~:: Kata Tuan Umah ::~

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam Ukhwah buat teman teman lama dan baru yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. Untuk makluman teman-teman semua, apa yang terkandung di dalam blog ini adalah kepunyaan hak peribadi dan tidak berkaitan dengan sesiapa kecuali ada dinyatakan.

Sekiranya segala isi di dalam blog ini tidak berkenan di mata anda, dengan segala hormatnya dipersilakanlah keluar dari blog ini.

Sebarang komen atau cadangan yang tidak membina tidak akan dilayan sama sekali. Sekian, terima kasih dan Happy Blogging..

Wassalam... "

~:: B My Frenz ::~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label TADIKA. Show all posts
Showing posts with label TADIKA. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

~ Kejadian Yang Membuatkan Kecut Perut Sekejap.. Hrmm... ~

Kejadian ni berlaku hari selasa (17hb), macam biasa pukul 5.30 ptg balik keje
Ambik laila n sampai kat tempat kak aleya dah nak dekat kul 6
Selalunya waktu waktu cenggini.. kak aleya akan mengaji dulu sebelum ikut saya balik

Tapi, semalam.. masa saya sampai depan sekolah, memang tak nampak dia duk kat depan.. oh dalam hati, mesti mengaji tak abis lagi nie.. ok takper.. saya pun masuk sekolah konon kononnya nak duk sekali tengok dia mengaji.. masuk masuk dalam, kak aleya takda... tanya cikgu... "mana anak saya?" cikgu:"siapa?" "nur aleya batrisya" cikgu:"tadi ada kat sini, kejap ye, saya tgok kat bilik sebelah" sambil saya mengekor cikgu di belakang.. CONFIRM! Kak aleya xda dalam sekolah... warghh!!! cikgu:"ayah dia ambik kot puan" "xkanlah pulak.. selalunya kalau ayah dia amik, mesti bagitau saya awal-awal, mustahil..." "cikgu tak prasan ke anak saya pergi mana, dia ikut sape, dia main ngan sape.." cikgu:"xprasan puan.." kebetulan masa tu memang cikgu-cikgu tengah ajar mengaji budak budak lain... x perasan budak-budak keluar masuk...

Saya dah kecut perut, dalam kepala.. takkanlah anak saya hilang.. kalau hilang, ikut sape? Ya Allah... mana pulak kak aleya nie pergi... cikgu yang tadi tengah mengajar mengaji terus berhenti dan mencari kak aleya sambil menanya nanya budak budak sekeliling..

Saya terus keluar dari sekolah n tangan dok mendail nombor en. hubby.. mata dok memandang keliling mencari kak aleya... adusshh... tak angkat plak, mmg confirmla tak angkat sebab en. hubby tengah bawak motor.. Mungkin Allah swt tu gerakkan hati saya untuk pergi tengok kat taman permainan selang 1 blok di depan sekolah... dengan perasaan yang macam nak gugur jantung ni, sambil mengendong Laila... sian laila dah la x brape nak sihat.. cepat cepat saya melangkah nak pergi ke taman permainan...

Memang Allah swt tu Maha Mengetahui... saya ternampak beg kak aleya di taman permainan... tak lama kemudian, nampak plak kak aleya di celah celah alat permainan kat taman tu... Ya Allah... apa lagi, saya terus jerit nama dia dan boleh pulak dia tersengih sengih sambil datang kat saya "ibu, kakak main permainan.." dengan baju yang comot, tudung dah tunggang langgang.. comot sangat... apalagi kena la ngan saya "kakak ikut sapa nie?" "sapa suruh kakak datang sini" "ibu kan dah pesan, jangan keluar sekolah selagi ibu belum sampai.." masa ni saya dah sebak sangat.. rasa nak nangis.. aduihh... 1st time jadi macam nie.. kebetulan plak masa kejadian tu, ada la 2 3 ketul orang bangla duk lepak lepak kat kerusi taman tu.. uishh menakutkan..

terus saya bawak kak aleya pergi sekolah tu semula.. jumpa cikgu tadi.. dan pesan kat cikgu, "lain kali cikgu perhatikan sikit anak saya nie, saya dah pesan hari hari, selagi saya atau ayah dia belum sampai, cikgu jangan benarkan dia keluar dari sekolah" "saya tak nak benda ni jadi lagi" "risau saya..." cikgu pun marah juga dengan dia.. tengok muka dah macam nak nangis dah kak aleya..

dalam kereta kak aleya senyap je.. yela lepas kena marah ngan saya pastu cikgu pun marah dia jugak.. sepanjang perjalanan, membebel jugak saya... saya duk tahan sebak lagi... sampai rumah amik en. hubby plak nak bawak laila g klinik, demam x baik baik.. kejap elok kejap panas...

dalam kereta, en. hubby terkejut tgok saya baru lepas nangis, cakap pun tersangkut sangkut.. barula saya cerita hal yang jadi tadi... mau tak terkejut en. hubby, terus kak aleya kena marah lagi dengan ayahnya... ermmm... kesian memang kesian kak aleya kena marah ngan en. hubby, tapi kalau x tegur nanti takut dia wat lagi.. pas dari kejadian tu, memang saya akan ingatkan kak aleya supaya jangan keluar sekolah selagi ibu belum sampai... dengan cikgu pun kena ingatkan selalu..

saya rasa pihak sekolah kena peka dengan budak budak ni pada masa waktu balik sekolah, mungkin budak budak terlalu ramai dan cikgu tak perasan.. at least, kuncila pintu pagar tu, bila parents datang amik anak dorang baru dibukakkan pintu dan serahkan budak-budak nie kat parents dorang... ini tidak, pintu pagar terbukak luas.. budak budak keluar masuk sesuka hati...

nota : "badan kecik, otak besar"

Photobucket

Saturday, January 7, 2012

~ 1st Day Aleya Di Tadika ~

salam berhari minggu.. bersiaran dari Sg. Buloh..

so, hari hari di minggu yang lepas amat bermakna... nak cerita pasal 1st day aleya bersekolah...
Aleya dah berumur 5 tahun walaupun kalau ikut bulan baru 4 tahun 2 bln.. nak wat camne kan lahir2 ujung tahun nie...

Aleya dah start sekolah pada 4hb tempohari.. bersekolah di Tadika Islam Al-Hidayah Presint 9, salah satu cawangan MAIWP...

1st day memang ramai orang... yang ramainya parents la... macam saya jugak very very excited bila anak baru masuk sekolah walaupun sekolah TADIKA... hehehe... 1st day aleya masuk sekolah confirm confirmla aku laki bini amik cuti k.. seawal jam 8.00 pagi kitorang dah kuar rumah untuk antar Aleya.. 1st day takdela pakai uniform lagi sebab uniform belum dapat lagi... so pakaian untuk 1st day sehingga dapat uniform nanti hanyalah tshirt putih n suar track n tudung putih..

so far, hari pertama berjalan dengan baik... alhamdulillah... Aleya tak menangis bile saya tinggalkan dia dengan kawan kawan yang lain... kebetulan ada jugak kawan kawan dia yang sama masa kat taska dulu dan mungkin pengalaman aleya yang pernah tinggal di taska yang membuatkan diri dia boleh membiasakan diri bile jumpa kawan-kawan baru... hati mana yang tak sayu bile tengok anak dah pergi sekolah sebenarnya sedar diri dah tua... nampak sangat dah besar bile aleya dah sekolah.. tu belum lagi sekolah rendah... mesti ibunya yang meraung lebih..

Aleya ditempatkan di Tadika Islam dari pagi sampai petang... takdela saya nak kluar masuk waktu tengahari kat pejabat... sekali ambik je waktu petang pas waktu kerja... pas nie boleh ke ibunya kurus yer tengah berangan nak kuruskan badan nie yurannya pun takdelah mahal sangat..

nie ada beberapa picas yang sempat disnap masa 1st day aleya di Tadika.. layan je laa..



Nota : Gembira dan sayu bila tengok anak dah sekolah... belajar pandai pandai ye sayang... ibu sentiasa mendoakan kejayaan mu dunia dan akhirat.. Insyaallah..


Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin