungsi yang utama menjimatkan segala ruang yang ada dalam peti ais @ freezer di rumah saya.


pic: credit to google

yang nie pulak storage bag jenama "Jingle Jungle", rasanya adalah dalam 2 kotak kot yang pernah saya beli. 1 kotak mengandungi 25pcs jugak, lebih kurang sama macam Autumnz mempunyai "zipper lock".

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan semua storage bag yang pernah saya cuba. Kebanyakan storage bag ni saya beli melalui online shop jer. Selalu shopping barang barang cenggini dekat kedai di bawah :


kalau ada antara kawan kawan yang berminat nak beli, storage bag ni banyak di jual di kedai barangan bayi. Kalau u alls pergi tak jumpa, cubala tanya dengan salesgirl kat kedai barangan bayi tu sebab kadang kadang diorang letak storage bag nie dekat belakang kaunter bayaran aje.. so selamat bershopping... :)

oh yer... n3 ni hanya luahan pendapat dan pengalaman saya sendiri menggunakan storage storage bagi yang dinyatakan di atas, bukan niat saya untuk mempromosikan jenama jenama di atas.. tak da maknenyer nak dapat komisen mosen pun... hahahaha... ok, buat semua selamat menyusu dan sama samala kita menjayakan penyusuan dengan semangat dan azam yang kuat... Insyaallah... aminn...

Photobucket

Friday, January 27, 2012

~ EBM Stok : Paling Terkini ~

sejak Laila tukar bilik di taska..
susu yang saya bekalkan pun x abis..
selalu 4 botol x 4 oz.. confirm habis..
skrang nie bekal 4 botol...
balik mesti ada lagi 2 botol...
mungkin jadual dah btukar kot...
minum pun kena ikut jadual...
makan pun ada ada jadual...

nak tepek gambar stok EBM yang paling terkini...

nota : hai semangat... kemana ko pergi... aku seru semangat ku... :)

Photobucket

Wednesday, August 10, 2011

~ Hasil EBM : Minggu Pertama Puasa ~

Alhamdulillah.. dah seminggu lebih kita berpuasa..
Laila masih lagi bf sampai skrang.. dah 10 bulan dah..
Sekarang hanya susu ibu yang fresh aje dibekalkan ke TASKA (Hari ni perah.. sok antar TASKA).. Alhamdulillah masih diberi kemampuan dan rezeki kepada Laila..
Insyaallah.. akan diteruskan lagi..
Sejak mula berpuasa tempoh hari, jadual pengepaman saya di opis sudah berubah..

Sesi Pertama : Sahur
Sesi Kedua : Di Pejabat
Sesi Ketiga : Sebelum Tidur

Hari Pertama je saya keletihan... flat giler.. lepastu dah ok dah...

So, bulan puasa ni tak mau cerita banyak la.. u alls layan je gambar yer.. pic2 ebm yg diperah dipejabat sepanjang minggu lepas (puasa)..


nota : Syukur Alhamdulillah...



Photobucket

Thursday, January 13, 2011

~ Akhirnya.. Kena Pindah.. ~

Ha.. Pindah.. pindah ke mana? sapa nak pindah?
Hehehe... tajuk gempak je kan..
Sebenornya takda sapa2 pun nak pindah
Just nak bagitau akibat keadaan peti ais saya yang penuh dengan stok2 ebm
saya telah berjaya memujuk en. hubby untuk membelikan chest freezer untuk simpanan stok2 ebm saya
bolehla saya pindahkan stok2 ebm saya ke tempat yang baru



sebelum.. suasana sejuk beku peti ais.. penuh dengan stok ebm.. takda ruang untuk simpan lauk basah..


selepas.. stok2 ebm dipindahkan ke freezer.. setiap plastik anggaran 35 bungkus.. dilabelkan senang nak cari nanti.. ini pun hampir penuh... suka nengok stok banyak2 sebab leh naikkan semangat untuk mengepam dan buat stok..

nota : nak tunggu bil letrik bulan ni camne.. banyak ke atau cam biasa? huhuhu...

Photobucket

Wednesday, January 12, 2011

~ Kenapa Saya Tak Bagi Air Masak Kepada Baby Laila ? ~

Ramai masih lagi belum tahu dan tidak mengetahui tentang perkara ini
Baby dari umur lahir sehingga umur 6 bulan TIDAK BOLEH diberikan air masak ye kawan2 hanya susu ibu saja yang diberikan kepada baby

Kenapa saya berkata begitu?
Sebab saya dah mula sedar dan saya sayangkan anak saya..

Petikan daripada Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya (ms 3) :-

Bahaya air dan susu formula bagi bayi kurang 6 bulan

1) Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2) Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.

3) Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4) Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5) Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

nota : renung2kan... penah terjadi suatu hari di taska, kebetulan stok ebm utk laila kehabisan masa tu dah nak balik.. sib baik sempat kalo idak Laila dah diberi air masak.. saya pesan kat cikgu taska jangan bagi laila minum air masak.. cikgu tu pelik n hairan... saya siap pesan lagi kalau tak cukup just inform je, nanti saya delivery stok susu.. ermm.. xpe2 lain kali kena fotostat artikel nie n bagi cikgu kat taska tu baca n faham..


Photobucket

Tuesday, January 11, 2011

~ Cara Saya Simpan EBM ~

Kali nie saya nak share camne saya simpan susu2 yang telah dipam semasa di pejabat

Nie pic susu2 yang telah di pam kat pejabat
tempat lepak saya semasa pumping antaranya
~ Bilik Bacaan
~ Bilik Sendiri [nie kes kalau bos takda la yer..]


jumlah susu2 yg dipam mungkin akan berubah dari semasa ke semasa
tak semestinya setiap hari saya akan dapat 18.5 oz..
kadang2 paling sikit pun saya dapt pam 12 oz aje
tapi saya tak pernah putus asa malah bfikir ini rezeki untuk anak saya
ok, seterusnya susu2 yang telah dipam tadi akan di simpan dalam liner pulak
bila dah diisi dalam liner ni
saya akan ikat pakai getah aje
jangan lupa berikan label yer takut2 terlupa plak nanti nak manage

lepastu susu2 yg dibungkus tadi akan disimpan dalam cooler bag ni
cooler bag ni disertakan sekali dengan ice pack (3 bungkus) maaf ye xde gambar ice pack pulak
sebenornya boleh juga kalo nak simpan di dalam peti ais di pejabat saya
tapi saya lebih suka guna cooler bag ni sebab peti ais di pejabat saya jauh nun dibelakang
cooler bag saya ni xdela besor mane
kalo guna liner muatla dalam 5-6 bungkus
kenapa saya pakai liner?
sebab ia menjimatkan ruang dalam cooler bag saya yang comel ini dan bile saya terus simpan dengan botol ia memakan ruang yang agak besar


bila sampai di rumah
stok2 yang dipam tadi akan disimpan di bahagian beku dan di bahagian sejuk
di bahagian beku - 2 @ 3 bungkus
di bahagian sejuk - 2 bungkus

saya amalkan stok ebm 'first in first out'.. stok2 ebm beku yang paling awal tarikhnya akan saya turunkan setiap malam dalam 2 @ 3 bungkus dan diletakkan di bahagian sejuk untuk bekalan ke taska keesokan harinya..

setiap pagi dalam pukul 6 cenggitu.. saya akan pindahkan semua susu yg cair di bahagian sejuk ke dalam botol supaya memudahkan cikgu taska untuk memanaskan susu tersebut.. dan saya akan labelkan setiap botol yang mana perlu di gunakan dahulu..

selalunya setiap botol yang diisi dalam 3 - 4 oz.. saya bekalkan 4 botol.. jadi lebih kurang dalam 12 - 16 oz sehari saya bekalkan ke taska.. selalunya bila waktu balik 1 @ 2 botol tak habis di minum, mungkin kerana setiap hari di waktu pagi sebelum masuk kerja saya akan berada di taska untuk direct BM dulu dan pada setiap hari waktu rehat selepas sesi pumping saya akan menjengah Laila di taska dan direct BM jugak.. susu2 yang x abis tadi akan dibuang sebab susu yang telah dicairkan tidak boleh lagi dibekukan semula.. sedih juga bila tengok susu di buang begitu aje..

beginila rutin saya setiap hari bekerja.. walaupun nampak cam rumit nak menguruskan stok2 ebm nie.. insyaallah dengan semangat dan kesedaran tentang kepentingan susu ibu nie menjadikan semuanya mudah dan lancar.. amiiinn..

semua benda2 nie saya dapat melalui pembacaan dan belajar melalui blog2 yang banyak cerita mengenai penyusuan susu ibu ni, semasa mengandung lagi dah memang bertekad dan tanam azam nak menyusukan 2nd baby.. semasa mengandung dulu banyak membaca teori dan sekarang saya mengamalkan apa yang saya baca.. dan saya masih lagi belajar dan banyak lagi perkara yang perlu saya tahu pasal penyusuan susu ibu nie..

nota : kalau ada dikalangan pembaca blog saya ni terdiri dari otai-otai penyusuan susu ibu sila berikan komen anda kalau cara saya nie salah atau x betul yer.. dalam pada masa yang sama saya masih lagi belajar dan masih mengali ilmu penyusuan susu ibu ni.. terima kasih..

Photobucket

Wednesday, December 22, 2010

~ Alhamdulillah.. rezeki adik.. ~

kalau ade sape2 yang dah tau
aku mmg berazam nak bf 2nd bb ni sejak aku mengandung lagi
macam2 menda yang aku belajar pasal penyusuan ni
aku banyak tgok internet, baca blog2 pasal bf, join forum, bertanya ngan kawan2 yang berpengalaman

2 minggu selepas bersalin aku blajar2 buat stok ebm
masa mula2 memang sikit aje susu
dan mengepam pun tak ikut masa
sebab bb ni kadang2 bangun ngan tidonyer x ikut masa

sempat pose lagi masa mengepam.. peace..

stok2 ebm yg memenuhi ruang sejuk beku peti ais.. abaikan gambar hotdog tu yer..


Alhamdulillah..
sekarang nie stok ebm dah banyak dalam peti sejuk aku..
walaupun tak bnyak cam senior2 yang lain,
tapi sebagai beginner dalam penyusuan susu ibu ni,
aku bangga sebab Laila dapat minum susu ibu walaupun aku sedang bekerja..
dan smpai skarang aku still buat stok ebm..
setiap hari waktu bekerja mesti aku angkut gajet aku nie
niela nyawa aku..

beg pam susu..
dalam beg ni semua ada
Set Pam Spectra 3 + Liner + Cooler Bag + Ice Pack + Liner + Marker
Di pejabat aku akan pastikan yang aku pam 3 kali sehari..

sekali jam 10 pagi..

sekali jam 1 tghari.. dan

sekali jam 4 petang..

disiplin kena kuat..
bila sampai rumah.. dah xperah dah sbab bb fully bf di rumah..
ebm2 yang diperah di opis tadi di bawak balik untuk dibekukan dan disejukkan..
yang disejukkan untuk bekalan Laila keesokkan harinya..
macam ni la bekalan Laila hari2..
sebelum dihantar ke taska..
susu2 dalam liner ni akan dipindahkan ke dalam botol susu supaya cikgu2 kat taska senang nak panaskan susu tadi..
2 bungkus liner susu yang baru diperah + 2 bungkus liner susu beku yang dicairkan

nie la budak yang minum susu ibu.. membesar bagai johan..

~ Nur Laila Dayana ~

Nota : Target penyusuan.. menyusukan Laila sehingga berumur 2 tahun.. aku perlu bersemangat untuk mencapai stage yang pertama... sehingga 6 bulan.. caiyok! caiyok!


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin